Ramai yang berbadan sado tetapi kakinya kurus kering. Usahlah anda jadi seperti itu ya. Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Salah satu sebab utamanya ialah tidak memberikan tumpuan yang baik kepada bahagian lower body.
Keghairahan untuk membina otot pada bahagian upper body boleh menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Jadi bagaimana anda boleh mengubahnya dan melakukan senaman bahagian bawah anggota badan dengan baik dan mendapat hasil maksima?
Paling penting ia boleh dilakukan dengan mudah dan di mana sahaja.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 cara senaman yang anda boleh amalkan setiap hari dan lakukan dengan mudah tanpa mengira lokasi di mana.
Jika anda bersedia melakukan lebih senaman di bahagian peha dan kaki bersedialah melakukan beberapa jenis senaman di bawah. Lakukan setiap langkah selama 10 minit. Ia akan menguji kekuatan badan anda dan stamina selama sejam.
Ads
BOX SQUATS
Tetapkan masa selama 10 minit. Kemudian lakukan 30 box squats reps selama seminit. Rehat setiap kali selang reps berbeza.
BULGARIAN SPLITS SQUATS
Jika anda lakukan lompatan free-version sebelumnya ini merupakan senaman tambahan untuk menguatkan bahagian betis. Lakukan split selama 20 kali dengan 5 set untuk 15 reps setiap belah bahagian kaki.
Ads
BOX SQUATS JUMPS
Lakukan 10 lompatan box squats setiap minit selama 10 minit. Ini bermakna anda harus set masa selama 10 minit kemudian lakukan 10 reps setiap kali masa baru bermula. Rehat seketika selang setiap reps.
BULGARIAN SPLIT JUMPS
Memberikan tekanan berimpak besar kepada sebelah kaki merupakan cabaran yang besar terhadap beginner. Jadi cuba lakukan lompatan free-version dahulu. Lakukan sebanyak 10 reps setiap belah kaki selama seminit.
Ads
ALTERNATING ONE-LEG BOX SQUATS
Untuk finale ia cukup mudah namun agak sukar dihabiskan tanpa kaki menggeletar! Lakukan senaman ini 10 minit tanpa henti dengan one-leg box squats. Verikan perhatian dan fokus kepada bahagian kaki dan pergerakan bawah badan.
Diharapkan dengan 5 senaman MASKULIN kongsi di atas mampu membantu anda membina otot paha dan kaki yang lebih mantap. Dan paling penting tidak menjadi kecil seperti ‘chicken legs’!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Pasti setiap lelaki mengidamkan otot berurat kerana ia melambangkan kejantanan dalam diri seorang lelaki. Selain buat member cemburu bila anda miliki otot berurat, boleh juga buat wanita merenyam melihat tubuh anda yang sebegitu.
Sebenarnya perkara ini biasa kerana wanita juga miliki tarikan yang serupa cuma tempatnya berbeza dan tidak sama seperti lelaki.
Untuk memastikan anda dapat otot berurat sebelum menjelangnya Hari Raya, pastikan anda berusaha keras sepanjang bulan puasa ini. Tidak mustahil dalam tempoh 30 hari, anda boleh miliki otot berurat sebagaimana yang anda impikan.
Jadi MASKULIN ingin pastikan anda master 4 senaman ini melalui senarai yang kami kumpulkan.
Sama seperti tekan tubi, buat gerakan ini 20 kali pada peringkat permulaan. Pastikan anda dapat rasa tegang di bahagian perut untuk hasil yang berkesan.
2. Tekan tubi
Buat tekan tubi sebanyak 20 kali sehari pada peringkat permulaan. Cuba curi-curi masa anda mungkin selepas bangun daripada tidur pada waktu pagi.
Untuk gerakan squat jump pula, buat sebanyak 30 kali. Squat jump dapat menguatkan otot jantung selain melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
4. Pull up
Pull up akan menguji bagaimana anda dapat mengimbangkan tubuh anda selain menunjukkan tubuh anda sudah bersedia untuk mengangkat beban. Buat pull up sekurang-kurangnya sebanyak 10 kali untuk peringkat awal.
Buat gerakan ini setiap hari dalam paling kurang 3 set. Misalnya, anda boleh lakukan pada waktu pagi, petang serta malam.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seseorang yang mengalami rasa senak mata akan tidak berasa selesa kerana matanya seperti gagal untuk dibuka seluas-luasnya atau fokus dengan lebih mendalam.
Jika mata dipaksa untuk fokus, individu tersebut akan merasai kesakitan kecil di bahagian kepala seolah-olah ada urat yang tertarik sehingga ke bahagian otak.
Akibatnya, orang lain mungkin melihat kita seperti silau tetapi sebenarnya sedang menahan sakit kerana senak mata.
Punca senak mata terjadi
Masalah senak mata selalu terjadi kepada mereka yang :
Kurang tidur
Bekerja pada waktu malam
Duduk dalam kawasan gelap yang terlalu lama
Menghadap skrin komputer atau telefon bimbit yang belebihan.
Jika asyik bermain telefon, anda bukan sahaja akan mengalami senak mata malah pada bahagian belakang leher akan turut berasa letih.
Cara merawatnya
1. Rehat setiap 20 minit
Kalau anda sedang menulis atau menghadap skrin komputer, berhentilah setiap 20 minit sekali untuk mengelakkan rasa senak mata. Jika sebelum ini anda terlalu fokus bekerja untuk menyiapkan tugasan, fikirkan juga tentang mata anda.
2. Pandang pemandangan hijau yang jauh
Pemandangan yang hijau mampu menyegarkan mata. Cuba lemparkan pandangan sejauh-jauhnya ke luar jendela sama ada ke kawasan padang atau hutan yang berdekatan jika ada.
3. Regangkan otot
Mata berasa senak atau pedih boleh terjadi jika badan terlalu banyak statik atau duduk terlalu lama. Sesekali bangun dari tempat duduk dan lakukan regangan tubuh. Menggeliatlah. Jika anda berkeseorangan, anda disarankan menggeliat dan lepaskan kepenatan itu dengan suara anda yang mungkin berbunyi, “Iyaarrggghhhhh..!!”
Semoga melalui perkongsian ini membolehkan anda mengurangkan rasa senak mata dan kembali bekerja seperti biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketika cuaca panas mesti kita diingatkan untuk minum air lebih kan? Tapi sebenarnya ada juga makanan yang merbahaya dan perlu korang hindari agar tubuh sentiasa sihat
Dalam keadaan cuaca panas melampau ini kita bukan saja perlu minum banyak air untuk mengekalkan kadar cecair dalam badan tetapi juga mengawasi apa yang dimakan.
Tiga jenis makanan ini sebaiknya anda kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas kerana mampu menjejaskan kadar air dalam badan selain meningkatkan suhu tubuh.
1. Makanan pedas
Masyarakat Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas baik menggunakan cili api mahu pun rempah. Namun ketika cuaca panas makanan sebegini sebaiknya dikurangkan. Makanan ini dikatakan boleh meningkatkan suhu badan selain menghasilkan peluh berlebihan. Oleh itu hidangan seperti masak lemak cili padi atau sambal tumis yang pedas melampau sebaiknya dihindari apatah lagi ketika tengah hari yang panas. Selain itu makanan yang terlalu pedas juga boleh menyebabkan cirit birit bagi yang tidak biasa hingga mampu mengakibatkan tubuh kehilangan cecair yang mana cukup berbahaya ketika cuaca panas.
2. Teh dan kopi
Sudah menjadi kebiasaan kita sarapan mesti diiringi dengan minuman kopi atau teh. Tapi ketika cuaca panas ini dua minuman ini perlu dihindari. Ini kerana teh dan kopi akan menyebabkan kita kerap buang air kecil, sedangkan tubuh memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air. Kita boleh menggantikan teh dan kopi ketika sarapan dengan jus buah-buahan yang kurang gula. Selain itu pastikan minum banyak air putih untuk membekalkan air yang cukup pada tubuh.
3. Hidangan berasas daging
Makan nasi berlauk gulai daging atau daging black paper memang enak tapi pada hari-hari yang panas membahang sebaiknya ia dikurangkan pengambilannya. Ini kerana makanan berasaskan daging bersifat tinggi protein dan sukar dihadam. Malah sewaktu proses penghadaman makanan ini tubuh akan mengeluarkan haba yang boleh menyebabkan kepanasan. Selain itu tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk memecahkan protein berbanding karbohidrat. Jadi amatlah disarankan agar kita mengurangkan hidangan daging dan sebagai alternatif anda mungkin boleh mengambil lebih banyak lauk berasas ikan dan sayur-sayuran.
Tips kekal sihat di musim panas
Di samping mengelakkan tiga jenis makanan di atas praktikkan juga apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berdepan cuaca panas untuk menjaga kesihatan tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.