5 Jenis Senaman Anda Boleh Lakukan Di Rumah Sambil Layan TV

Share

Dua minggu.

Ya selama dua minggu lamanya bermula esok majoriti daripada kita perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

Sepanjang tempoh ini kita semua dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan hanya keluar bila perlu sahaja.

Jadi bagaimana dengan rutin senaman anda terutamanya yang memiliki keahlian gym yang semestinya diwajibkan tutup.

Usah risau kerana anda sebenarnya boleh lakukan senaman di rumah sambil tengok TV!

Berikut merupakan 5 jenis senaman yag mudah dan boleh anda amalkan secara berbaring. Belum cuba belum tahu, kalau sudah cuba pasti boleh buat diri rasa terharu!

 

1. Knees Up Crunch

Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.

2. Crisscross

Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.

BACA: Tip & Teknik Larian Betul Agar Dapat Hasil Berkualiti, Bukan Hanya Penat Semata

3. Flutter Kicks

Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.

4. Cross Crunch

Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.

5. Legs Lower

Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.

Published by
Farizul Izwany