Tidur bersama pasangan yang halal adalah salah satu nikmat perkahwinan. Pastinya bagi yang sudah lama mendirikan rumahtangga, bermacam-macam gaya tidur dan pelukan dilakukan. Adakah anda terfikir apakah makna setiap gaya pelukan dan tidur?
Juga dikenali sebagai spooning, pelukan ini membuatkan pasangan anda merasa selamat kerana anda memberikan perlindungan, tenaga dan jaminan kepadanya. Sebelah tangan anda erat memeluk bahagian depan badannya manakala satu lagi tangan di bahagian bawah bahu akan membuatkan si dia yakin dengan kasih sayang anda.
Cara pelukan begini menunjukkan tahap kemesraan atau keintiman yang tinggi. Dengan posisi dada terdedah di antara satu sama lain memberi isyarat yang anda dan pasangan mahu jujur dan berterus terang. Posisi ini amat disukai wanita kerana dia dapat merenung tepat ke dalam mata anda.
Berpelukan sebelah menyebelah atau intertwining seakan-akan bergabung menjadi satu. Anda melihat pasangan anda sebagai individu yang mempunyai hak yang sama rata seperti anda. Pasangan anda dianggap sebagai seorang rakan dan tidak semata-mata sebagai kekasih atau isteri.
Pasangan anda meletakkan harapan pada anda untuk melindungi dan mengasihinya. Dia berasa selesa dan selamat di dalam pelukan anda. Jika kepala si dia berada di atas dada anda, ini bermaksud yang anda dalam posisi raja dalam sebuah perhubungan di mana ia menunjukkan kekuatan dan kehebatan anda sebagai tunjang dalam perhubungan.
Posisi ini tidak bermakna yang anda bergaduh atau tidak mempedulikan pasangan. Ini bermaksud yang anda mahukan ruang peribadi sendiri tetapi masih mahu kekal bersentuhan antara satu sama lain. Meskipun hanya sedikit sahaja badan yang bersentuhan secara fizikal, ia juga melambangkan cinta dan ia menunjukkan hubungan anda dan dia masih di landasan yang sama.