Mungkin anda sendiri sudah sedia maklum bahawa majlis perkahwinan merupakan acara yang penuh dengan tradisi, adat, dan yang paling penting, penuh kemeriahan.
Ia merupakan hari yang cukup bermakna bukan sahaja buat pasangan pengantin tetapi kepada seisi keluarga terutamanya ibu dan bapa mereka.
Jadi selain anda memikirkan makanan yang enak bakal menjadi santapan, mestilah kita nak tampil elok di depan orang ramai, kan?
Tapi sayangnya, ada juga yang salah pilih pakaian bila datang ke kenduri kahwin. Apa yang patut dipakai tu terpulang, tapi apa yang tak patut pakai pun penting untuk dielakkan.
Kali ini berdasarkan pandangan kami di MASKULIN, ingin kongsi 5 jenis pakaian yang lelaki tak sepatutnya pakai bila pergi kenduri kahwin.
1. T-shirt Biasa
Salah satu kesilapan terbesar yang lelaki selalu buat adalah pakai t-shirt biasa ke majlis kahwin. T-shirt adalah pakaian paling santai dan memang sesuai untuk keluar lepak, pergi kedai mamak atau jogging.
Tapi bila datang ke majlis formal macam kenduri kahwin, t-shirt nampak terlalu kasual. Bayangkan tuan rumah dah buat majlis gah, tapi kita datang macam nak pergi pasar malam.
Pilihlah pakaian yang lebih formal macam kemeja atau baju Melayu supaya nampak lebih sesuai dengan suasana majlis.
2. Seluar Pendek
Ads
Seluar pendek memang selesa, tapi ia bukanlah pilihan yang bijak untuk acara formal seperti majlis perkahwinan.
Tak kira betapa panas cuaca di Malaysia, seluar pendek akan buat kita nampak macam tak menghormati majlis.
Ingat, kita bukan di pantai atau rumah sendiri, jadi simpan seluar pendek tu untuk percutian atau bersantai di rumah sahaja. Seluar panjang seperti seluar slack atau chinos adalah pilihan yang lebih sopan dan kemas.
3. Sandal atau Selipar
Kalau korang jenis yang suka selipar atau sandal, simpan untuk tempat-tempat santai. Pergi kenduri kahwin dengan sandal atau selipar memang nampak mudah, tapi secara visual, ia boleh mencacatkan penampilan.
Kasut formal macam loafers, oxfords atau sneakers yang kemas adalah pilihan terbaik. Ini akan buatkan penampilan kita lebih teratur dan sedap mata memandang.
Ads
Lagipun, tuan rumah tentu nak gambar yang cantik untuk kenangan, takkan nak tercalon dalam ‘outfit of the day’ sebagai yang paling selekeh, kan?
4. Baju Bercorak Terlalu Menonjol
Baju bercorak? Boleh. Tapi kalau terlalu berlebihan, dengan warna terang macam neon atau corak pelik-pelik, ia boleh jadi masalah.
Kita nak datang meraikan pengantin, bukan jadi perhatian utama dalam dewan. Fikirkan pakaian yang sederhana, dengan corak minimal atau warna yang lebih neutral. Biarkan pengantin yang menjadi pusat perhatian hari itu, bukan corak pelik di baju kita.
5. Pakaian Sukan
Pakaian sukan? Kecuali majlis kahwin bertemakan sukan atau sportswear, jangan sesekali pakai baju gym, jersey bola atau pakaian atletik ke kenduri kahwin. Antara yang kerap menjadi isu suatu ketika dahulu ialah memakai jersi bola sepak dalam majlis seperti ini.
Ads
Ingatlah, majlis perkahwinan adalah acara formal dan perlu menghormati suasana serta tradisi. Pakaian sukan mungkin selesa, tapi ia langsung tak kena dengan suasana formal majlis.
Lagipun, pakaian sukan lebih sesuai untuk bersukan, bukannya untuk menghadiri majlis yang penuh adat dan protokol.
Jadi secara kesimpulannya, bila kita ke majlis perkahwinan, paling penting adalah menjaga adab dan etika berpakaian.
Foto: CGO COTTON
Tak dinafikan cuaca Malaysia boleh jadi panas, tapi tak bermakna kita boleh abaikan kod pakaian yang sesuai.
Tampil kemas dan segak bukan sahaja memberi keyakinan diri, tapi juga menunjukkan kita menghargai jemputan tuan rumah. Ingat, pakaian yang sesuai bukan untuk kita sahaja, tapi untuk menghormati majlis dan pengantin.
Jadi, selepas ni kalau ada jemputan kenduri kahwin, pilihlah pakaian dengan lebih bijak. Elakkan daripada buat kesilapan yang sama dengan memakai pakaian yang tak sesuai. Kalau kita tampil kemas, majlis pun rasa lebih meriah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ingat! Kombinasi warna yang sesuai penting agar gaya anda kelihatan sempurna. Bimbang jika anda tersalah memilih warna yang sesuai, anda akan menjadi mangsa fesyen.
Oleh itu, penting untuk anda ketahui kombinasi warna yang sesuai untuk fesyen lelaki agar apa yang anda sarungkan pada tubuh kena dengan gayanya. Barulah penampilan anda ada stail & memenuhi gaya seorang lelaki.
Ini 18 kombinasi warna yang boleh anda gunakan untuk OOTD anda setiap hari.
1. Kombinasi warna utama kelabu dengan warna gelap seperti biru, ungu atau coklat.
2. Kombinasi klasik dengan warna utama biru dan coklat berserta warna biru muda dan kelabu warna sampingan.
3. Kombinasi warna utama cerah biru muda dan coklat cair bersama warna sampingan biru gelap atau merah hati.
14. Kombinasi kemas coklat cair dan kelabu sebagai warna utama. Biru gelap pula sabagai warna sampingan.
15. Jaket baju sejuk kelabu dan jaket lengan pendek biru sesuai sebagai warna utama. Kombinasi menarik dengan warna oren dan coklat sebagai warna sampingan.
16. Kombinasi striking warna pic dan biru gelap untuk warna utama berserta warna kuning dan kelabu sebagai warna sampingan.
17. Kombinasi selesa warba gelap hitam dan biru gelap sebagai warna utama berserta warna coklat cair dan biru cair sebagai warna sampingan.
18. Kombinasi James Bond yang kasual. Tona biru gelap dan biru sebagai warna utama dan coklat warna sampingan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda bahawa telefon pintar bukan sahaja merosakkan mata anda, tetapi ia juga akan memberi kesan kepada wajah anda. Telefon pintar anda terdedah dengan bakteria dan dan skrin yang kotor. Mana tidaknya, anda meletakkan telefon anda merata-rata tempat. Jadi, setiap kali anda mengangkat ganggang, pasti bakteria akan merosakkan wajah anda. Berbeza dengan lelaki, perempuan biasanya lebih gemar menjaga kulit wajah mereka. Tak perlu memakai earphone pun kalau nak jawab panggilan tu, Cuma setiap kali anda meletakkan teleon pintar di cuping telinga anda, pastikan anda lap permukaan skrin terlebih dahulu.
2)Aftershave
Ini kerap berlaku kepada lelaki di luar sana. Produk aftershave biasanya mengandungi alkohl yang sangat melampau. Ini tidak baik untuk kulit anda sebenarnya. Dinasihatkan agar anda sedikit berhati-hati apabila memilih aftershave. Mungkin anda boleh bertukar kepada losyen yang lebih selamat? Pokoknya, cari produk yang berkualiti ye.
3)Makan tidak teratur
Makan yang teratur bukan saja boleh turunkan berat badan, ia juga boleh membuatkan kulit anda kekal cantik dan bersih. Jangan skip meal anda setiap hari. Selain daripada pemilihan makanan yang sihat, faktor jadual makan anda juga harus di beri keutamaan.
4)Sarung bantal
Mengapa sarung bantal turut memainkan peranan penting dalam penjagaan kulit? Tidur merupakan perkara paling seronok bagi semua orang. Bantal adalah benda pertama yang anda akan cari setelah penat seharian berkerja. Walaupun anda telah cuci muka anda, namun sarung bantal yang kotor tidak membolehkan muka anda kekal bersih. Kerap tukar sarung bantal anda.
5)Helmet
Kepada anda yang menggunakan motor sebagai kenderaan anda untuk pergi ke kerja, helmet merupakan perkata utama yang perlu anda jaga dalam kehidupan anda. Wajah anda bukanlah bersih setiap kali anda menyarungkan topi keledar anda. Mungkin ada kalanya anda sarung setelah anda habis bermain gym ataupun futsal. Kepala dan wajah anda dalam keadaan berminyak. Ini akan merosakkan kulit anda lebih teruk dari biasa. Selain daripada membasuh muka anda dengan bersih setiap hari, apa kata kalau anda menukar span di dalam helmet 5 bulan sekali, ataupun spray penyembur anti bakteria agar helmet anda agar sentiasa segar.
6)Mandi
Mandi pun salah ke? Mandi di sini lebih fokus kepada mereka yang menggunakan heater (air panas) di dalam bilik mandi. Mengapa ia boleh merosakkan kulit anda? Kerana air panas boleh keringkan kulit anda. Kulit anda akan kusam jika anda mengambil masa yang lama dalam bilik air. Dianggarkan untuk seseorang berada di dalam bilik air hanya 5-10 minit sahaja. Habis semua urusan dalam bilik air, sila keluar jika ingin menjaga kulit anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tanya kepada diri kenapa anda lebih menggemari pemakaian seluar jeans? Cuba lihat pula dalam almari, berapa banyak seluar jeans yang anda ada? Ada sesetengah orang mengenakan seluar jeans untuk kelihatan ringkas, ada jugak yang ingin tampil lebih moden dan stylo , malahan ada juga yang menggayakan jeans setiap hari ke tempat kerja atau janji temu sebab tak perlu bersusah payah untuk menggosoknya. namun begitu tahukah anda cara-cara untuk menjaga kualiti seluar tersebut agar kondisinya kekal cantik dan terjaga?
Nah, isikan hari minggu anda dengan artikel yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai tabiat yang merosakkan seluar jeans serta beberapa tips penjagaannya agar ia kekal tahan lama.
1. Suhu air yang betul
Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian.
2. Cuci berasingan
Jangan campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.
3. Guna wap air panas
Sekiranya anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans, pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan mudah.
4. Kering secara alami
Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda. Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut.
5. Jangan rendam terlalu lama
Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?
6. Elak jemur di bawah terik mentari
Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda.
7. Awasi penggunaan pencuci
Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.
Semoga tujuh panduan mudah ini bermanfaat untuk anda praktikkan. Jika seluar jeans anda dibeli dengan harga yang mahal, sudah tentu kita berasa sayang dan inginkan ia tahan dan boleh dipakai pada jangka masa panjang. Oleh itu, penjagaan seluar tersebut mestilah dijaga dengan baik dan rapi. Kalau nak berjimat, banyak caranya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.