5 Jenis Lelaki ‘PAK CIK BAWANG’

Share

Si pengumpat memang terkenal suka menjaja keburukan orang lain. Apatah lagi ia mengenai perihal anda. Pernah atau tidak anda siasat kenapa nama anda mula diperkatakan oleh si pengumpat. Ketahui jenis perangai lelaki yang boleh dijadikan modal umpatan.

Cakap Besar

Diam –diam ubi berisi. Pepatah itu cukup tepat untuk menyedarkan individu yang gemar bercakap besar dalam apa sahaja keadaan. Apa guna anda berpura hebat sedangkan anda juga tidak arif mengenai hal yang dibincangkan? So, stop talking nonsense kerana jika anda berlagak pandai melambangkan kedunguan anda sendiri. Lebih baik anda mendengar dan mempelajari sesuatu yang dibincangkan setidaknya ia memberi manfaat kepada anda nanti.

Keluarkan kenyataan ‘Jangan Sentap!’

Bila anda bergurau atau menegur perilaku seseorang dan anda menggunakan ayat “tolong jangan sentap” pada permulaan perbualan, secara automatiknya ia boleh mendatangkan banyak masalah di sini. Apabila rakan menerima ayat tersebut mereka terasa seperti dipermainkan, dihina dan emosi mereka akan turut berubah dari bersahaja kepada terasa hati/sentap. Jika anda menerima ayat ini dari seseorang, go and puch his face!

Gemar menegur rupa orang lain

‘Hey, tali pinggang itu tak sesuai dengan penampilan hari ini’. Ini adalah salah satu teguran yang mungkin menyebabkan anda menjadi bahan umpatan satu jam kemudiannya. Merasakan fesyen anda terbaik, ya silakan berfikiran begitu tetapi elakkan menegur penampilan individu lain kerana semua orang bebas memiliki gaya fesyen yang disukainya.

‘Alim’ Tidak Bertempat

Bercakap mengenai agama pula, digalakkan untuk beramal ibadat dan saling mengingati. Cuma janganlah anda kerap sering menyindir seseorang atau rakan-rakan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Dalam semua agama terutamanya agama Islam, anda diwajibkan menjaga hati dan aib muka sesama saudara. Mungkin teguran anda itu di alu-alukan tetapi jika terlalu kerap ia sudah menjengkelkan.

Suka ‘Pangkah’

“Dia ingat dia hebat sangat ke?” Anda familiar dengan ayat ini? Ini biasa terjadi jika semua sikap orang anda tegur dan mengatakan salah dan tidak hebat. Ish, jangan lah begitu bro… Kadang kala apa yang anda rasakan salah, itulah yang terbaik perlu dibuat. Ingat ya, lelaki budiman adalah lelaki yang boleh menerima pendapat orang lain juga. Jika anda tetap ego dan rasa hebat, maka bersedialah untuk diumpat.

Suka Berhutang

Tahukah anda bahawa individu yang gemar berhutang sana-sini adalah individu yang kerap diumpat berbanding individu yang gemar membeli belah. Cuba kikis perangai suka berhutang ini. Ia lagi kronik jika anda jenis yang liat untuk membayar hutang.

 

ADAKAH ANDA PUN SEJENIS GENG BAWANG?

 

 

Published by
Kim Rahim