Kesihatan

5 Jenis Kerja Rumah Biasa Dianggap Sangat ‘Healing’ Bagi Lelaki

Share

Lelaki dan ketenangan – dua perkara yang kadang-kadang susah nak bersatu dalam satu ayat. Tapi hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya mendapati ketenangan bukan melalui aktiviti luar biasa seperti meditasi di atas gunung atau bercuti di pantai eksotik. Sebaliknya, ada lelaki yang temui ‘zen’ mereka dalam kerja rumah yang mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya sangat terapeutik.

Ia bukan sahaja membantu menghilangkan stres, malah memberi satu rasa kepuasan tersendiri. Bak kata warganet masa kini, sangat ‘healing’!

Berikut adalah lima kerja rumah yang sering dianggap sebagai terapi minda buat lelaki.

1. Menyapu Halaman – Meditasi Dengan Gerakan Berulang

Ada sebab kenapa ramai lelaki suka menyapu halaman atau lantai rumah dengan penuh dedikasi. Gerakan kerja rumah seperti menyapu yang berulang-ulang mencipta satu ritma yang menenangkan.

Ditambah pula dengan bunyi gesekan penyapu dengan lantai atau daun-daun kering yang berterbangan, ia seakan terapi bunyi yang membantu menenangkan fikiran. Lagi satu bonus? Laman atau rumah jadi bersih, dan isteri pun tak sempat membebel.

2. Membasuh Kereta – Ritual Lelaki Untuk ‘Me Time’

Bagi sesetengah lelaki, membasuh kereta adalah lebih dari sekadar membersihkan kenderaan – ia adalah satu bentuk meditasi.

Dengan setiap sabun yang disental dan air yang mengalir membilas kotoran, minda juga terasa segar.

Tambahan pula, ada satu kepuasan bila melihat hasilnya – kereta berkilat, hati pun lapang. Dan kalau ada anak, ini juga peluang untuk bonding session yang santai.

3. Memotong Rumput – Rasa Kuasa dan Kawalan

Memegang mesin pemotong rumput dan melihat rumput panjang bertukar menjadi kemas adalah satu perasaan yang sukar digambarkan.

Ada rasa dominasi dan kawalan terhadap sesuatu yang ‘liar’. Lebih-lebih lagi bila bau rumput yang baru dipotong menyelinap ke hidung – ada kajian yang menunjukkan bau ini boleh memberi kesan menenangkan kepada otak. Tak perlu aromaterapi mahal, cukup dengan rumput belakang rumah!

4. Mencuci Pinggan – Terapi Air Yang Menenangkan

Ada lelaki yang lebih rela membasuh pinggan daripada membuang sampah atau menyidai baju.

Kenapa? Kerana ada sesuatu yang menenangkan dalam mengalirkan air suam ke tangan sambil melihat buih sabun berputar-putar di sinki.

Bagi lelaki yang banyak berfikir, aktiviti ini memberi ruang untuk mereka bersendiri dan memproses idea-idea dalam kepala. Lagipun, siapa boleh menolak pujian isteri bila dapur nampak bersih?

5. Mengemas Garaj atau Ruang Kerja – Memuaskan Naluri Organisasi

Lelaki suka sistem. Walaupun kebanyakan masa, ruang kerja atau garaj nampak macam zon perang, ada satu hari dalam sebulan di mana mereka tiba-tiba ada tenaga luar biasa untuk mengemas semuanya.

Mengatur peralatan, membuang barang lama, dan mengelap debu bukan sahaja memberi kepuasan visual, tetapi juga rasa produktiviti yang tinggi. Ini sejenis ‘spring cleaning’ yang membuatkan lelaki rasa lebih bertenaga dan bersedia untuk cabaran seterusnya.

BACA:“Aku Single, Aku Okay”, 6 Sebab Lelaki Single Anggap Solo Itu Lebih Cool!

Tidak semua lelaki boleh duduk diam dan bermeditasi dalam posisi yoga. Tetapi ramai yang boleh mencapai ketenangan dan keseimbangan mental melalui kerja rumah yang nampak biasa ini.

Ia bukan sahaja membuat rumah lebih kemas, tetapi juga memberi mereka peluang untuk melepaskan tekanan dengan cara yang produktif.

Jadi, jika anda rasa serabut, mungkin sudah tiba masanya untuk capai penyapu atau span pinggan – siapa sangka, kerja rumah boleh jadi terapi terbaik buat lelaki?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim