Lelaki dan ketenangan – dua perkara yang kadang-kadang susah nak bersatu dalam satu ayat. Tapi hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya mendapati ketenangan bukan melalui aktiviti luar biasa seperti meditasi di atas gunung atau bercuti di pantai eksotik. Sebaliknya, ada lelaki yang temui ‘zen’ mereka dalam kerja rumah yang mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya sangat terapeutik.
Ia bukan sahaja membantu menghilangkan stres, malah memberi satu rasa kepuasan tersendiri. Bak kata warganet masa kini, sangat ‘healing’!
Berikut adalah lima kerja rumah yang sering dianggap sebagai terapi minda buat lelaki.
1. Menyapu Halaman – Meditasi Dengan Gerakan Berulang
Ada sebab kenapa ramai lelaki suka menyapu halaman atau lantai rumah dengan penuh dedikasi. Gerakan kerja rumah seperti menyapu yang berulang-ulang mencipta satu ritma yang menenangkan.
Ditambah pula dengan bunyi gesekan penyapu dengan lantai atau daun-daun kering yang berterbangan, ia seakan terapi bunyi yang membantu menenangkan fikiran. Lagi satu bonus? Laman atau rumah jadi bersih, dan isteri pun tak sempat membebel.
2. Membasuh Kereta – Ritual Lelaki Untuk ‘Me Time’
Bagi sesetengah lelaki, membasuh kereta adalah lebih dari sekadar membersihkan kenderaan – ia adalah satu bentuk meditasi.
Dengan setiap sabun yang disental dan air yang mengalir membilas kotoran, minda juga terasa segar.
Ads
Tambahan pula, ada satu kepuasan bila melihat hasilnya – kereta berkilat, hati pun lapang. Dan kalau ada anak, ini juga peluang untuk bonding session yang santai.
3. Memotong Rumput – Rasa Kuasa dan Kawalan
Memegang mesin pemotong rumput dan melihat rumput panjang bertukar menjadi kemas adalah satu perasaan yang sukar digambarkan.
Ada rasa dominasi dan kawalan terhadap sesuatu yang ‘liar’. Lebih-lebih lagi bila bau rumput yang baru dipotong menyelinap ke hidung – ada kajian yang menunjukkan bau ini boleh memberi kesan menenangkan kepada otak. Tak perlu aromaterapi mahal, cukup dengan rumput belakang rumah!
4. Mencuci Pinggan – Terapi Air Yang Menenangkan
Ads
Ada lelaki yang lebih rela membasuh pinggan daripada membuang sampah atau menyidai baju.
Kenapa? Kerana ada sesuatu yang menenangkan dalam mengalirkan air suam ke tangan sambil melihat buih sabun berputar-putar di sinki.
Bagi lelaki yang banyak berfikir, aktiviti ini memberi ruang untuk mereka bersendiri dan memproses idea-idea dalam kepala. Lagipun, siapa boleh menolak pujian isteri bila dapur nampak bersih?
5. Mengemas Garaj atau Ruang Kerja – Memuaskan Naluri Organisasi
Lelaki suka sistem. Walaupun kebanyakan masa, ruang kerja atau garaj nampak macam zon perang, ada satu hari dalam sebulan di mana mereka tiba-tiba ada tenaga luar biasa untuk mengemas semuanya.
Ads
Mengatur peralatan, membuang barang lama, dan mengelap debu bukan sahaja memberi kepuasan visual, tetapi juga rasa produktiviti yang tinggi. Ini sejenis ‘spring cleaning’ yang membuatkan lelaki rasa lebih bertenaga dan bersedia untuk cabaran seterusnya.
Tidak semua lelaki boleh duduk diam dan bermeditasi dalam posisi yoga. Tetapi ramai yang boleh mencapai ketenangan dan keseimbangan mental melalui kerja rumah yang nampak biasa ini.
Ia bukan sahaja membuat rumah lebih kemas, tetapi juga memberi mereka peluang untuk melepaskan tekanan dengan cara yang produktif.
Jadi, jika anda rasa serabut, mungkin sudah tiba masanya untuk capai penyapu atau span pinggan – siapa sangka, kerja rumah boleh jadi terapi terbaik buat lelaki?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kira sering membicarakan apa yang dilalui oleh orang yang memiliki berat badan berlebihan atau obese. Namun tahukah anda lelaki yang kurus juga berdepan dengan cabaran yang tidak kurang hebatnya?
Malah apa yang orang kurus lalui mungkin tak dapat akan difahami oleh orang lain yang miliki berat badan normal.
Ini merupakan 10 perkara yang hanya orang kurus sahaja yang faham dan boleh relate.
MANGSA EJEK ‘TENGKORAK’
Bila bersama kawan-kawan pergi berkelah ini antara perkara yang selalu berlaku. Ya, memang hanya bergurau tapi kalau setiap kali buka baju nak mandi-manda kena ejek dan jadi bahan gurau tak seronok juga. “Tulang dada kau macam gitar dowh!” Itu antara yang biasa sangat kita dengar.
SUSAH CARI BAJU
Disebabkan badan yang kurus memang agak sukar nak cari baju sesuai. Ini terutamanya bila ingin beli pakaian dari jenama luar negara. Sais ‘S’ bila pakai sudah macam saiz XL bila anda pakai. Malah kadang-kadang terpaksa shopping baju di bahagian kanak-kanak.
SASARAN FITNESS
Berbeza dengan orang lain yang bersusah payah bersenam dan amkan segala macam ubat untuk turunkan berat badan. Anda pula berhempas pula nak naikkan berat. Kalau tersalah bersenam nanti berat makin agi turun. Memang struggle ini orang lain tak akan faham.
Ini antara ayat yang biasa orang kurus dapat sama ada daripada ahli keluarga atau rakan-rakan. Walhal anda sudah pun telah makan full meal course dengan lengkap.
FRAGILE
Dalam erti kata lain anda mudah terjatuh atau tergolek bila bergurau dengan kawan-kawan. Atau bila bermain bola sepak, pastinya orang sangat risau dengan kondisi anda yang kurus.
BOLEH MAKAN BANYAK
Orang lain mungkin sakit hati bila tengok anda makan tanpa ada sebarang kawalan. Nak makan burger tiga biji? No problem, anda boleh makan dengan hati yang senang. Kalau orang lain pasti selesai makan muka penuh penyesalan.
MUDAH SEJUK
Antara masalah yang sering menghantui orang kurus. Kalau terlupa bawa sweater ketika pergi tengok wayang itu bermakna anda akan menderita sampai tayangan tamat. Bagi orang lain sushu sejuk itu satu keselesaan tapi tidak bagi anda.
MUAT TEMPAT SEMPIT
Bila ada sesuatu yang tersepit di ruang yang sempit anda pastinya akan jadi orang yang kena suruh. Kunci terjatuh di celah-celah jeriji penutup longkang? Ya, andalah yang terpaksa tolong sebab lengan anda sahaja yang muat.
SELUAR LONDEH
Kebanyakan jenama seluar lelaki, saiz palong kecial yang terdapat di pasaran ialah 28 inci. Bayangkan jika anda mempunyai saiz pinggang yang lebih kecil. Kalau saiz pinggang sama pun ia akan jadi mudah londeh. Ini kalau terlupa pakai tali pinggang memang boleh jadi kisah seram.
TAK BOLEH DUDUK LAMA
Ini terutamanya bila anda duduk di atas permukaan keras. Disebabkan kurus dan punggung yang macam tak ada isi, anda pasti rasa tak selesa bila duduk lama. Iyalah, umpama duduk menggunakan alas tulang pinggul semata, memanglah sakit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bersenam di bulan Ramadan? Bolehkah ia dilakukan dan bagaimana untuk elak rasa terlalu penat? Jawapannya, ya mengapa pula tidak boleh!
Melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika berpuasa tidaklah semudah yang kita bayangkan. Namun, jika kita mengikuti panduan dan langkah yang baik diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Salah satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa.
Waktu terbaik melakukan senaman di bulan Ramadan ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa di bulan Ramadan setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
BAGAIMANA PULA SENAMAN INTENSITI TINGGI?
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Jadi elok-eloknya cubalah elak melakukan senaman jenis ini di bulan Ramadan.
Kemarahan yang ada di dalam diri menyebabkan fungsi tubuh tidak berjalan dengan sepatutnya. Berikut beberapa implikasi negatif terhadap kesihatan disebabkan seseorang itu marah.
Otak
Amarah anda itu mampu menjadikan anda seorang yang pelupa. Semakin lama semakin sukar untuk anda mengingati memori manis dalam hidup. Ini kerana emosi marah menguasai diri, hormone kortisol dan hormone yang berkaitan dengan stress yang lain akan dirembeskan dalam kadar yang tinggi. Ia mengakibatkan pusat memori anda kian mengecut dan kurang fungsinya.
Jantung
Inilah organ yang paling terjejas dengan emosi anda. Jantung anda akan diberikan tekanan yang hebat setiap kali anda marah dan meningkatkan lagi tekanan darah anda. Kesannya jika tidak dikawal, anda mungkin diserang sakit jantung atau stroke.
Sistem Imunisasi
Rasa Marah juga mewujudkan perasaan ingin melawan dalam diri seterusnya membuatkan hormon ‘epinephrine’ dirembeskan. Rembesan dalam kuantiti yang tinggi akan memberikan tekanan pada sistem imunisasi tubuh membuatkan anda mudah diserang jangkitan dan penyakit.
Mata
Mampu membuatkan penglihatan anda menjadi berganda dan kadang-kadang anda akannampak satu garis cahaya mengganggu anda. Gejala ini juga biasanya akan disertai dengan rasa pening atau migraine. Apabila anda marah, proses tekanan darah ke otak akan menegang dan inilah puncanya.
Gigi
Adakalanya rasa marah mampu membuatkan anda terasa getaran pada gigi. Situasi ini adakalanya berlarutan dan boleh berlaku tanpa anda sedari dalam waktu tidur. Mengetap gigi boleh menyebabkan rahang anda terasa sakit dan lama kelamaan mampu mengakibatkan gigi patah.
Perut
Apabila marah menguasai fikiran, otak juga akan mengeluarkan bahan kimia semula jadi iaitu ‘serotonin’ dan ‘acetylcholine’ yang mampu mengurangkan tekanan darah ke perut anda. Inilah faktor mengapa anda selalu merasa seperti tidak sedap perut setiap kali dilanda tekanan. Adakalanya tekanan yang anda alami juga memungkinkan anda mengalami cirit birit secara tiba-tiba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.