5 Jam Tangan Termahal Di Dunia Dengan Harga Tak Tercapai Akal,No 5 Tu Dah Macam Harga Sebuah Hotel!

Share

Percaya atau tidak, memakai jam tangan memberi banyak manfaat. Bukan hanya sekadar memudahkan kamu untuk melihat masa, tetapi ia juga boleh menukar gaya hidup kamu ke arah yang lebih berkualiti!

Ia juga merupakan salah satu aksesori atau koleksi yang mewah bagi sesetengah individu.Bagi yang berkemampuan, mereka sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk membeli jam tangan idaman mereka.

Tapi, tahukan anda jam tangan jenama apa yang paling mahal di dunia?

 

1. Breguet Antique Number 2667 – $4.5 Juta

Mungkin anda seorang penggemar koleksi jam tangan yang unik atau rekaan vintage?

Jam Breguet Antique Number 2667 ni sangat sesuai bagi anda. Tapi pastikan anda ada $4.5 Juta, baru anda boleh berangan-angan memiliki jam ini.

Nak tahu kenapa jam ini mahal? Ini kerana jam tangan ini disaluti dengan emas dan sukar didapati di pasaran.

2. Louis Monet Meteoris – $4.6 Juta

Kalau anda rasa jam Breguet terlalu mahal, ini jam yang lebih kurang sama harga dengan jam tadi.

Jam tangan LouisMonet Meteoris sememangnya mempunyai gaya yang tersendiri. Jam tangan ini hanya ada empat utas sahaja di seluruh dunia.

Jam ini juga amat istimewa kerana dihiasi dengan batu dari bulan. Macam mana agaknya batu dari bulan boleh dijadikan perhiasan jam? Pelik kan!

3. Hublot Big Bang – $5 Juta

Jam ini boleh dikatakan hampir keseluruhan bahagian disaluti dengan batu berlian. Memang bersinar-sinar bila memakainya.

Jumlah berlian yang terdapat pada jam ini sekitar 1280 biji.

4. Patek Philippe Ref. 1518 in Stainless Steel – $11 Juta

Jam ini merupakan jam kedua termahal di dunia. Mengapa jam ini mahal? Jam ini diperbuat daripada stainless steel yang berkualiti tinggi.

Selain daripada itu, jam ini merupakan jam yang telah dihasilkan pada tahun 1941 selepas perang dunia ke -3. Jam ini merupakan jam pertama yang yang mempunyai kiraan kalender, seperti bulan, tarikh dan sudah semestinya menunjukkan kiraan masa.

Tapi persoalannya, ada ke orang yang sanggup nak beli jam semahal ni?

5. Jacob & Co. Billionaire Watch – $18 Juta

Kebanyakkan orang memanggil jam ini sebagai jam billionaire. Mana tidaknya, jam ini berharga $18 Juta! Mahal giler!

Kalau diikutkan daripada rekaan, jam ini tidak lah begitu eksklusif tetapi jam ia dinobatkan sebagai jam tangan paling termahal di dunia.

Ini kerana jam ini menggunakan 239 batu berlian permata zamrud!

Ada tak yang nak hadiahkan jam tangan ini kepada orang yang tersayang? Kalau ada, orang tu memang betul-betul sayang lah kat korang!

Published by
Ruziana Zainal