
Percaya atau tidak, memakai jam tangan memberi banyak manfaat. Bukan hanya sekadar memudahkan kamu untuk melihat masa, tetapi ia juga boleh menukar gaya hidup kamu ke arah yang lebih berkualiti!
Ia juga merupakan salah satu aksesori atau koleksi yang mewah bagi sesetengah individu.Bagi yang berkemampuan, mereka sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk membeli jam tangan idaman mereka.
Tapi, tahukan anda jam tangan jenama apa yang paling mahal di dunia?
1. Breguet Antique Number 2667 – $4.5 Juta
Mungkin anda seorang penggemar koleksi jam tangan yang unik atau rekaan vintage?
Jam Breguet Antique Number 2667 ni sangat sesuai bagi anda. Tapi pastikan anda ada $4.5 Juta, baru anda boleh berangan-angan memiliki jam ini.
Nak tahu kenapa jam ini mahal? Ini kerana jam tangan ini disaluti dengan emas dan sukar didapati di pasaran.
2. Louis Monet Meteoris – $4.6 Juta
Kalau anda rasa jam Breguet terlalu mahal, ini jam yang lebih kurang sama harga dengan jam tadi.
Jam tangan LouisMonet Meteoris sememangnya mempunyai gaya yang tersendiri. Jam tangan ini hanya ada empat utas sahaja di seluruh dunia.
Jam ini juga amat istimewa kerana dihiasi dengan batu dari bulan. Macam mana agaknya batu dari bulan boleh dijadikan perhiasan jam? Pelik kan!
3. Hublot Big Bang – $5 Juta
Jam ini boleh dikatakan hampir keseluruhan bahagian disaluti dengan batu berlian. Memang bersinar-sinar bila memakainya.
Jumlah berlian yang terdapat pada jam ini sekitar 1280 biji.
4. Patek Philippe Ref. 1518 in Stainless Steel – $11 Juta
Jam ini merupakan jam kedua termahal di dunia. Mengapa jam ini mahal? Jam ini diperbuat daripada stainless steel yang berkualiti tinggi.
Selain daripada itu, jam ini merupakan jam yang telah dihasilkan pada tahun 1941 selepas perang dunia ke -3. Jam ini merupakan jam pertama yang yang mempunyai kiraan kalender, seperti bulan, tarikh dan sudah semestinya menunjukkan kiraan masa.
Tapi persoalannya, ada ke orang yang sanggup nak beli jam semahal ni?
5. Jacob & Co. Billionaire Watch – $18 Juta
Kebanyakkan orang memanggil jam ini sebagai jam billionaire. Mana tidaknya, jam ini berharga $18 Juta! Mahal giler!
Kalau diikutkan daripada rekaan, jam ini tidak lah begitu eksklusif tetapi jam ia dinobatkan sebagai jam tangan paling termahal di dunia.
Ini kerana jam ini menggunakan 239 batu berlian permata zamrud!
Ada tak yang nak hadiahkan jam tangan ini kepada orang yang tersayang? Kalau ada, orang tu memang betul-betul sayang lah kat korang!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Peka Telinga, Peka Mata! Kita Mampu Selamatkan Mangsa Dera Kanak-Kanak

Sebarang bentuk penderaan adalah satu kes jenayah yang amat berat dan juga terkutuk. Apatah lagi apabila mangsa dera tersebut ialah seorang kanak-kanak!
Dalam tempoh beberapa minggu ini beberapa kes penderaan telah dilaporkan berlaku lagi di negara kita. Ada kes melibatkan pengasuh yang melakukan jenayah ini di pusat asuhan kanak-kanak dan ada juga melibatkan ibu kandung dan pasangannya juga.
Terbaru, kes yang berlaku di Pasir Gudang di mana pihak polis telah menahan dua orang wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga badannya luka berlubang teruk.
Perkongsian video di mana jiran-jiran telah ‘menyerbu’ rumah mereka menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki mengalami cedera amat serius.
Memetik kenyataan rasmi Polis Johor, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya warga negara asing yang berperwatakan seperti lelaki atau ‘pengkid’ berusia 30 tahun.
Syukur di atas keprihatinan jiran-jiran dan orang ramai telah dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Bagaimana jika perkara hampir sama berlaku di kawasan kejiranan anda?
Apa perlu anda lakukan?
Jika anda mengesyaki ada berlaku kes penderaan sama ada kanak-kanak, wanita, warga emas mahupun lelaki terdapat beberapa tindakan segera yang boleh anda ambil.
Hubungi Pihak Berkuasa
Segera hubungi polis atau agensi kawalan kanak-kanak tempatan untuk melaporkan kejadian tersebut. Berikan maklumat sejelas mungkin mengenai apa yang anda saksikan.
Jangan Campur Tangan Sendiri
Anda mungkin ingin membantu, tetapi jika situasi berpotensi berbahaya, lebih baik biarkan pihak berkuasa yang berlatih untuk mengendalikan situasi tersebut.

Kumpulkan Bukti
Sekiranya pada peringkat awal anda mengesyaki ada yang tak kena ambil gambar atau catatkan butiran tentang penderaan yang anda lihat. Bukti ini dapat membantu proses siasatan pihak polis.
Sokongan Moral
Jika anda berbicara dengan kanak-kanak tersebut, berikan sokongan dan beritahu mereka bahawa mereka tidak bersalah. Beri tahu mereka bahawa mereka selamat sekarang dan bantulah mereka merasa selamat.
Berikan Maklumat Sulit
Jika anda tahu lebih banyak mengenai situasi ini, berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa. Ini termasuk butiran yang anda saksikan dan butiran tentang individu yang mungkin terlibat.

Jaga Kerahsiaan
Pastikan untuk menjaga kerahsiaan tentang maklumat yang anda ketahui. Ini adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dan memastikan bahawa proses siasatan berjalan lancar.
Sokong Sumber Rujukan
Berikan maklumat kepada keluarga kanak-kanak mengenai sumber bantuan seperti agensi kawalan kanak-kanak, kaunselor, atau kelab sosial yang boleh memberi sokongan kepada mereka.
Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa
Berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa semasa penyiasatan dan proses perundangan.
Semoga kita menjadi masyarakat yang sentiasa peka dengan apa yang berlaku di dalam komuniti sendiri. Ada beza di antara peka dan menyibuk hal orang lain ya!
Ia adalah untuk kepentingan awam terutamanya mereka yang ditindas. Jangan lupa ikuti TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah.
Watch on TikTok
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jejaka Amal Tomato Buat Kulit Bersih

1.Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.
3.Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.
4.Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.
5.Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.
6.Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.
7.Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.
8.Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.
9.Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.
10.Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.
11.Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kenapa Kalau Perempuan Tanya Soalan ‘Awak Keluar Ke Mana’, ‘Dengan Siapa’, Lelaki Mudah Melenting?

Memang rata-rata lelaki tak perasan yang mereka sebenarnya melampau dalam melayan wanita. Wanita ni kalau dia manja, maknanya dia memang sayang anda. Kalau dia lapar cendol sekalipun, silalah turutkan ya. Ini 20 sifat lelaki yang buat perempuan takut, benci pada anda.
- MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ini masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak control. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka.5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih. Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pula?
- KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.20. SUKA CONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI