Hampir semua lelaki suka memakai jaket denim. Namun jika anda pakai jaket denim dengan gaya yang sama setiap hari, pasti membosankan.
Jangan sempitkan pemakaian jaket denim anda hanya dengan satu gaya sahaja. Cuba tunjukkan keberanian dan serlahkan penampilan maskulin anda dengan gaya jaket denim yang berbeza.
Pasti wanita akan tertarik dengan anda bila anda menggayakan lima stail jaket denim ini.
BACA: Tip Basuh Seluar Jean Agar Tak Rosak & Turun Warna Terlalu Teruk
Ini merupakan gaya klasik yang menjadi kegemaran ramai lelaki. Anda akan kelihatan cool bila mengenakan jaket denim bersama t-shirt putih tanpa corak. Namun pastikan t-shirt anda tidak terlalu ketat, terlalu longgar atau terlalu jarang. Padankan gaya ini dengan seluar hitam dan sneakers bagi melengkapi gaya cool anda.
Memadankan jaket denim dengan t-shirt berkolar V juga boleh membuatkan penampilan anda nampak maskulin. Ini kerana kebanyakan lelaki hanya menyarungkan jaket dengan t-shirt berkolar bulat. Sesekali padankan bersama t-shirt kolar V juga memberi sau kelainan. Lebih menarik jika anda tambahkan dengan cermin mata hitam untuk menonjolkan imej santai anda.
BACA: 4 Cara Mudah Lelaki Berisi & Buncit Pilih Skinny Jeans, Baru Boleh Cover Perut!
Gabungan jaket denim juga sesuai digayakan dengan sweater. Namun pastikan anda menggayakan ini ketika cuaca di luar sedikit sejuk untuk menghangatkan badan. Jangan pula anda sarungkan ketika tengah terik matahari, bimbang makin berpeluh jadinya. Pilihlah warna sweater yang kontras dengan jaket anda.
Jaket denim sememangnya sesuai dengan seluar denim. Trik agar imej anda lebih menyerlah, sarungkan seluar denim berlainan warna daripada warna jaket denim anda.
Selain gaya ringkas, jaket denim juga boleh dipakai ke pejabat untuk gaya formal. Padankan jaket denim bersama kemeja dan tali leher untuk gaya yang berbeza.
BACA: Tak Basuh Sampai Berbau Asalkan Jeans Tahan Lama, Adakah Petua Ini Boleh Kita Amal?