Hampir semua lelaki suka memakai jaket denim. Namun jika anda pakai jaket denim dengan gaya yang sama setiap hari, pasti membosankan.
Jangan sempitkan pemakaian jaket denim anda hanya dengan satu gaya sahaja. Cuba tunjukkan keberanian dan serlahkan penampilan maskulin anda dengan gaya jaket denim yang berbeza.
Pasti wanita akan tertarik dengan anda bila anda menggayakan lima stail jaket denim ini.
Ini merupakan gaya klasik yang menjadi kegemaran ramai lelaki. Anda akan kelihatan cool bila mengenakan jaket denim bersama t-shirt putih tanpa corak. Namun pastikan t-shirt anda tidak terlalu ketat, terlalu longgar atau terlalu jarang. Padankan gaya ini dengan seluar hitam dan sneakers bagi melengkapi gaya cool anda.
Ads
2. Jaket denim + t-shirt berkolar V
Memadankan jaket denim dengan t-shirt berkolar V juga boleh membuatkan penampilan anda nampak maskulin. Ini kerana kebanyakan lelaki hanya menyarungkan jaket dengan t-shirt berkolar bulat. Sesekali padankan bersama t-shirt kolar V juga memberi sau kelainan. Lebih menarik jika anda tambahkan dengan cermin mata hitam untuk menonjolkan imej santai anda.
Gabungan jaket denim juga sesuai digayakan dengan sweater. Namun pastikan anda menggayakan ini ketika cuaca di luar sedikit sejuk untuk menghangatkan badan. Jangan pula anda sarungkan ketika tengah terik matahari, bimbang makin berpeluh jadinya. Pilihlah warna sweater yang kontras dengan jaket anda.
4. Jaket denim + seluar denim
Ads
Jaket denim sememangnya sesuai dengan seluar denim. Trik agar imej anda lebih menyerlah, sarungkan seluar denim berlainan warna daripada warna jaket denim anda.
5. Jaket denim + kemeja + tali leher
Selain gaya ringkas, jaket denim juga boleh dipakai ke pejabat untuk gaya formal. Padankan jaket denim bersama kemeja dan tali leher untuk gaya yang berbeza.
Sekarang ini heboh sana-sini terutamanya di lama media sosial tentang filem terbaru daripada DC & Warner Bros. iaitu ‘Joker’. Karakter antagonis yang merupakan musuh utama adiwira Batman kini muncul dalam filem stand-alone tersendiri.
Minggu lalu sahaja filem ‘Joker’ yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix telah memecahkan box-office tayangan bulan Oktober di Amerika Syarikat dengan jumlah kutipan melebih USD90 juta.
Ternyata lakonan yang dibawakan oleh Joaquin telah memberikan impak cukup hebat seperti mana yang telah dilakukan oleh mendiang Heath Ledger menerusi ‘The Dark Knight’ dahulu.
Populariti filem ini juga menyaksikan pelbagai barangan terkait karakter ini diperkenalkan. Antara yang paling menarik perhatian ialah jam tangan Joker buatan Swiss.
Dikeluarkan oleh RJ Watches, jam tangan mewah ini turut mengandungi sebanyak 57 permata, 3 strap boleh ubah dan ukiran Joker di bahaguan belakang. Jam tangan istimewa ini dikenali dengan nama ARRAW The Joker.
Ini bukanlah kali pertama pengeluar jam dari Swiss ini bekerjasama dengan Warner Bros. Sebelum ini juga mereka pernah mengeluarkan banyak koleksi edisi terhada jam tangan bertemakan Batman.
Jam tangan Joker edisi terhad ini dipasarkan pada harga USD17,900 (RM75135) dan bakal dipasarkan pada penghujugn bulan ini di Watches of Switzerland Soho, New York.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sempena bulan kemerdekaan, Istana Budaya tampil dengan persembahan teater Tanah Akhirku yang dibarisi bintang terkenal Aeril Zafril, Mei Fen Lim, Erma Fatima, Izzue Islam, Nina Nadira,Nave VJ, Akmal Ahmad, Alfred Loh, Iskandar Zulkarnain dan Angeline Tan. Pada 28 Ogos, pementasan pertama telah dipersembahkan di hadapan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang berdurasi selama 3 jam setengah itu.
Ia berkisarkan keluarga bangsawan yang berasal dari China berhijrah ke Tanah Melayu demi mendapatkan perlindungan dan kehidupan lebih baik di tanah melayu. Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap. Dengan ketidak stabilan politik dan pentadbiran pada ketika itu antara pembesar istana, pihak British dan juga pengusaha lombong, tidak ada langkah mudah untuk meneruskan hidup bagi pekerja-pekerja lombong di situ. Yin Feng pula semakin jatuh hati dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri. Cintanya juga turut mekar terhadap seorang lelaki Melayu.
Tanah Akhirku menjadi pedoman untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, hidup secara majmuk demi negara tercinta. Ia merupakan sebuah naskhah yang mengajak penonton untuk melihat pembentukan negara Malaysia melalui perspektif yang berbeza.Kita tidak dapat menafikan sumbangan para imigran Cina dan India yang datang untuk memajukan Tanah Melayu dari segi ekonomi dan juga budaya.
Tanah Akhirku akan dipentaskan selama 5 hari bermula 28 Ogos – 1 September 2018. Anda boleh dapatkan tiket dengan harga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250 DAN RM 350 di http://airasiaredtix.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang ramai tahu harga seutas jam tangan G-Shock tidak murah, namun kerana kualiti dan rekaannya yang menarik membuatkan orang sanggup untuk berbelanja tinggi untuk memilikinya.
Baru-baru ini, jenama perisian komputer terkenal dunia Asus dan Casio telah bekerjasama untuk mengeluarkan koleksi G-Shock edisi terhad. Ia cukup istimewa dan jumlah pembuatannya tidak banyak.
Model yang digunakan adalah G-Shock GA-100 yang mana ia telah dikemaskini dengan rekaan bertemakan ROG (Republic of Gamers). Ia mampu menahan hentakan serta kalis air sehingga 200 meter.
Selain itu, ia turut dilenagkapi dengan tetapan penggera, pemasa dan dilengkapi dengan kalendar sehingga tahun 2099.