Fesyen

5 Idea Gaya Outfit Lelaki Dipadankan Bersama Kasut adidas Samba

Share

Buat seorang lelaki selain mempunyai gaya pakaian yang menarik serta aksesori seperti jam tangan, salah satu item yang sangat penting ialah sepasang kasut. Tidak banyak kasut yang mempunyai karakteristik sesuai digayakan dalam pelbagai jenis gaya.

Kasut yang versatil dan juga bersifat ‘timeless’ sememangnya sejak dari dulu digemari ramai. Bukan sahaja kerana ia relevan sepanjang zaman tetapi boleh digayakan dengan idea gaya mengikut cita rasa atau personaliti seorang lelaki.

Salah satu kasut yang bukan sahaja kini popular tetapi telah menjadi item fesyen yang relevan sejak dulu lagi ialah adidas Samba.

adidas Samba OG

adidas Samba kini dianggap sebagai salah satu ikon sejati dalam dunia sneakers. Rata-rata pengkritik dan penggemar fesyen menganggap adidas Samba sebagai satu merevolusi gaya kasual dan sukan sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun era 1950-an.

Hadir dengan gaya minimalis namun klasik serta ‘tiga jalur’ ikonik Adidas dan bahan kulit berkualitas, menjadikannya pilihan utama di kalangan atlet dan peminat fesyen.

adidas Samba kini bukan hanya sekadar kasut tetapu telah berubah menjadi satu simbol keabadian dalam gaya. Ia mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian sama ada secara dari kasual hingga smart casual. Keunggulan fungsi dan estetikanya menjadikan adidas Samba lebih daripada sekadar kasut, tetapi sebuah warisan dalam budaya fesyen kontemporari.

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 idea gaya bagaimana anda boleh menggayakan adidas Samba.

Kasual Kontemporari

Foto: GeorgeSWN Pinterest

adidas Samba, pilihan sempurna untuk gaya harian. Padankan dengan jeans atau seluar chino berpotongan kemas. Warna netral seperti hitam atau kelabu mengundang keanggunan. Lengkapi dengan t-shirt atau kemeja santai. Tambahkan jam tangan elegan atau cermin mata hitam untuk sentuhan rapi.

Sporty Moden

Foto: @fzhd.official Instagram

Sesuai untuk mereka yang menggemari gaya sporty. Padankan Adidas Samba dengan seluar jogger atau track pants. Tambahkan hoodie atau jaket windbreaker. Warna monokrom seperti hitam atau putih menghasilkan kesan yang bersih dan trendi.

Smart Casual Refined

Foto: MasculineTrend Pinterest

Ideal untuk acara semi-formal. Gabungkan Adidas Samba dengan seluar chino dan kemeja polos. Blazer menambahkan ketegasan. Pilih warna klasik untuk kasut, dan eksperimen dengan warna seluar dan kemeja untuk variasi.

Streetwear Berani

Foto: FastfashionCo Pinterest

Untuk gaya yang lebih berani, padankan Adidas Samba dengan seluar cargo atau jeans robek. T-shirt grafik dan jaket denim atau bomber menguatkan identiti streetwear. Aksesori seperti topi snapback atau rantai menambah karakter.

Minimalis Elegan

Foto: Inventory Magazine

Bagi penggemar gaya minimalis, Adidas Samba dalam warna hitam atau putih adalah pilihan ideal. Seluar panjang slim fit dan kemeja warna netral atau pastel menyempurnakan tampilan yang bersih dan elegan.

Adidas Samba bukan sekadar kasut, ia adalah kanvas untuk mengekspresikan gaya dan kepribadian.

Dengan padanan yang tepat, anda tidak hanya akan merasa lebih bergaya tetapi juga menonjolkan personaliti karisma cukup unik.

Eksplorasi gaya dengan Adidas Samba membuka peluang untuk menampilkan jati diri yang berbeza dalam setiap kesempatan!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Apa yang membuatkan kasut adidas Samba menjadi sangat popular sepanjang tahun 2023? Ikuti review ringkas adidas Samba dari MASKULIN! #maskulin #majalahmaskulin #adidassamba #SambaOG #adidasMY #sambaretreat #sneakers #klkix #sneakerlah #sneakerMalaysia #maskulinfesyen #CapCut ♬ original sound – Maskulin
Published by
Farizul Izwany Ibrahim