Buat seorang lelaki selain mempunyai gaya pakaian yang menarik serta aksesori seperti jam tangan, salah satu item yang sangat penting ialah sepasang kasut. Tidak banyak kasut yang mempunyai karakteristik sesuai digayakan dalam pelbagai jenis gaya.
Kasut yang versatil dan juga bersifat ‘timeless’ sememangnya sejak dari dulu digemari ramai. Bukan sahaja kerana ia relevan sepanjang zaman tetapi boleh digayakan dengan idea gaya mengikut cita rasa atau personaliti seorang lelaki.
Salah satu kasut yang bukan sahaja kini popular tetapi telah menjadi item fesyen yang relevan sejak dulu lagi ialah adidas Samba.
adidas Samba kini dianggap sebagai salah satu ikon sejati dalam dunia sneakers. Rata-rata pengkritik dan penggemar fesyen menganggap adidas Samba sebagai satu merevolusi gaya kasual dan sukan sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun era 1950-an.
Hadir dengan gaya minimalis namun klasik serta ‘tiga jalur’ ikonik Adidas dan bahan kulit berkualitas, menjadikannya pilihan utama di kalangan atlet dan peminat fesyen.
Ads
adidas Samba kini bukan hanya sekadar kasut tetapu telah berubah menjadi satu simbol keabadian dalam gaya. Ia mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian sama ada secara dari kasual hingga smart casual. Keunggulan fungsi dan estetikanya menjadikan adidas Samba lebih daripada sekadar kasut, tetapi sebuah warisan dalam budaya fesyen kontemporari.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 idea gaya bagaimana anda boleh menggayakan adidas Samba.
Kasual Kontemporari
adidas Samba, pilihan sempurna untuk gaya harian. Padankan dengan jeans atau seluar chino berpotongan kemas. Warna netral seperti hitam atau kelabu mengundang keanggunan. Lengkapi dengan t-shirt atau kemeja santai. Tambahkan jam tangan elegan atau cermin mata hitam untuk sentuhan rapi.
Sporty Moden
Sesuai untuk mereka yang menggemari gaya sporty. Padankan Adidas Samba dengan seluar jogger atau track pants. Tambahkan hoodie atau jaket windbreaker. Warna monokrom seperti hitam atau putih menghasilkan kesan yang bersih dan trendi.
Ads
Smart Casual Refined
Ideal untuk acara semi-formal. Gabungkan Adidas Samba dengan seluar chino dan kemeja polos. Blazer menambahkan ketegasan. Pilih warna klasik untuk kasut, dan eksperimen dengan warna seluar dan kemeja untuk variasi.
Streetwear Berani
Untuk gaya yang lebih berani, padankan Adidas Samba dengan seluar cargo atau jeans robek. T-shirt grafik dan jaket denim atau bomber menguatkan identiti streetwear. Aksesori seperti topi snapback atau rantai menambah karakter.
Minimalis Elegan
Bagi penggemar gaya minimalis, Adidas Samba dalam warna hitam atau putih adalah pilihan ideal. Seluar panjang slim fit dan kemeja warna netral atau pastel menyempurnakan tampilan yang bersih dan elegan.
Ads
Adidas Samba bukan sekadar kasut, ia adalah kanvas untuk mengekspresikan gaya dan kepribadian.
Dengan padanan yang tepat, anda tidak hanya akan merasa lebih bergaya tetapi juga menonjolkan personaliti karisma cukup unik.
Eksplorasi gaya dengan Adidas Samba membuka peluang untuk menampilkan jati diri yang berbeza dalam setiap kesempatan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Antara sebab kenapa anda sedang membaca artikel ini adalah kerana anda merasakan diri anda kurus dan telah banyak kali cuba untuk kelihatan berisi namun masih gagal.
Jika benar, tahniah kerana berada di saluran perkongsian yang betul dan dalam entri ini, Maskulin ingin 4 tips yang boleh anda gunakan sepanjang masa.
Khas buat individu yang berbadan kurus, inilah masanya untuk anda betulkan cara penampilan agar lebih dipandang segak :
1. Pilih saiz baju yang tepat
Jika selama ini anda gemar memakai baju berkonsep ‘slim-fit’, anda perlu hentikannya. Anda boleh kelihatan berisi jika saiz baju yang dipilih sedang-sedang dengan tubuh anda. Dalam erti kata lain, jangan pakai baju terlalu kecil atau terlalu besar. Longgar tetapi sepadan molek dengan tubuh anda.
2. Mula gayakan pakaian yang sesuai
Jaket atau blazer boleh membuatkan anda kelihatan lebih kemas dan besar. Hal ini kerana jaket membantu bahu anda kelihatan lebih luas daripada biasa dan membuat anda kelihatan begitu tegap. Bagi sesetengah orang pula, seluar slack atau seluar jeans boleh melakukan keajaiban kepada kaki mereka yang panjang. Jadi, mari kenal pasti pakaian yang membuat anda kelihatan lebih besar dan gayakannya. Minta pendapat orang yang dipercayai.
3. Pakai baju berlapis (Layering)
Layering tidak semestinya anda harus memakai pakaian sehingga lima lapisan baju. Bagi cuaca dan suhu di Malaysia, anda digalakkan memakai pakaian dari kain yang berjenis ringan. Sehubungan itu, 2 hingga 3 lapisan baju sudah memadai dan lengkapkan lapisan teratas dengan jaket supaya anda boleh membuka butangnya. Pastikan anda memakai warna yang cerah di dalam dan selaraskan setiap lapisan dengan warna yang sesuai supaya anda tidak kelihatan seperti pelangi.
4. Warna dan corak main peranan
Perkara paling mudah yang anda boleh lakukan untuk kelihatan berisi adalah dengan memilih warna dan corak yang betul. Pilih warna, corak dan tekstur fabrik yang menambah jisim kepada penampilan keseluruhan anda.
Ramai orang tahu bahawa warna-warna gelap akan membuatkan pemakainya kelihatan kurus, tetapi hanya sedikit yang mengetahui warna yang lebih lembut mempunyai kesan yang bertentangan.
Satu lagi sebab warna lembut akan berfungsi dengan lebih baik untuk anda adalah kerana ia berfungsi untuk menonjolkan otot semulajadi anda. Anda mungkin tidak mempunyai otot yang besar, tetapi memakai pakaian yang berwarna lembut masih boleh memberi perhatian kepada mereka.
Memakai t-shirt dengan jalur mendatar pula boleh membuat dada anda kelihatan lebih besar dan bahu anda lebih luas kerana jalurnya akan lebih lebar pada bahagian badan atas sekaligus membantu menyerlahkan bentuk V anda.Wahai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ternyata trend berjambang di kalangan lelaki kembali menular. Sudah pasti ia rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki tampil untuk berjambang.
Lelaki ini dahulunya hanyalah seorang lelaki biasa tetapi kini semuanya berubah sejak melibatkan diri dalam dunia permodelan. Gwilym Pugh hanyalah seorang lelaki biasa berusia 21 tahun ketika memulakan syarikat insurans di bilik tidurnya. Bekerja dari rumah menyebakan dia mengalami kenaikan berat badan yang banyak, 280 paun dilaporkan.
Sehinggalah tukang gunting rambut menyuruhnya untuk membela jambang dan lihat transformasi lelaki ini, cukup sempurna!
Lihat penampilannya sekarang!
“Pada masa itu saya boleh dikatakan overweight, saya bekerja 12 jam sehari dari rumah, perniagaan berjalan dengan baik tetapi saya memutuskan saya perlu menjalani kehidupan yang lebih sihat daripada yang sekarang ini,” jelasnya pada Daily Mail.
Tukang gunting rambut menyuruhnya membela jambang untuk penampilan yang baru. Sejajar dengan penampilannya yang baru, lelaki muda ini turut melakukan transformasi dengan mengamalkan diet seimbang dan membina badan.
Sekarang, Gwilym, 33, adalah sebahagian daripada model AMCK agensi London. Dia telah bekerja dengan jenama Vans, Bud Light, Diesel, dan nama-nama besar lain. Kerja kerasnya juga membolehkan dia menjadi duta bagi jenama David Beckham untuk produk lelaki, House 99!
Terima kasih pada tukang gunting kerana kini penampilan lelaki muda ini nampak lebih macho dan sihat!
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cerita mudahnya, minum teh boleh menjadikan anda lebih kreatif.
Cerita panjangnya adalah ramai di antara kita minum kopi di tempat kerja. Ia mempunyai pelbagai faedah yang membuatkan mata anda bertahan sepanjang malam dan ia telah dikaitkan pelbagai penyakit antaranya penyakit Parkinson’s Disease dan Type 2 yang rendah untuk kesihatan jantung yang lebih baik. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mengambil kopi dan mengambil teh?
Anda mungkin seorang yang multitasking lebih baik apabila berhadapan dengan deadline projek, dan secawan kopi O, atau Nescafe boleh membantu anda dalam menyemarakkan idea anda. Itulah hasil penyelidikan baru dari China, yang menemui teh meningkatkan kejelasan mental dan fokus dan sebaliknya menggulung kreatif anda, laporan The Daily Telegraph.
Penyelidikan ini memberi faedah kepada keseimbangan teh kafein dan teh theanine, yang mereka dapati perhatian dan kewaspadaan yang lebih baik. Dan kesannya dapat dirasakan dalam beberapa minit selepas selesai minum. Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Food Quality and Preference dan melibatkan sekumpulan ahli psikologi di Peking University di China yang menjalankan ujian ke atas 50 pelajar dengan usia purata 23 tahun.
Ketika para pelajar tiba untuk eksperimen ini, separuh diberikan secangkir teh hitam untuk minum dan separuh segelas air, sebelum dihantar ke salah satu daripada dua ujian yang berbeza. Yang pertama melibatkan mereka yang diminta membuat reka bentuk yang menarik dan kreatif daripada blok bangunan, untuk pelajar kedua terpaksa menghasilkan nama kreatif untuk nama restoran mi baru.
Usaha mereka kemudiannya dinilai oleh pelajar lain untuk mengadilil mereka. Pada kedua-duanya, peminum-peminum teh mengalahkan pasangan mereka yang menghirup air, mencatat 6.54 mata berbanding 6.03 mata untuk ujian blok bangunan dan 4.11 berbanding 3.78 untuk menamakan kedai mi.
Jadi apa yang berlaku di sini? Para penyelidik mengatakan bahawa teh seolah-olah membantu pemikiran yang berbeza-beza, dan percambahan idea-idea baru. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman fungsi teh pada kreativiti dan menawarkan cara baru untuk mengkaji hubungan antara makanan dan minuman serta peningkatan kondisi manusia. Dua bahan biologi, kafein dan theanine, mempunyai kesan yang baik terhadap perhatian, yang merupakan sebahagian daripada fungsi kognitif.
Bagaimanapun, adalah bahawa theanine memudahkan pemprosesan perhatian jangka panjang, bukan jangka pendek. Para penyelidik berfikir teh berfungsi dengan baik dalam jangka pendek kerana kemampuannya untuk meningkatkan mood.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.