Menjaga kesihatan adalah pekara paling utama bagi setiap manusia. Lakukanlah apa sahaja senaman atau gerakan, ia pasti akan memberi result yang baik pada badan.

Namun jika tidak mendatangkan apa-apa result, ia akan mengecewakan.

Di sini Maskulin sediakan 5 hack paling berguna untuk anda mendapatkan result yang bagus dan cepat!

#1: Buat Sendiri Usah Berteman

5 Hack Anda Boleh Dapatkan Result Terbaik Ketika Bersenam

IKLAN

Ya, memang bersenam secara berpasangan atau dengan kawan adalah sesuatu yang menyenangkan dan tidak membosankan. Tetapi untuk mendapatkan result yang bagus dan cepat, anda seharusnya buat sendiri tanpa gangguan orang lain.

#2: Lakukan Senaman Kardio 3 Jam Selepas Makan

5 Hack Anda Boleh Dapatkan Result Terbaik Ketika BersenamTidak kisahlah anda melakukan senaman kardio pada waktu pagi atau pada waktu malam, tetapi pastikan anda melakukan senaman 3 jam selepas makan untuk memberi peluang kepada badan membakar lemak degil yang terkumpul. Jika anda melakukan senaman kardio dalam keadaan perut kosong, ia akan memudahkan lagi sistem pembakaran dengan menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

IKLAN

#3: Jangan Harapkan Mesin

5 Hack Anda Boleh Dapatkan Result Terbaik Ketika BersenamJika anda bersenam, jangan harapkan mesin semata-mata. Pastikan anda menggunakan peralatan gym yang lain seperti dumbbell, tali skipping, hip twister board dan sebagainya untuk membakar lemak. Amalan seperti senaman squat dan dead-lifts akan mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak jahat yang terkumpul di dalam badan jika nak dibandingkan dengan senaman menggunakan mesin.

#4: Makan Di luar Seminggu Sekali

5 Hack Anda Boleh Dapatkan Result Terbaik Ketika BersenamMasak makanan sendiri adalah lebih baik daripada anda mengambil makanan di luar. Tetapi sesekali pasti anda rasa bosan dan mahu makan di luar. Tiada masalah, anda masih boleh menikmati momen tersebut tetapi hadkan kepada seminggu sekali. Cara ini bukan sahaja dapat menjaga diet anda seperti bahan apa yang digunakan dan sebagainya, malah ia juga akan menjimatkan wang pembelanjaan anda. Untung-untung anda boleh meniympan wang.

IKLAN

#5: Gunakan Foam Roller Untuk Melegakan Otot

5 Hack Anda Boleh Dapatkan Result Terbaik Ketika BersenamSelepas anda melakukan senaman, benda pertama yang anda perlukan adalah alatan untuk melegakan otot. Gunakan foam roller untuk membantu otot kembali relaks dan tenang. Caranya, anda perlu golekkan atau roll ia di bawah badan (di bahagian tertentu) selama beberapa saat. Memang menyakitkan tetapi daripada sakit itu, ia akan bertukar menjadi semakin lega.

Subscribe & tonton video Fitness di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=vgZ0LoK90GE&t=3s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI