5 GAYA HIDUP-MASKULIN-1

Kolesterol tinggi adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh membawa kepada penyakit jantung serta strok. Namun begitu, dengan mengamalkan beberapa gaya hidup sihat, anda boleh mengawal dan merendahkan kadar kolesterol dalam badan anda. Berikut MASKULIN kongsikan 5 gaya hidup yang boleh diamalkan bagi membantu turunkan kadar kolesterol.

1. Makan Makanan Kaya Serat

Makanan yang tinggi serat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Serat larut, seperti yang terdapat dalam oat, barli, kacang, dan buah-buahan seperti epal dan pear, boleh mengurangkan penyerapan kolesterol dalam saluran darah anda.

2. Kurangkan Pengambilan Lemak Trans & Lemak Tepu

Lemak tepu, yang sering ditemui dalam daging merah dan produk tenusu penuh lemak. Manakala lemak trans pula terdapat dalam makanan segera dan makanan ringan.

Kedua-duanya boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat (LDL). Gantikan lemak tepu dengan lemak tak tepu seperti minyak zaitun, kacang dan ikan berlemak seperti salmon dan makarel. Ketahui lebih lanjut mengenai lemak sihat di sini.

5 Gaya Hidup Sihat Mampu Bantu Turunkan Kadar Kolesterol

3. Aktif Secara Fizikal

Melakukan aktiviti fizikal yang kerap juga merupakan salah satu 5 gaya hidup yang baik. Ia boleh membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL).

Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk aktiviti seperti berjalan kaki, berjoging, berenang, atau berbasikal. Lihat cadangan aktiviti fizikal yang sesuai di sini.

4. Berhenti Merokok

Amaran buat anda yang merokok. Tabiat merokok boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat dan menurunkan kadar kolesterol baik.

Jika anda berhenti merokok, ia memberikan mempunyai manfaat kesihatan yang besar dan dapat memperbaiki kadar kolesterol anda dalam beberapa minggu sahaja.

BACA: Senaman Berat Waktu Malam Boleh Jadi Punca Serangan Jantung : Pakar Perubatan

5. Amalkan Diet Seimbang

Mengamalkan diet yang seimbang dan rendah kolesterol adalah penting. Fokus kepada makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti ikan, avokado, dan kacang.

Elakkan makanan yang tinggi gula dan garam kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar kolesterol.

5 Gaya Hidup Sihat Mampu Bantu Turunkan Kadar Kolesterol

Dengan mengamalkan lima cara ini, anda dapat mengekalkan kadar kolesterol yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan kolesterol tinggi.

Ingatlah bahawa perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa kepada manfaat kesihatan yang besar. Mulakan hari ini untuk masa depan yang lebih sihat!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI