Masalah depresi bukanlah suatu hal yang baru. Ada yang menganggap ianya adalah hal biasa, namun jika tidak diberi kesedaran kepada masyarakat, mungkin lebih ramai yang menghadapi masalah depresi ini akan memilih jalan yang salah untuk mengakhiri kehidupan mereka.
Antara usaha yang dilakukan oleh penggiat filem adalah dengan menerbitkan cerita-cerita yang membawa mesej berkaitan dengan hal depresi.
Berikut kami senaraikan antara 5 filem Korea yang berkisarkan tentang masalah depresi.
Dibintangi oleh Suho EXO dan Kim Hwan Hee, filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah, Jang Mi Rae yang bersikap introvert dan memiliki masalah dirumahnya. Ibu dan ayahnya sering memukulnya hanya kerana perkara remeh. Disebabkan itu, Mi Rae melepaskan kesedihannya dengan bermain game online.
Dia bertemu dengan kawan lelaki di dunia virtual, Jae Hee yang turut mempunyai masalah sama sepertinya. Oleh kerana tidak bahagia dengan kehidupan, mereka selalu melakukan perkara-perkara yang belum pernah dibuat sebelum memutuskan untuk bunuh diri.
Ada satu pesanan yang dituls oleh Jae Hee kepada Mi Rae sehingga membuatkan gadis itu menangis teresak-esak.
Mengisahkan tentang misteri kehilangan seorang pelajar yang bernama Kyung Min yang didakwa telah membunuh diri. Seorang rakannya, Young Hee terlihat di CCTV sedang bersama Kyung Min sehari sebelum kehilangannnya.
Ibu Kyung Min selalu bertanya tentang anaknya kepada Young Hee dan menudug bahawa Kyung Min telah dibunuh olehnya. Teman sekolah Young Hee juga turut membuli gadis itu dan menyebabkan dia menjadi tertekan lalu cuba untuk membunuh diri.
Filem yang dibintangi oleh Lee Chung Ah dan Hong Jong Hyun mengisahkan tentang Eun Jo yang mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat depresi selepas kehilangan anak tunggalnya.
Satu hari, saat ibu ini bangun tidur, dia merasakan bahawa dirinya berada di hari kelmarin. Keesokan harinya, selepas bangun dari tidur juga, dia berada di hari sebelum kelmarin. Eun Jo merasa garis waktu hidupnya berjalan terbalik.
Kemudian, wanita ini bertemu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ho Min. Lelaki inilah yang memegang kunci daripada segala misteri perjalanan waktu Eun Jo.
Berkisarkan tentang seorang lelaki, Kang Jae Hoon yang terpaksa berpisah dengan isteri dan anaknya di Australia kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya. Selepas gagal dalam pekerjaannya, lelaki tersebut ingin menyusul ke Australia namun mendapati isterinya curang bersama lelaki lain.
Jae Hoon membawa diri dan berjumpa dengan seorang wanita yang menjadi mangsa penipuan. Mereka berdua saling mengambil berat diantara satu sama lain, namun rasa depresi Jae Hoon membuatkan dirinya ingin mengakhiri hidup.
Filem bergenre thriller ini mengisahkan tentang seorang wanita yang seang mempersiapkan dirinya untuk menghadapi ujian menjadi pegawai negeri. Disebakan tidak mempunyai wang yang banyak, akhirnya Hyun Jin memtuskan untuk berpindah ke sebuat apartment tua dan berjiran dengan sebuah keluarga seorang gadis remaja bernama Joo Hee yang dianggap aneh.
Kehidupan keluarga Joo Hee yang diuji dengan pelbagai masalah sehinggalah suatu kisah misteri terungkai.
Semoga dengan menonton filem-filem ini dapat memberi kesedaran buat semua akan betapa pentingnya kita sebagai kawan, keluarga mahu pun masyarakat untuk memberi bantuan kepada individu yang depresi.
Dengan hanya mendengar keluhan mereka pun sebenarnya sedikit sebanyak dalam membantu meringankan beban yang ditanggung.
Artikel ini diolah dari Remaja.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.