5 Fakta Saintifik Tentang Sifat Anak Kedua Yang Pelik & Aneh , Tetapi Paling Bijak Orangnya.

Share

Perasan tak anak kedua sedikit pelik perangainya berbanding adik beradik yang lain? Mereka punya sifat yang tersendiri. Adakalanya mereka mungkin disenangi oleh semua anggota keluarga atau ada juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik beradik lain.

Ternyata setiap anak itu unik. Setiap anak tetap memiliki kekuatan masing-masing. Ibu bapa yang bijak sepatutnya dapat menghalakan kecenderungan emosi dan fizikal anak-anak ke arah yang baik. Ini akan menjadikan anak-anak lebih memahami keunikan personaliti masing-masing sebagai suatu anugerah dan keistimewaan. Jangan terlalu mengikut stereotaip!

1. KADAR HORMON TESTOSTERON MAKIN MENINGKAT APABILA DEWASA

“Sifat anak kedua menunjukkan kecenderungan terhadap cabaran dan sifat berdikari lebih-lebih lagi apabila meningkat dewasa. Manakala dalam anak pertama, keinginan ini tidak menunjukkan banyak perubahan apabila semakin dewasa.” Inilah hasil kajian yang didapati daripada para pengkaji menerusi laporan mereka di Daily Mail. Menurut kajian tersebut, seramai 364 anak-anak bersama ibu bapa mereka telah ditemubual dan disuruh mencatatkan aktiviti mereka di luar kelas.

Selain itu, sampel air liur juga diambil untuk menilai tahap hormon testosteron yang terdapat di dalamnya. Ternyata anak kedua menunjukkan peningkatan hormon ini seiring dengan meningkatnya usia. Hormon ‘kelelakian’ inilah yang mendorong mereka menjadi lebih lasak, berani dan suka menyahut cabaran.

2. PUNYA PESAING SEJAK LAHIR

“Anak pertama lebih cenderung untuk menurut perintah manakala anak kedua dan seterusnya lebih cenderung mempunyai personaliti yang lebih suka berdikari. “

Ini adalah sebuah kajian oleh Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library. Mereka mungkin kelihatan kompetitif, hiperaktif, dan suka menarik perhatian dengan melakukan perkara-perkara yang boleh ‘memeningkan kepala’ ibu bapa.

Psychology Today ada membincangkan dalam sebuah artikel How Firstborns and Secondborns Compare menyatakan bahawa ‘mindset’ semulajadi anak kedua ini berbeza kerana mereka telah dilahirkan ke dunia dengan pesaing (iaitu abang atau kakak mereka).

3. NILAI EMOSI YANG SENSITIF

Umumnya, saintis menemukan bahawa sifat anak kedua ini juga mungkin berbeza berbanding anak pertama dari segi sensitiviti, lebih-lebih lagi apabila mereka dibandingkan. Mereka akan mudah terasa, dan akan melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang anda minta atau jangkakan.

Berbanding anak sulung, mereka mempunyai sedikit masa untuk dibesarkan dengan kualiti tertentu sebelum kehadiran adiknya. Ini menjadikan anak pertama lebih mudah percayakan diri dan tidak mengharapkan perhatian.

4. CENDERUNG MEMPERCAYAI RAKAN BERBANDING IBU BAPA

Menerusi laman web Parents.com, anak kedua menghadapi lebih kemungkinan untuk berasa terasing atau kurang istimewa di mata ibu bapa mereka. Walaupun ibu bapa cuba untuk menidakkan tindakan berat sebelah, namun hakikatnya mereka perlu merasakan sendiri kasih sayang itu daripada ibu bapa.

Mereka juga lebih pandai bergaul dan kebanyakannya mudah mesra dengan orang ramai. Oleh itu, tabiat ini mungkin juga menjadikan mereka cepat terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya.

5. MINDA YANG MAHIR MEMANIPULASI

Antara sifat anak kedua yang menyerlah ada disebutkan dalam mirror.co.uk sebagai seseorang yang pandai memanipulasi. Mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lebih cekap dan bijak dalam memanfaatkan peluang.

Maka tidak hairanlah mereka amat berjaya dan amat berbakat sebagai usahawan. Ini juga ada benarnya, tengok sajalah antara contoh anak kedua yang berjaya (dan mungkin ada sedikit masalah disiplin) – Abraham Lincoln, Bill Gates, Donald Trump, Putera Harry, Britney Spears, JLo, dan Kim Kardashian.

Published by
Ruziana Zainal