Siapa lagi boleh pertikaikan kualiti animasi keluaran anak Malaysia hari ini? Semakin lama, ia berevolusi dengan baik dan memuaskan hati orang ramai.
Lihat sahaja filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang ditayangkan beberapa bulan lalu sehingga menjadi topik hangat selama sebulan.
Biarpun ia berkisarkan cerita kanak-kanak namun golongan mak bapaklah antara individu penting yang berjalan masuk ke pawagam.
Terdapat beberapa faktor kenapa orang dewasa pun boleh terjebak layan animasi Malaysia ini :
Orang pergi panggung wayang dan mengeluarkan duit untuk menonton sesuatu yang berkualiti. Jika kualiti visualnya sangat baik, orang ramai pasti akan kagum.
Orang pergi tonton wayang ni sebab nak hilangkan stress. Maka cerita-cerita santai yang boleh menghiburkan hati akan jadi pilihan. Tak perlu buat cerita lawak bodoh, memadai dengan jalan cerita yang mudah tetapi best.
Mengambil contoh siri animasi BoBoiBoy, siapa yang tidak suka dengan watak-watak adiwira? Kena pula gayanya dah setaraf dengan produk luar negara. Sudah tentulah filem kita jadi keutamaan.
Bagi yang ada anak berderet-deret tu, inilah masa nak jejakkan kaki ke panggung wayang. Bukan apa, penulis faham.. ramai golongan mak bapak terpaksa korbankan niat nak tonton wayang sebab kena jaga anak.
Percayalah.. kalau sesebuah cerita itu bagus, orang ramai akan berpusu-pusu akan datang menonton dan bagusnya itu, akan disampaikan dari mulut ke mulut sehingga ia menjadi trending.
Apa-apa pun, faktor promosi adalah sesuatu yang penting. Tak syok juga kalau cerita yang best, cuma komuniti kecil sahaja yang menontonnya.
Alasannya tiada promosi dan tak ada orang tahu pun macam filem One Two Jaga : Crossroad. Tahu-tahu dah menang anugerah.