Deodoran sangat penting tambahan lagi apabila badan anda sejenis cepat berbau. Mana tidaknya, dari pagi sehinggalah ke malam, anda akan berdepan dengan bau badan yang sangat teruk! Nak pulak bila pakai kemeja, ketibaslah ketiak anda.
Deodoran yang baik perlulah mempunyai fungsi yang boleh menahan bau badan. Masalahnya adalah bahawa deodoran biasa sering mengandungi bahan kimia seperti parabens, yang boleh membahayakan tahap hormon badan. Bukan itu sahaja, tetapi deodoran biasa juga boleh menggunakan aluminium, yang boleh merosakan kulit. Jadi anda perlu berhati-hati dalam pemilihan deodoran.
Mungkin anda boleh menggunakan deodoran ini untuk kekal segar sepanjang hari. Apa yang penting, kita tak nak cop dekat baju melayu anda tu.
1.Mountaineer All Natural Deodorant
Ia bukan saja Deodorant Brand Mountaineer dan antiperspirant mempunyai cahaya, bau yang bersih, ia juga selamat untuk kulit sensitif. Ia berfungsi tanpa bahan toksik atau mungkin berbahaya untuk memastikan liang ketiak anda kering dan segar.
Ads
2.Earth and Woods Men’s Deodorant
Selain daripada parabens atau aluminium, deodoran Earth and Woods Men’s ini menggabungkan bahan-bahan seperti kapul buah, cedarleaf, dan cendana dengan minyak pati untuk memastikan badan anda tidak berbau.
Ads
3.Sam’s Natural Deodorant Stick
Seindah namanya, Sam’s Natural Deodoran ini diilhamkan dari kawasan semulajadi gunung New Hampshire. Ia bukan sahaja dibuat tanpa paraben, aluminium, atau bahan-bahan berbahaya yang lain, pembungkusannya juga 100% mesra alam, yang dihasilkan daripada barangan kitar semula.
Ads
4.Queen Bee Apothecary Men’s Deodorant
Walaupun ia bukan antiperspirant, berasaskan protein sayuran ini merupakan gel dan menggunakan “pendekatan vegan semula jadi” untuk menghindari bau. Protein dalam produk ini berfungsi untuk meneutralkan enzim yang menyebabkan bau, jadi anda boleh memilih aroma yang anda inginkan.
5.Forest by Herban Cowboy Maximum Protection Deodorant
Deodoran vegan 100 peratus ini dibuat tanpa propylene gycol, bahan yang biasa digunakan dalam bahan tambahan makanan, dan triclosan, agen yang terdapat dalam banyak kosmetik dan ubat gigi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahi lalat merupakan pertumbuhan bintik hitam pada kulit tak kira di mana saja. Kebanyakkan daripada mereka yang ingin melenyapkan tahi lalat memerlukan kos yang tinggi di pusat kecantikan atau di hospital sendiri. Setiap sorang pasti akan mempunyai 10 ke 40 tahi lalat pada badan, hidup ataupun tidak. Namun, ada beberapa cara tradisional yang anda boleh dapati di dalam dapur anda untuk membuang tahi lalat.
Bawang putih
Ada yang berpendapat bahawa bawang putih boleh menghilangkan tahi lalat pada kulit anda. Ini kerana bawang putih mengandungi enzim yang boleh membubarkan kluster sel yang menyebabkan tahi lalat.harus berhati-hati dalam menggosok bawang putih pada kulit anda, jika keterlaluan, ia akan menyebabkan kulit anda luka.
Campuran minyak Castor baking soda
Campurkan minyak Castor dan baking soda yang boleh membuang tahi lalat jika diamalkan selama beberapa minggu. Teori di sebalik ini adalah baking soda mengeringkan tahi lalat dan minyak kastor membantu melindungi kulit. Jadi ia akan hilang dengan senangnya.
Lodine
Anda boleh mendapatkan Iodine di farmasi dan lihatlah hasilnya selama beberapa minggu. Lodine boleh membakar kulit anda, jadi sebelum anda sapu di bahagian tahi lalat anda, sapu petroleum jelly untuk perlindungan kulit. Lodine merupakan toksik, jadi berhati-hati ketika menggunakannya. Jangan sekali-kali sapu pada kulit yang rosak.
Kentang
Kentang dianggap mempunyai kesan pemutihan semulajadi. Walaupun kentang tidak boleh mengeluarkan tahi lalat sepenuhnya, ia boleh membantu memudarkan tahi lalat jika diamalkan sepanjang masa.
Kulit Pisang
Kulit pisang mengandungi enzim dan asid tertentu yang sesetengah orang berfikir boleh membantu menghilangkan tahi lalat. Satu manfaat berpotensi menggunakan kulit pisang pada kulit ialah ia akan berfungsi sebagai pelembap.
Minyak kelapa
Minyak kelapa juga membantu kepada mereka yang ada masalah dengan kulit namun tiada kesahihan menunjukkan ia dapat membantu menghilangkan tahi lalat. Walau bagaimanapun, sesetengah orang percaya ia boleh mengurangkan saiz tahi lalat jika digunakan setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hujung minggu lalu, MASKULIN telah berbesar hati memenuhi jemputan untuk mengikuti liputan acara ulang tahun ke-40 Casio G-SHOCK yang sarat dengan pelbagai persembahan serta pengenalan model-model terbarunya di samping kehadiran nama-nama besar jenama tersebut.
Salah satu model jam terbaharu dari G-Shock yang paling menarik perhatian kami ialah hasil kolaborasi ekslusif mereka bersama artis yang kini sedang meningkat naik berasal dari Indonesia, Rich Brian.
Mengangkat ‘toughness’ atau ketahanan sebagai elemen utama jenamanya, G-SHOCK meneruskan legasi 40 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada 1983 dengan aspirasi anak muda yang hadir dengan latar belakang unik seperti Rich Brian.
G-SHOCK berkolaborasi dengan Rich Brian, rakan label terkemuka di 88rising bagi menginterpretasikan semula jam pilihannya. Jadi pakah model G-SHOCK yang menarik buat Rich Brian? Pilihan peribadinya untuk koleksi yang cukup menarik ini ialah GA-2100 yang terkenal dengan daya tahan lasaknya.
Lebih menarik inspirasi dari reka bentuk dan estetika jam lain dalam warisan G-SHOCK, dikenali dengan bezel oktagonal dan reka bentuk minimalis. Nostalgia dibina di atas kerangka masa.
Reinterpretasi Brian ini diilhamkan dari sebuah gitar membuatnya jatuh cinta kepada muzik ketika zaman kanak-kanak di Indonesia. Warna asas hijau laut yang mencolok dipadankan dengan aksen merah jambu salmon, menyinggung kenangan gitar yang menjadi obsesinya semasa kanak-kanak.
Bagi menyempurnakan keterampilan jam G-SHOCK ini tampil lebih istimewa, tandatangan Brian menghiasi bahagian belakang case, hampir seperti sebuah penghormatan buat artis muda sepertinya dari Casio G-SHOCK itu sendiri.
Dalam suatu cara, reinterprestasi ini berfungsi sebagai peringatan akan asal-usulnya dan usaha tanpa henti dalam mencapai keahlian seni. Apa yang dilihat tidak pernah sama dengan apa yang diperoleh dengan Brian.
G-SHOCK x RICH BRIAN ini bakal diperkenalkan di pasaran tempatan pada harga MYR 675 dan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi https://gshock.casio.com/my/g-news/new-releases/2023/rich-brian/, serta di semua kedai G-SHOCK dan beberapa kedai pengedar utama bermula 15 Disember 2023.
Buat peminat dan pengumpul G-SHOCK, ini merupakan koleksi pastinya menarik perhatian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Nama MCKK baru-baru ini menjadi bualan dek kes buli yang berlaku. Namun tahukah anda? Sekolah yang pernah digelar Eton of The East ini banyak melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang. Ini antara mereka yang popular dan berjaya. #Maskulin#LelakiMaskulin#MCKK♬ The Champion – Lux-Inspira
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak sabar nak tengok Deadpool. Dalam pada semua sibuk dengan The Avengers: Infinity War yang telah mencatat jumlah jualan tiket tertinggi selepas seminggu ditayangkan mengalahkan Fast And Furious, Deadpool juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama berkempen filemnya.
Ryan Reynolds, yang memegang watak sebagai Deadpool telah mengeluarkan gambar menerusi aplikasi Twitternya dengan ber caption kan,
“Kepada lelaki yang tidak pernah kenal dengan erti kekalahan, tahniah”
Namun, netizen mendapati satu perkara yang sangat menghiburkan dimana gambar yang ditunjukkan merupakan surat antara Deadpool dan Tony Stark (Iron Man) yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr.
Maksudnya, Deadpool dah lama lah menyimpan niat untuk turut berjuang dalam team terhebat abad ini! Nampaknya Deadpool terpaksa mengadu nasib pada Prof. X walaupun dia tidak begitu menggemari Mutan yang merupakan ketua kepada siri Marvel XMen.
Tak sabar rasanya nak tengok Deadpool kan. Sama-sama kita nantikan ok!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.