1.Mereka yang gembira sentiasa berfikiran positif.
Mereka sentiasa melihat kehidupan dan masalah dengan pandangan yang optimis. Mereka mempunyai matlamat, mereka sentiasa cuba untuk mencapai matlamat mereka. Mereka menulis matlamat mereka pada sekeping kertas dan sentiasa mengejar matlamat tersebut. Walaupin mereka mempunyai pemikiran negatif, tetapi mereka cepat menggantikan pemikiran negatif tersebut kepada yang positif.
2.Mereka mempunyai hubungan yang kuat, stabil dan membina.
Mereka yang gembira suka berkongsi dalam kejayaan orang lain. Mereka menunjukkan penghargaan untuk orang-orang dalam kehidupan mereka dan mereka menyokong impian orang lain. Mereka mahu membuat orang gembira. Persahabatan dan hubungan mereka adalah berasaskan kasih-sayang, tiada sikap berlumba lumba dan iri hati antara sahabat dan kenalan.
3.Bersenam menjadikan anda gembira!
Walaupun ini merupakan satu tip yang bosan dan lapuk, senaman adalah satu tabiat yang baik untuk melegakan apa-apa ketegangan atau tekanan. adalah lebih baik jika anda bersenam dalam berkumpulan. Jadikan permainan kumpulan seperti badminton,bola sepak sebagai hobi anda.
4. Mereka yang bahagia sentiasa mendermakan masa mereka.
Mereka menghulurkan tangan kepada orang yang memerlukan. Mereka secara sukarela membantu orang lain untuk membuatkan mereka berasa baik. Ia membantu mereka membina lebih banyak hubungan dengan kumpulan sosial yang lebih luas. Orang ramai tertarik dengan mereka kerana mereka sentiasa mengamalkan tabiat yang baik. Mereka juga diingati kerana hati mereka yang baik dan sikap suka membantu.Penghargaan orang lain terhadap diri mereka menjadikan mereka gembira.
5.Mereka yang gembira menghargai pekara pekara yang kecil dalam kehidupan mereka.
Mereka tidak memgumpul kebahagiaan dengan mendermakan wang dan harta, tetapi hanya dengan memberikan senyuman dan meluangkan masa juga ditekankan oleh mereka. Mereka tidak menganggap kehidupan dengan terlalu serius. Tip penting disini ialah untuk sedar bahawa kehidupan ini adalah sangat singkat dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.