Salah satu cara untuk menguruskan saiz perut adalah dengan hentikan tabiat makan lewat malam.
Ini kerana makan lewat malam hanya menyebabkan perut anda susah nak hadam makanan yang ada.
Jadi apa perlu buat? Jom baca lima tip mudah ini
1. Makan sebelum 6:00 petang
Ini akan memberikan anda rasa kenyang, mengurangkan kelaparan pada lewat malam dan menyediakan badan anda untuk tidur malam yang baik.
2. Ambil menu rendah kalori
Apabila anda berkeinginan untuk makan lewat malam, makan atau minumlah sesuatu yang rendah kalori yang akan memberikan anda khasiat dari segi emosi dan fizikal. Satu paket oat panas, dengan pengisian 150 kalori adalah memadai.
3. Tukar atau kurangkan makanan
Jika anda mempunyai tabiat makan lewat malam, anda boleh secara perlahan menukarnya dengan mengurangkan jumlah makanan yang anda makan setiap malam dan kemudian memilih makanan yang lebih berasaskan sayuran dan semulajadi. Makanan seperti ini adalah lebih sihat, lebih berkhasiat serta lebih rendah dalam kalori.
4. Makan benda lain
Jangan makan makanan yang telah diproses, tepung putih atau gula selepas 6:00 petang. Makanan ini boleh menyebabkan gangguan regulasi tahap gula dalam badan anda dan membawa kepada kelaparan lewat malam yang lebih teruk.
5. Berus gigi awal-awal
Satu strategi menarik untuk mengelakkan tabiat ini adalah dengan memberus gigi lebih awal pada sebelah petang. Ramai mendapati bahawa selepas mereka berus gigi mereka, mereka tidak berkeinginan untuk makan lebih banyak makanan kerana tidak mahu mengulangi rutin kebersihan gigi mereka lagi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Gigi Berselerak, Pakailah Braces Baru Gigi Rata Semula
Wajah anda boleh berubah kerana cara tubuh bertindak balas kepada pendakap. Terdapat banyak jenis pendakap, termasuk pendakap logam, pendakap seramik, pendakap lingual dan pendakap yang jelas seperti Invisalign. Itu semua mempunyai fungsi yang sama iaitu menggunakan tekanan pada ligamen periodontal.
Pendakap gigi atau rawatan ortodontik digunakan untuk membetulkan “gigitan buruk,” atau maloklusi (gigi yang penuh sesak atau bengkok). Sekiranya tidak dirawat, masalah ini boleh menyebabkan kerosakan gigi, penyakit gusi, sakit kepala dan sakit kepala, serta masalah bercakap, menggigit atau mengunyah.
Pendakap Gigi Mengubah Struktur Wajah
Adalah biasa bagi wajah manusia mempunyai darjah asimetri tertentu. Tetapi bagi sesetengah orang, asimetri itu sangat jelas dan sering bermula di dalam mulut. Pendakap gigi secara perlahan-lahan dan halus memulihkan simetri supaya wajah kelihatan seperti yang sebenarnya dan tanpa kecacatan.
Berikut beberapa masalah biasanya diatasi secara berkesan dengan pemakaian pendakap gigi.
-
Gigitan bawah (Underbite)
Underbite dicirikan oleh dagu yang menonjol yang membentuk bentuk “bulan”. Setelah gigi diluruskan, wajah kelihatan kurang cekung. Ciri-ciri wajah menjadi sedikit melembutkan, dan gigi dan bibir bersesuaian dengan lebih menarik. Diingatkan bahawa pendakap gigi tidak boleh menangani luka parah yang teruk yang disebabkan oleh abnomal struktur rahang.
-
Gigitan terbuka (Openbite)
Gigit terbuka menyebabkan bibir dan mulut kelihatan agak tidak teratur. Gigi yang terbuka teruk menghalang mulut daripada ditutup dan bibir tidak boleh menutup mulut sama sekali. Ini boleh menyebabkan bibir atas mencakah (flare out) dengan amat ketara. Setelah masalahnya ditangani, kawasan muka antara hidung dan dagu menunjukkan penampilan yang lebih lembut dan lebih semulajadi.
-
Gigitan lebih (Overbite)
Seorang yang overbite biasanya akan mempunyai bibir atas yang menonjol. Kadang-kadang bibir tidak dapat menutupi gigi. Ini adalah masalah penyelarasan biasa dan sering kali menjadi suatu yang memalukan. Overbite ini menyebabkan bibir atas keluar dan pipi kelihatan cekung. Seperti rawatan gigitan terbuka, ia pemakaian pendakap gigi mengubah cara penyesuaian rahang dan gigi dan mewujudkan ciri-ciri wajah kelihatan lebih lembut dan lebih harmoni.
-
Gigi bengkok (Crooked teeth)
Walaupun masalah ini kecil, ia boleh menyebabkan seseorang malu untuk tersenyum atau ketawa. Jarak pendakap gigi yang betul dan tersusun supaya pesakit tidak teragak-agak untuk mendedahkan gigi mereka.
Semasa pemakaian pendakap gigi adalah penting untuk mengekalkan diet seimbang bagi kesihatan gigi. Diet ini penting kerana pengambilan terlalu banyak makanan manis dengan boleh menyebabkan kewujudan plak di sekeliling ‘brakets’ yang boleh menyebabkan kerosakkan gigi. Elakkan juga makanan seperti bertih jagung, jagung, gula-gula getah dan apa-apa makanan yang melekit.
Sebaiknya tanya doktor gigi anda mengenai penjagaan pemakaan sepanjang pemakaian pendakap gigi supaya kebersihan mulut sentiada terjaga.
OLEH : FARAH AZIZ
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
9 Fakta Tentang Kesihatan Lelaki Yang Harus Diberi Perhatian, Sila ‘Alert’ Guys!
Kesihatan merupakan perkara yang utama dalam kehidupan ini. Yelah kalau tak sihat macam mana kita boleh melakukan dan melaksanakan tanggungjawap yang perlu digalas sebagai seorang insan di dunia ni. Mengambil berat dalam menjaga kesihatan bukan sahaja untuk kelihatan kacak dan maskulin, tetapi juga untuk menjamin keadaan kita pada masa hadapan kelak.
Mari kita lihat 10 fakta tentang kesihatan yang perlu kita ambil peduli.
1. Tidak ramai yang tahu bahawa aktiviti seksual bagi suami isteri sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan. Terdapat kajian yang menyatakan lelaki yang mengadakan hubungan seksual dua kali atau lebih dalam seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Pakar sexologist Patti Brittom mengatakan bahawa seks dapat membakar kalori walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi satu- satu sesi.
2. Lelaki cenderung untuk menghidapi obesiti kerana corak pemakanan mereka yang tidak teratur. Mereka tidak secerewet wanita dalam memilih makanan oleh itu lebih cenderung untuk makan apa sahaja yang dihidangkan di hadapan mereka. Malah lelaki akan memberi alasan menggunakan tenaga yang banyak jadi mereka harus makan dengan lebih banyak untuk memastikan mereka kekal bertenaga.
3. Kebanyakan lelaki mungkin terlibat dalam beberapa amalan yang kurang sihat seperti merokok dan pengambilan minuman beralkohol. Kedua amalan ini antara penyumbang terbesar dalam kemerosotan kesihatan lelaki. Amalan yang tidak sihat ini menjurus kepada sakit jantung dan darah tinggi yang boleh membawa kepada kematian.
4. Pengurusan emosi juga amat penting dalam kehidupan lelaki demi memastikan kesihatan anda sentiasa baik. Bersikap baran dan stress akan mengganggu emosi anda dan sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan. Bijak mengendalikan emosi dan sentiasa tenang dalam menyelesaikan masalah mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan strok.
5. Gaya hidup sihat seperti bersenam membantu meningkatkan tahap kesihatan lelaki sama ada dari luar dan juga dalaman. Badan akan kelihatan ‘fit’ dan risiko untuk terkena penyakit juga dapat dikurangkan. Jika susah untuk anda meluangkan masa untuk bersenam, aktiviti mudah seperti menaiki tangga daripada lif, berjalan ke masjid atau menaiki basikal ke tempat kerja adalah satu bentuk senaman ringan.
6. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18. Ya memang benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual seseorang.
7. Lelaki pun punya risiko hadapi kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.
8. Penis lelaki boleh patah. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.
9. ‘You are what you eat’. Apa yang dimakan menentukan tahap kesihatan seseorang. Oleh itu, para lelaki haruslah peka dan ambil tahu cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Tambahan pula punca penyakit sekarang banyak datan daripada perut.
Ini adalah sangat penting kerana Rasulullah pernah bersabda:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rokok Tak Boleh, Vape Lah
Jika anda seorang perokok tegar, pasti anda akan skip artikel ini kan? Ini kerana anda masih lagi berdegil tidak mahu berhenti merokok. Sebanyak 20-25 peratus kematian di hospital adalah disebabkan oleh penyakit jantung dan salah satu puncanya adalah merokok. kalau dah sakit dada, berpeluh-peluh, sakit ulu hati, muntah dan pening kepala yang melampau, bawak-bawaklah ke hospital. Anda mungkin mangsa baru Penyakit Jantung.
Bila dah terkena tu, mulalah nak insaf. Kalau boleh, jangan sampai dah kronik baru nak bertidak. Jika sudah psang niat untuk berhenti merokok, baik teruskan. Apa-apa pun ia datang dari keinsafan diri sendiri. Sifat kecekalan yang tinggi perlu ada, kerana merokok sudah menjadi tabiat dalam hidup anda. Terdapat pelbagai jenis cara untuk berhenti merokok, antaranya seperti terdapat patch yang boleh dilekat di lengan untuk mengurangkan keinginan merokok atau gula gula getah yang turut juga membantu.
Okaylah, rokok tak boleh, kita beralih kepada Vape, ‘halal’ sikit. Kajian tentang Vape di Malaysia masih belum boleh di isukan jika nak dibandingkan dengan rokok. Maka kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam jangka masa panjang. Walaubagaimanapun kadar asap yang tinggi dan kandungan kimia digunakan dalam Vape masih merbahaya, bukan sahaja kepada penghisap Vape tetapi juga kepada orang disekeliling. So yang dah pasang niat, atau dah berpindah kepda Vape tu, renung-renungkan lah ye.
Nasihat kami di Maskulin, jangan jadikan merokok satu tabiat kerana ia merbahaya dan boleh membawa padah dalam jangka masa panjang. Sayangilah diri anda dan juga orang yang rapat disekeliling, Bukan sahaja effect kepada serangan jantung, Kanser atau penyakit kronik paru-paru juga boleh singgah jika anda tidak berhenti merokok.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI