Salah satu cara untuk menguruskan saiz perut adalah dengan hentikan tabiat makan lewat malam.
Ini kerana makan lewat malam hanya menyebabkan perut anda susah nak hadam makanan yang ada.
Jadi apa perlu buat? Jom baca lima tip mudah ini
Ads
1. Makan sebelum 6:00 petang
Ini akan memberikan anda rasa kenyang, mengurangkan kelaparan pada lewat malam dan menyediakan badan anda untuk tidur malam yang baik.
2. Ambil menu rendah kalori
Apabila anda berkeinginan untuk makan lewat malam, makan atau minumlah sesuatu yang rendah kalori yang akan memberikan anda khasiat dari segi emosi dan fizikal. Satu paket oat panas, dengan pengisian 150 kalori adalah memadai.
Ads
3. Tukar atau kurangkan makanan
Jika anda mempunyai tabiat makan lewat malam, anda boleh secara perlahan menukarnya dengan mengurangkan jumlah makanan yang anda makan setiap malam dan kemudian memilih makanan yang lebih berasaskan sayuran dan semulajadi. Makanan seperti ini adalah lebih sihat, lebih berkhasiat serta lebih rendah dalam kalori.
Ads
4. Makan benda lain
Jangan makan makanan yang telah diproses, tepung putih atau gula selepas 6:00 petang. Makanan ini boleh menyebabkan gangguan regulasi tahap gula dalam badan anda dan membawa kepada kelaparan lewat malam yang lebih teruk.
5. Berus gigi awal-awal
Satu strategi menarik untuk mengelakkan tabiat ini adalah dengan memberus gigi lebih awal pada sebelah petang. Ramai mendapati bahawa selepas mereka berus gigi mereka, mereka tidak berkeinginan untuk makan lebih banyak makanan kerana tidak mahu mengulangi rutin kebersihan gigi mereka lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah nak buang perut buncit memang sukar. Jika dulu, perut buncit selalu muncul selepas lelaki berkahwin terutamanya jika jarang melakukan senaman. Tetapi kini, lelaki yang belum berkahwin pun perutnya sudah maju ke depan.
Tahukah anda, ada cara yang pantas untuk buang perut buncit? Janji anda lakukan dengan konsisten dan jaga pemakanan, masalah perut buncit akan mudah untuk diatasi.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan perut buncit sehingga ada yang menawarkan kos yang tinggi. Namun, dengan 5 senaman mudah ini anda dapat buang perut buncit walaupun sambil baring.
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
2. Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
3. Flutter Kicks
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
4. Cross Crunch
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang syok kalau tidur menghadap kipas angin lagi-lagi bila kita buka speed dia sampai high level. Pasti ramai yang gemar tidur sebegini terutamanya ketika musim panas. Namun tanpa kita sedar, perbuatan itu sebenarnya membahayakan diri sendiri.
Nak tahu apa dia, jom semak!
Gangguan Pada Pernafasan
Kipas angin berfungsi untuk menggerakkan udara tanpa dijamin udara yang dihasilkan adalah udara yang bersih atau sebagainya. Masalah lebih teruk terjadi jika, kipas tersebut berhabuk dan tidak dicuci bilah-bilahnya. Ini secara tidak langsung memberi potensi udara yang tidak bersih disedut ke dalam salur pernafasan sepanjang malam. Apabila bakteria, habuk, kuman atau sebagainya disebarkan, menjadi punca kepada penyakit asma yang pastinya membahayakan kesihatan.
Penyakit Bell Palsy
Ia merupakan penyakit kelumpuhan namun tidak bermaksud lumpuh seluruh badan. Tetapi adalah lumpuh di bahagian wajah di mana akan terasa sukar untuk senyum dan ketawa. Memandangkan setiap malam kipas tertumpu pada bahagian wajah dan ini menyebabkan keadaan saraf wajah menegang kerana menerima suhu yang sejuk sepanjang malam berbanding tubuh-tubuh yang lain.
Kurang Oksigen
Angin yang terhasil daripada putaran bilah kipas yang dihadapkan ke wajah akan menghalang proses pernafasan yang normal. Didapati jumlah gas oksigen berkurangan bahkan gas karbon dioksida pula akan meningkat kesan daripada putaran pengudaraan tidak baik di sekitar wajah.
Kulit Kering
Biasanya bila masalah kulit kering terjadi adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pun begitu, keadaan ruang yang terlalu sejuk turut akan memberi kesan yang sama pada kulit. Lantaran itu, apabila anda terlalu lama menggunakan kipas angin dan dihalakan ke wajah, akan menyebabkan efek kekurangan air terjadi pada kulit muka.
Tip Penggunaan Kipas Angin Secara Sihat
Sentiasa bersihkan bilah-bilah kipas untuk pengudaraan yang lebih bersih tanpa habuk.
JANGAN gunakan kipas angin di dalam ruangan yang tertutup atau yang tidak memiliki sistem pengudaraan udara yang baik.
JANGAN hadapkan kipas angin tepat di wajah, karana akan sangat mempengaruhi jumlah oksigen dan karbon dioksida yang ada di sekitar wajah.
Jika menggunakan kipas ketika tidur, maka setkan pada laras berpusing ke kiri dan ke kanan.
JANGAN menggunakan tahap kelajuan maksimum tetapi cukup sekadar sederhana untuk elak lemas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kesihatan merupakan perkara yang utama dalam kehidupan ini. Yelah kalau tak sihat macam mana kita boleh melakukan dan melaksanakan tanggungjawap yang perlu digalas sebagai seorang insan di dunia ni. Mengambil berat dalam menjaga kesihatan bukan sahaja untuk kelihatan kacak dan maskulin, tetapi juga untuk menjamin keadaan kita pada masa hadapan kelak.
Mari kita lihat 10 fakta tentang kesihatan yang perlu kita ambil peduli.
1. Tidak ramai yang tahu bahawa aktiviti seksual bagi suami isteri sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan. Terdapat kajian yang menyatakan lelaki yang mengadakan hubungan seksual dua kali atau lebih dalam seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Pakar sexologist Patti Brittom mengatakan bahawa seks dapat membakar kalori walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi satu- satu sesi.
2. Lelaki cenderung untuk menghidapi obesiti kerana corak pemakanan mereka yang tidak teratur. Mereka tidak secerewet wanita dalam memilih makanan oleh itu lebih cenderung untuk makan apa sahaja yang dihidangkan di hadapan mereka. Malah lelaki akan memberi alasan menggunakan tenaga yang banyak jadi mereka harus makan dengan lebih banyak untuk memastikan mereka kekal bertenaga.
3. Kebanyakan lelaki mungkin terlibat dalam beberapa amalan yang kurang sihat seperti merokok dan pengambilan minuman beralkohol. Kedua amalan ini antara penyumbang terbesar dalam kemerosotan kesihatan lelaki. Amalan yang tidak sihat ini menjurus kepada sakit jantung dan darah tinggi yang boleh membawa kepada kematian.
4. Pengurusan emosi juga amat penting dalam kehidupan lelaki demi memastikan kesihatan anda sentiasa baik. Bersikap baran dan stress akan mengganggu emosi anda dan sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan. Bijak mengendalikan emosi dan sentiasa tenang dalam menyelesaikan masalah mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan strok.
5. Gaya hidup sihat seperti bersenam membantu meningkatkan tahap kesihatan lelaki sama ada dari luar dan juga dalaman. Badan akan kelihatan ‘fit’ dan risiko untuk terkena penyakit juga dapat dikurangkan. Jika susah untuk anda meluangkan masa untuk bersenam, aktiviti mudah seperti menaiki tangga daripada lif, berjalan ke masjid atau menaiki basikal ke tempat kerja adalah satu bentuk senaman ringan.
6. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18. Ya memang benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual seseorang.
7. Lelaki pun punya risiko hadapi kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.
8. Penis lelaki boleh patah. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.
9. ‘You are what you eat’. Apa yang dimakan menentukan tahap kesihatan seseorang. Oleh itu, para lelaki haruslah peka dan ambil tahu cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Tambahan pula punca penyakit sekarang banyak datan daripada perut.
Ini adalah sangat penting kerana Rasulullah pernah bersabda:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenis-jenis fabrik kain samping yang sesuai dipakai bersama Baju Melayu. Samping merupakan pelengkap penting dalam pemakaian baju Melayu, terutama ketika menghadiri majlis rasmi, kenduri, atau perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.