Overthinking atau terlalu banyak berfikir boleh menjadi penghalang besar dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja mengakibatkan tekanan mental, tetapi juga boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup. Berikut adalah lima konsep yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.
Morning Pages adalah kaedah yang diperkenalkan oleh Julia Cameron dalam bukunya “The Artist’s Way“. Ia melibatkan menulis tiga muka surat setiap pagi tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran anda. Tujuannya adalah untuk membersihkan fikiran daripada segala kebimbangan, tekanan, atau idea yang mengganggu. Dengan menulis tanpa penapisan, anda membebaskan diri daripada beban mental yang sering menyebabkan overthinking. Kaedah ini bukan sahaja membantu menenangkan fikiran, tetapi juga membuka ruang untuk kreativiti dan idea-idea baru.
Peraturan 5 Saat diperkenalkan oleh Mel Robbins dalam bukunya “The 5 Second Rule“. Konsep ini mudah sahaja. Apabila anda mempunyai dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik atau produktif, kira dari 5 hingga 1 dan terus bertindak sebelum fikiran anda mula mencari alasan untuk tidak melakukannya. Dengan bertindak pantas, anda mengelakkan diri daripada overthinking dan membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. Peraturan ini membantu membina keberanian dan keyakinan diri dalam membuat keputusan.
Peraturan ini melibatkan membahagikan masa berfikir anda kepada tiga bahagian: 70 saat untuk mengenal pasti masalah, 20 saat untuk mencari penyelesaian, dan 10 saat untuk membuat keputusan. Dengan memberi tumpuan kepada setiap fasa secara berasingan, anda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kitaran berfikir yang tidak berkesudahan. Peraturan ini membantu anda menjadi lebih teratur dan fokus, serta mengurangkan kebimbangan yang berkaitan dengan keputusan.
Salah satu cara untuk mengatasi overthinking adalah dengan menghentikan kitaran pemikiran yang tidak produktif dan mula bertanya soalan yang berguna. Contohnya, daripada bertanya “Kenapa ini terjadi kepada saya?”, cuba tanya “Apa yang boleh saya pelajari daripada situasi ini?” atau “Apa langkah seterusnya yang boleh saya ambil untuk menyelesaikan masalah ini?”. Dengan menukar fokus kepada soalan yang lebih konstruktif, anda boleh mengurangkan tekanan dan mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.
Spotlight Effect adalah konsep psikologi di mana kita cenderung untuk berfikir bahawa orang lain memberi perhatian lebih kepada kita daripada yang sebenarnya. Ini sering menjadi punca utama overthinking, terutama apabila kita merasa malu atau risau tentang apa yang orang lain fikirkan. Dengan menyedari bahawa orang lain mungkin tidak memberi perhatian sebanyak yang kita sangkakan, kita boleh mengurangkan kebimbangan dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting dalam hidup.
Ads
Mengatasi masalah overthinking memerlukan kesedaran dan usaha yang konsisten. Dengan mengamalkan konsep-konsep ini, anda boleh mengurangkan kebiasaan overthinking dan menjalani kehidupan yang lebih tenang dan produktif.
Penggunaan meluas peranti seperti telefon pintar, tab dan komputer peribadi di kalangan pengguna di negara kita merupakan satu perkembangan sihat dalam industri teknologi maklumat.
Dengan penggunaan meluas ini juga membuatkan ramai pengguna semakin terdedah dengan peranti-peranti tiruan atau yang tidak mendapat pengesahan daripada badan berwajib.
Semalam sebuah kenyataan media daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dimuat naik di Twitter berkenaan hal ini.
SKMM menyeru orang ramai untuk lebih berhati-hati dan beringat sebelum menggunakan atau membeli mana-mana peranti di pasaran. Menurut SKMM penggunaan peranti tanpa pengesahan berlaku semakin berleluasa.
“Konsumer mungkin masih tidak sedar bahawa semua peranti dan peralatan komunikasi yang dibeli perlu diperakui oleh SIRIM bagi membolehkannya digunakan di Malaysia, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan negara termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000”.
Guna peranti yang mempunyai pengesahan sahaja!
Di bawah akta CMA mana-mana individu yang didapati menggunakan peranti yang boleh menggangu fungsi alat komunikasi lain boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jelas SKMM penggunaan peranti telekomunikasi tanpa pengesahan telah menyebabkan kes gangguan frekuensi semakin meningkat. Sejak dua tahun lalu SKMM mendapati bahawa laporan dan aduan orang ramai telah meningkat.
“Peranti dan peralatan yang memaparkan label luar negara seperti CE atau FCC berkemungkinan tidak boleh digunakan di Malaysia dalam frekuensi yang sama untuk beroperasi di negara asal jika frekuensi tersebut telah diperuntukkan kepada kegunaan lain”.
Sebagai contoh penggunaaan peranti tersebut boleh mengganggu kelancaran perkhidmatan selular. Jika anda sangsi periksalah peranti sma ada ia mempunyai pelekat SIRIM. Anda juga boleh memuat naik aplikasi SIRIM Check Your Label untuk memeriksa sama ada peranti anda memiliki pengesahan selamat untuk digunakan di Malaysia atau tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda Susah Tidur Malam? Kurang tidur akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya, kami kongsikan tip ini untuk kebaikan bersama.
Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah susah tidur malam, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.
Susu coklat
Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.
Teh pudina
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.
The Chamomile
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.
Koko
Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.
Susu hangat
Beralih ke susu hangat jika susah tidur malam. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.
Susu kacang badam (almond)
Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.
Teh halia
Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.
sumber: blogmazeer.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada zaman kini amatlah sukar untuk kita temui orang yang masih meneruskan tradisi makan sireh. Mungkin kalau ada pun golongan yang sudah veteran berusia 60 tahun ke atas.
Budaya makan sireh ini cukup sinonim dengan budaya orang Melayu zaman dahulu dan juga orang India di negara kita. Malah tak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa mungkin ramai di antara anda tidak kenal pun dengan daun sireh.
Daun sireh yang sejak zaman-berzaman memang sinonim dengan budaya orang Melayu.
Dan sireh sebenarnya sangat sinonim dengan budaya orang Melayu. Kewujudan sireh junjung comntohnya sangat biasa kita lihat sebagai salah satu hantaran dalam kenduri perkahwinan.
Sireh yang dimakan bersama dengan buah pinang dan kapur akan memberikan kesan warna merah di bahagian mulut dan gigi orang yang memakannya. Ia bertukar menjadi merah kerana tindak balas dan reaksi kimia di antara semua bahan yang dicampurkan bersama daun sireh.
Now you know!
Budaya makan sireh ini dikatakan telah lama diamalkan dan ia dipercayai berasal dari negara-negara Asia Selatan terutamanya India. Malah kalau anda pernah pergi melancong ke India mungkin akan terserempak dengan gerai-gerai kecil tepi jalan yang menjual sireh.
Kini trend terbaru makan sireh yang lebih ‘radikal’ dan ekstrem telah mula tular di kalangan penggemar sireh lelaki India.
Ia berbeza dengan sireh biasa kerana sireh ini sireh berapi!
Menerusi satu perkongsian video dari Insider, trend sireh berapi ini telah menarik perhatian ramai netizen yang teruja melihat bagaimana ia dimakan begitu sahaja tanpa rasa takut.
Di India sireh dikenali sebagai ‘paan’ dan ia dicampur dengan pelbagai bahan-bahan berbeze seperti gula, buah kering, mukhwas dan juga rempah ratus.
Peniaga akan menyiapkan sireh ini dan menyalakannya dengan api lalu meletakkan terus ke dalam mulut pelanggan. Api yang terhasil dikatakan dicampur dengan sedikit alkohol.
Ia juga dipercayai diinpirasikan daripada trend minuman keras beralkohol yang dinyalakan api. Jadi untuk anda yang ke India nanti jangan pandai-pandai nak cuba pula ya!
Pada mulanya ramai yang sangsi untuk mencuba namun selepas menyaksikan semakin ramai yang memberanikan diri perniagaan ini menjadi semakin laris.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.