5 Cara Pujuk Pasangan Khas Buat Tatapan Lelaki Yang Selalu Blur!

754

Sebagai seorang lelaki yang juga bergelar sebagai suami, berdepan dengan isteri tercinta merajuk di atas sebab yang kadang-kadang tak dapat difahami itu adalah satu perkara biasa.

Ya, jika anda sebagai lelaki sama ada sudah berkahwin atau belum pasti akan berdepan dengan situasi di mana perlu mencari punca apakah sebabnya si dia merajuk.

Sejujurnya kita kadangkala tak dapat faham mengapa kadang-kadang sekecil-kecil perkara boleh jadi punca dia merajuk.

Tuan-tuan sekalian itulah yang dinamakan kemanisan dalam hubungan cinta dan alam rumahtangga. Ia satu perkara yang normal dan kejadian seperti MASKULIN nyatakan di atas bukan eksklusif berlaku kepada anda sahaja.

Kita sebagai lelaki harus lebih bijak dan mencari solusi bagaimana untuk menangani situasi begini dan sekali gus mencari jalan terbaik untuk memujuk si dia yang tersayang.

Tapi ramai lelaki bila berdepan dengan isteri atau teman wanita merajuk mereka jadi blur dan tak keruan. Sebenarnya anda tak keseorangan kerana ramai lagi lelaki di luar sana yang tak mengerti bagaimana nak handle perkara ini.

Tapi jangan risau, kali ini MASKULIN kongsikan 5 teknik memujuk!

Minta maaf dengan ikhlas

Ya, ikhlas itu bukanlah kita dapat ukur. Tapi gerak badan, gaya bahasa dan nada suara mampu mencerminkan sejauh mana anda meminta maaf. Anda mungkin jenis susah nak minta maaf apatah lagi jika rasa apa yang anda buat tak salah. Walau apa pun, minta maaf dengan ikhlas, bukan dengan nada sinikal.

Jangan ikut emosi

Cuba elak bertanya dengan banyak soalan apabila psangan anda sedang marah dan merajuk. Sebaliknya anda harus tenang dan jawab segala pertanyaannya apabila ditanya. Jangan sekali-kali membandingkan isteri dengan perempuan lain. Dan bila anda rasa marah tarik nafas dalam-dalam dan kawal kemarahan. Ingat, berikan dia ruang dan waktu untuk berfikir dan kawal emosi anda sendiri.

BACA: 10 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cerewet Pilih Pasangan Berbanding Wanita

Siap dengan jawapan

Sediakan payung sebelum hujan. Jadi sebelum dia ‘menembak’ anda dengan pelbagai soalan yang menimbulkan kemarahannya, anda perlu bersedia dengan segala jawapan sesuai. Ingat, jangan beri banyak beri sahaja sebaliknya berilah jawapan rasional dengan yakin. Anda sendiri perlu yakin ketika menjawab dan kedua, jawab dengan cara baik bukannya dengan anda sinis atau marah.

Jangan over!

Buat apa sekali pun anda janganlah over. Minta maaf sekali sahaja sudah cukup. Tak perlu disusuli dengan hantar surat dengan bedak wangi ke tempat kerja atau tulis panjang-panjang di akaun Facebook. Jika nada buat begitu pasangan akan rasa awkward bila rakan sekerjanya perasan dan mula bertanya apa yang berlaku antara kamu. Anda mungkin ingat bila buat begitu anda sudah sweet gila. Tapi sebenarnya ia boleh mengundang marahnya lagi!

Berikan ruang untuk berfikir

Ini paling penting. Jangan ingat selepas anda minta minta maaf, isteri akan melupakan begitu sahaja kesalahan anda umpama. Beri dia ruang dan masa untuk berfikir serta menenangkan perasaannya. Jadi anda sebagai lelaki harus beri pasangan ruang dan banyak bersabar. Jangan nanti anda pula yang marah ya!