Selalu kita lihat yang pergi menunaikan ibadah haji adalah golongan warga emas. Namun jangan kita tidak perasan, dalam ramai-ramai itu pasti ada golongan muda yang terpilih menjadi tetamu Allah.
Antara sebab mengapa orang tua ramai yang pergi menunaikan haji adlah kerana mungkin sudah sampai giliran mereka untuk pergi berikutan sudah lama membuat pendaftaran serta rajin menghadiri kursus Haji.
Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mempercepatkan giliran Haji, ikuti perkongsian Afyan Mat Rawi melalui Youtube ML Studios
.BACA: Gaji Tak Pernah Cukup? Sebenarnya Anda Boleh Berjimat & Menabung Jika Amal Tip Ini!
Apabila anda sudah mempunyai tabungan sebanyak RM1300, buka akaun tabung haji dan terus buat pendaftaran Haji. Disini anda pasti melihat giliran anda sampai, mungkin 50 tahun akan datang. Oleh itu, anda digalakkan untuk mendaftar serta buka akaun tabung haji dengan lebih awal.
Lebihan kos lain sebanyak RM10K ditanggung oleh kerajaan melalui subsidi tabung haji.
Setiap tahun, rajinkan diri untuk menulis serta menghantar surat rayuan haji kepada Tabung Haji. Selalunya rayuan ini ramai orang akan menghantar dalam 4-5 bulan sebelum tiba musim haji. Ini kerana terdapat Jemaah haji yang kadangkala sudah meninggal atau tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan. Ia juga bertujuan agar kita dapat menjadi pengganti kepada Jemaah yang tidak dapat pergi serta berkat usaha kita agar dimakbulkan Allah untuk menjadi tetamunya di Mekah
Walaupun giliran anda lambat lagi untuk ke tanah suci, namun kehadiran anda akan dicatit serta dipantau oleh Tabung Haji. Disini pihak tabung haji akan melihat kesungguhan kita untuk menunaikan haji berserta rayuan yang dihantar setiap tahun.
BACA: 5 Cara Menabung Yang Boleh Bawa Anda Melancong Pada Hujung Tahun Ini!
Ini adalah ikhtiar terakhir kita dengan harapan agar Allah SWT memilih kita untuk pergi menunaikan haji. Banyak kes terjadi, tabungan serta perbelanjaan sudah cukup tetapi tidak dapat menunaikan haji di atas sebab tertentu. Sentiasa panjatkan doa kepada Allah agar kita diterima untuk menjadi tetamunya pada suatu hari nanti. InshAllah.