Mi segera memang favourite raktyat Malaysia lagi-lagi perisa kari.

Mudah disediakan, proses memasak hanya mengambil masa kurang dari lima minit untuk kita menikmatinya. Namun, bahaya mi segera ini banyak dikongsikan di media sosial namun makanan ini tetap menjadi pilihan orang bujang khasnya bagi orang lapar.

Cara BETUL Masak Mi Segera, Baru Tak Tertelan Toksik MSG

Dr Zubaidi Ahmad ada berkongsi bahaya memakan toksik yang terkandung dalam kandungan mi segera dan mengenai cara memasak mi segera ini dengan teknik yang betul. 

CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA

Ads

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.

Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.

Ads
Cara BETUL Masak Mi Segera, Baru Tak Tertelan Toksik MSG
Sumber Gambar : Pexels.com

KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA :

1. Rebus mi di dalam periuk air.
2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup.
5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.

Mi segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.

Cara BETUL Masak Mi Segera, Baru Tak Tertelan Toksik MSG

Ads

APA ITU MSG?

MSG ialah ‘Mono Sodium Glutamate’ sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.

Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.
.
*1 – Perasa
*2 – Pewarna
*3 – Penaik
*4 – Penstabil
*5 – Pemanis
*6 – Pengawet

Doktor Zubaidi sempat menasihatkan agar kita tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya.

Tapi kalau dah teringin sangat dan tiada makanan lain tu boleh la makan sekali-sekala kan tapi kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mi segera itu. Faham tak?hehehe

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI