5 Cara Kulit Bersih Persis Fattah Amin

Share

Sesiapa yang pernah berjumpa dengan pelakon popular Fattah Amin mesti tertanya-tanya apa agaknya rutin perapian wajah yang sering dia amalkan. Tak kan nak biarkan kulit anda kusam, cuba amalkan 5 rutini ini mana tahu kulit wajah anda bersih dan berseri macam Fattah!

1.Bersihkan muka

Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.

2.’Scrub’

 Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja

3: ‘Moisturise’. Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan anda kerap terdedah dengan cahaya matahari. 

4. Jangan picit jerawat. Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-lebih lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat. 

5. Trim. Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim kemas atau disisir jika perlu

 

 

Published by
Kim Rahim