Tiada gunanya anda miliki senyuman yang manis kalau penuh dengan plak gigi yang kekuningan. Plak gigi berlaku disebabkan oleh pencampuran air liur yang mengandungi garam dengan asid yang ada pada sisa makanan.
Selalunya plak gigi ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya merokok, mengambil minuman kafein, tidak melakukan teknik pembersihan gigi yang betul dan jarang mendapatkan rawatan doktor gigi.
Sikap sambil lewa inilah yang sering menjadi kebiasaan sehingga plak menempel di bahagian dalam dan depan gigi seterusnya mengeras jika dibiarkan. Plak gigi juga boleh mendatang masalah lain seperti mulut berbau, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi.
Selain mendapatkan rawatan plak gigi ini di klinik pergigian, ada beberapa cara lain yang boleh menghilangkan plak gigi tanpa memerlukan belanja yang banyak.
BACA: Cara Murah Guna Air Garam Untuk Elak Rambut Gugur, Kelemumur & Kawal Minyak!
1. Soda penaik dan garam
Baking soda boleh digunakan sebagai skrub semula jadi dan seringkali digunakan di dalam banyak barang perubatan. Dari segi pembersihan gigi pula, anda boleh campurkan satu sudu teh soda penaik dan satu sudu teh garam. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes. Basahkan berus gigi dan oleskan dengan campuran pes tadi. Gosok gigi secara perlahan dan amalkan rutin ini hingga anda mendapat kesan yang diinginkan.
2. Aloe vera dan gliserin
Untuk menghasilkan ubat gigi semula jadi yang baik, anda memerlukan:
1 cawan air
1/2 cawan baking soda
1 sudu teh Aloe vera gel
4 sudu teh gliserine tumbuhan
1 sudu pati minyak limau
Berus gigi dengan campuran ini seperti biasa dan anda akan dapati gigi lebih putih, bersinar dan sihat selepas beberapa minit.
BACA: Petua Orang Cina Atasi Batuk Berpanjangan Guna Buah Oren & Garam!
3. Kulit oren
Jangan buang selepas anda makan oren kerana anda boleh menggunakan kulitnya untuk menggosok gigi anda. Ini adalah cara mudah untuk membersihkan enamel yang menempel pada gigi. Cara ini juga boleh memutihkan gigi dan menghalang kesan bakteria. Setelah selesai menggosok selama beberapa minit, bilaskan gigi anda dengan air.
4. Bijirin
Ambil segenggam bijirin dan kunyah beberapa minit dan ludahkannya semula bagi membersihkan gigi anda secara perlahan-lahan. Selepas itu, gunakan berus kering untuk membuang bijirin yang tersekat pada celah gigi. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menghapuskan kesan kotoran pada gigi.
5. Larutan cuka
Walaupun cuka mempunyai rasa yang tajam tetapi ia adalah salah satu cara semula jadi yang boleh bertindak dengan paling baik sekali dalam membersihkan gigi anda tanpa merosakkannya. Caranya:
2 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
4 gelas air
Campurkan kesemua bahan dan gosok gigi seperti biasa. Bilaskan dan ulang cara ini untuk beberapa hari agar kesannya lebih efektif.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI