5 Cara Buat Perempuan Sedar Cemburu Tu Biar Berpada-Pada

Share

Cemburu biar bertempat. Adakah anda tahu? cemburu jika tidak dibendung boleh membawa pada masalah jiwa. Sebelum merebak, atasinya segera. Ini solusi yang dilakukan kebanyakan lelaki bagi menyelesaikan dan mengendali pasangan kuat cemburu. Sedikit sebanyak ia membantu wanita mengurangkan rasa cemburu itu. 

 

1-Tegur Dengan Suara ‘Macho’

Bagi kaum Adam yang cakna dengan emosi si Hawa, mereka tahu bagaimana untuk mengawal situasi apabila pasangannya mulai cemburu. Salah satu solusi adalah menegur dengan suara perlahan. Nampak seperti remeh, tetapi kesannya agak mengagumkan.

Harus diketahui bahawa wanita tidak boleh menerima pasangan yang sengaja berdiam diri tanpa memberi jawapan apabila ditanya ataupun menengkingnya tatkala meminta jawapan. Jalan terbaik, lelaki harus memberi jawapan dengan nada suara yang sederhana dan tidak tergagap-gagap. Sedikit sebanyak emosi cemburunya akan sedikit kendur.

 

2-Penjelasan Hanya Sekali

Bukan tidak mahu melayan pertanyaan tetapi cukuplah hanya sekali. Andai masih lagi tidak percaya, terpulang. Lelaki enggan bertikam lidah mengenai perkara yang tidak penting. Contohnya, cemburu kerana rakan-rakan. Huh, alangkah ruginya bergaduh mengenai rakan-rakan yang setiap hari bergaul. Pasangan pula haruslah berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama ingat mengingati mengenai hubungan yang terjalin.

 

3-Kenang Momen Indah

Pujuk sudah merayu pun sudah tetapi pasangan masih lagi merajuk. Garu kepala nak buat apa lagi. Apa kata anda cuba buka topik perbualan baru dengannya mengenai kenangan indah berdua. Contohnya, kenangan lucu, pertemuan pertama dan lain-lain.

 

4-Selalu Yakinkan Pasangan

Jika pasangan sering bertanya itu dan ini sehingga menyemakkan fikiran, pegang tangannya dan beritahu bahawa anda adalah milik dia selama-lamanya. Jangan gusar mengenai hubungan ini dan yakinkan pasangan agar dia percaya dengan anda.

 

5-Wanita hanya inginkan perhatian

Perlu tahu bahawa perhatian amat penting dalam suatu perhubungan. Anda tidak boleh pertikai perkara ini. Apa kata dalam kesibukan kerja tu, cuba layangkan satu mesej ringkas tetapi penuh bermakna. ‘Hai sayang, rindu kat awak la…bye’. Buangkan ego sedikit, setidaknya dia tidak berfikir bukan-bukan sepanjang ketiadaan anda di rumah.

 

 

-Cemburu adalah penyakit. Anda harus bijak mengawalnya.

-Kadang-kadang cemburu adalah perlu bagi memberi hint kepada pasangan tentang statusnya.

Cemburu yang berpada seolah-olah memanjakan pasangan. Mereka sedar bahawa anda menyayangi dan peka dengannya.

 

Published by
Kim Rahim