Ada beberapa komponen di dalam kipas siling rumah yang anda boleh tukar sendiri tanpa mengupah juruteknik yang kadangkala menelan kos servis yang mahal.
Bila anda sendiri yang mengambil inisiatif membaiki kerosakan kipas siling rumah, pasti ia lebih menjimatkan. Apatah lagi sekarang banyak tutorial membaiki peralatan elektrik yang dikongsi netizen di laman sosial.
Salah seorangnya adalah pengguna Facebook bernama Mohd Hazari Md Hussin yang berkongsi tutorial membaiki kerosakan kapasitor kipas siling rumah dengan kos bajet serendah RM5 menerusi page Kelab Kaki D.I.Y
.Apa yang menariknya, tutorial ini tidak melibatkan komponen elektronik yang lain. Jadi ia lebih menjimatkan!
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
1. Mula-mula buka bawah ni ikut arah lawan jam sebab board dan kapasitor dok dalam ni.
BACA: Lelaki Ini Kongsi Formula Guna Aircond Cara Betul Kalau Nak Jimat Elektrik!
2. Bila buka dia terburai mcm ni la.. ada klip tu, tekan klip tu supaya kita boleh bawa turun belas ni..
3. Bila dah bawa turun letak atas lantai.. cari kapasitor kipas, kapasitor kipas ni dah terbakar.. yg ada wayar kelabu dan merah tu.. cabut kapasitor tu dan p kedai beli.. yg dulu 2.0 ja saya beli 2.5 laju sikit.
BACA: Ini Sebabnya, TNB Nasihat Guna Suhu Aircond 24-26 Darjah Celsius Masa Cuaca Panas!
4. Ini adalah kapasitor yg lama.. yg baru saya lupa nak snap sbb kalut dgn anak.. saya bawa p kedai cari jenis ni xdak, jadi saya beli yg lain.. wayar dia saya sambung.. tgk dalam pic seterusnya
5. Ok..nmpk tak kapasitor baru yg saya pasang.. disebabkan wayar tu xdak jadi saya sambungkan saja wayar kapasitor baru dgn wayar lama.. balut dgn selotep hitam.. dan pasang balik..
6. Lepas tu, tutup bekas tu dan pasang balik 3 skru tu balik.. dan pasang macam mula2 bukak tadi.. dan siappp
7. Ni hasilnya, alhamdulillah laju betoi kipas ni pusing.. terima kasih semua..