BENTUK PAHA YANG PADAT DENGAN SENAMAN YANG TEPAT
Kini ramai yang mula melakukan senaman bagi mendapatkan tubuh badan yang padat dan sihat. Namun tidak ramai yang mengutamakan otot paha kerana beranggapan otot tangan dan perut lebih menarik untuk dibesarkan. Luangkan masa anda mengikuti langkah senaman berikut untuk mendapatkan paha yang kuat dan menarik.
HIGH KNEES
- Angkat lutut kiri separas dengan dengan pinggang dan tahan selama 3 saat. Tangan pula diangkat mengikut arah berlawanan dengan lutut yang diangkat.
- Ulang untuk kaki yang berlawanan dan lakukan selama 2 minit
TURNING KICKS
- Berdiri dengan hanya menggunakan kaki kiri. Badan dicondongkan sedikit kekiri. Lutut kanan diangkat hingga ke paras pinggang. Tangan kanan pula dibengkokkan dihadapan dada.
- Kedudukan posisi badan, kaki dan tangan masih lagi berada dalam posisi yang sama namun kaki kanan diangkat lurus (posisi menendang).
- Ulang semula untuk kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 10 tendangan.
CLIMBERS
- Mulakan dengan posisi tekan tubi namun badan diangkat tinggi sedikit ke atas.
- Lutut kanan dibawa separas dengan pinggang dan kaki kiri dibiarkan di posisi asal.
- Ulang semula untuk kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 1 set dan 15 kali ulangan.
PLANK JUMP-INS
- Mulakan dengan posisi tekan tubi dengan badan diangkat sedikit ke atas.
- Kedua belah kaki ditarik kehadapan dalam keadaan mencangkung
- Lakukan sebanyak 10 kali ulangan
LUNGES STEP UP
- Mulakan dengan posisi badan direndahkan. Lutut kiri dibengkokkan. Kaki kanan diletakkan dalam posisi melutut.
- Bangun dalam keadaan lutut kanan dibawa separas dengan pinggangdan kaki kiri dluruskan.
- Ulang semula bagi kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 1 set dan 12 kali ulangan.