Semasa proses turunkan berat badan sangat digalakkan kita untuk mengambil 2 kali snek. Snek yang paling berkesan untuk turunkan berat badan adalah snek dengan buah-buahan. Jadi dalam post kali ini, saya akan senaraikan buah-buahan yang boleh diambil untuk bantu cepatkan proses turun berat badan
PISANG
Pisang buah yang paling senang kita jumpa di pasaran Malaysia. Ingat lagi topik Sarapan Ini Bantu turunkan Berat Badan. Saya nyatakan pisang bantu untuk aktifkan signal dalam badan untuk menukarkan lemak kepada tenaga. Selain itu pisang sangat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan mengelakkan sakit jantung kerana kandungan potassium yang tinggi dan garam yang rendah.
Selain berfungsi untuk memberi tenaga segera, pisang juga sangat membantu untuk mengelakkan kekejangan otot selepas bersenam. Pisang juga sangat membantu dalam sistem penghadaman kerana tinggi nilai serat.
KURMA
Walaupun kurma kecil tetapi kurma sangat tinggi dalam kandungan nutrisi. Sebab itu Rasulullah SAW juga mengamalkan kurma dan ia adalah salah satu dari makanan sunnah. Kandungan serat yang tinggi sangat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman. Kurma membantu usus untuk berfungsi dengan lebih efisien.
Kandungan magnesium dan potassium yang tinggi juga sangat membantu untuk kesihatan jantung. Kanak-kanak juga sangat digalakkakn untuk amalkan kurma kerana kurma meningkatkan fokus dan baik untuk kesihatan otak.
Tambahan pula kita semakin menghampiri bulan puasa. Saya akan kongsi tips kurus dibulan puasa dalam post yang akan datang.
LEMON
Salah satu perkara yang penting semasa proses turun berat badan adalah proses detoksifikasi atau dalam bahasa mudah proses untuk buang toksin dalam badan. Selain pengambilan air kosong yang cukup untuk badan, kita juga boleh amalkan minum air lemon dalam untuk proses detoksifikasi secara natural.
Amalan air lemon sangat digalakkan untuk kehidupan seharian. Pengambilan air lemon membantu dalam membuang toksin secara natural dalam bentuk air kencing. Lemon juga membantu menahan lapar. Ia sangat bagus untuk mereka yang serius untuk turun berat dalam mengawal pengambilan kalori berlebihan semasa berdiet.
STRAWBERI
Kandungan vitamin C yang sangat tinggi dalam buah strawberi sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C baik untuk kulit dan membantu mengekalkan imunisasi badan kita. Dalam konteks turun berat badan, buah ini sangat baik untuk mengawal kolestrol dalam badan kita. Kolestrol yang jahat akan membuat salur darah jadi sempit dan hasilkan boleh menyebabkan sakit- sakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung.
Selain itu kandungan fiber atau serat dalam strawberi boleh membantu melancarkan sistem penghadaman. Sistem penghadaman yang sihat sangat membantu semasa proses turunkan berat badan. Kandungan gula dan garam, kalori yang rendah sangat membantu untuk proses pengurusan berat badan.
TEMBIKAI
Buah tembikai antara buah yang mempunyai kandungan air yang sangat banyak. Kandugan air yang banyak dan fiber yang tinggi sangat membantu dalam proses penghadaman dan juga dipercayai boleh mengurangkan sembelit. Kandungan air yang tinggi sangat berkesan untuk mengekalkan hidrasi dalam badan kita.
Semasa proses turun beratkan kita akan cepat rasa lapar. Jadi pengambilan buah- buahan selain mengawal pengambilan kuantiti air yang secukupnya sangat membantu proses turun berat. Ingat jangan biarkan perut berlapar semasa proses turun berat. Selain makan begitu sahaja, anda juga boleh buat jus atau “ice blended” untuk mengalakkan kita makan buah bukan snek yang tidak sihat.