
Tahu tak minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain kononnya ia membantu untuk buat kita lebih tekun dan fokus bekerja lebih-lebih pada pagi Isnin.
Tapi semua itu hanya konsep minda tanpa sedar ia sebenarnya memberi lebih banyak keburukan pada kesihatan fizikal. Mungkin buat kali pertama untuk berhenti minum minuman 3-in-1 agak sukar kerana ia sudah menjadi tabiat tapi setelah anda tahu bahana yang bakal mendapat, pasti selepas ini anda ketepikan 3-in-1.
1. Tenaga palsu
Kandungan gula dalam setiap bungkusan minuman ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori! Jadi ramai yang menganggap minuman ini beri lebih tenaga padahal ianya kesan placebo yang sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar ialah dari sumber makanan bukan minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
2. Menghisap darah
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
3. Perosak organ penting
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
4. Penghidup kanser
Kebanyakan makanan, minuman segera atau dalam tin akan mengandugi bahan kimia acrylamide. Menurut dari kajian kesihatan negara Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
5. Jangan tertipu
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus kepada obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Sumber: Islamituindah.info
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Masihkah Ada Harapan Untuk Tambah Ketinggian, Tapi Umur Dah Lebih 20 Tahun.

Pelbagai produk yang keluar di pasaran dengan pelbagai cara pemasaran. Cara pemasaran yang paling berkesan adalah dengan mengatakan produk mereka boleh menghasilkan kesan yang ketara kepada si pemakai.
Daripada kebolehan merawat kencing manis hinggalah merawat kanser. Sedangkan mereka sendiri tidak mengkaji adakah produk mereka benar-benar berkesan seperti apa yang mereka nyatakan.
Dalam post ini, kami ingin menceritakan pula berkenaan produk makanan yang dikatakan boleh tambah ketinggian.
Bagaimana panjang bertambah?
Perlu diketahui oleh para pembaca yang ketinggian bertambah disebabkan wujudnya satu lapisan yg dinamakan sebagai ephyphiseal plate(growth plate) yang terletak di bahagian hujung tulang.
Growth plate terletak pada hujung tulang. Bahagian inilah yang akan menyebabkan penambahan ketinggian pada seseorang individu
Lapisan growth plate ini terdiri daripada tisu rawan(cartilage) yang mempunyai beberapa jenis sel iaitu:
1) sel chondrocytes: Berfungsi untuk menambahkan tisu rawan agar tulang semakin panjang
2) sel osteoblast: Berfungsi sebagai sel yang akan mengeraskan tisu rawan supaya ia menjadi tulang. Ia berlaku dengan cara sel osteoblast meletakkan unsur kalsium ke dalam tisu rawan tersebut
Chondrocytes hasilkan tisu rawan dan osteoblast pula akan mengeraskan tisu rawan itu supaya menjadi tulang. Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan tulang semakin panjang
Apa yang mempengaruhi Growth plate?
Perlu diketahui bahawa, ephyphiseal plate sangat dipengaruhi oleh ‘growth hormone’ yg dihasilkan pada kalenjar pituitary pada otak. Jika hormon tersebut berada pada tahap yang sepatutnya, maka ketinggian sesorang itu pun akan bertambah seperti biasa
Jika hormon tersebut terlampau banyak ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan penyakit ini dikenali sebagai ‘gigantism’
Seseorang itu akan berhenti meninggi bila berumur 19-21 tahun
Kajian yang dibuat pada tikus, menunjukkan hormon estrogen yang tinggi ketika baligh akan menyebabkan sel condrocytes mengalami ‘apoptosis’(sel itu mati). Ia akan menyebabkan tisu rawan(cartilage) tidak dapat dihasilkan. Dan akhirnya semua tisu rawan tersebut akan ditukarkan menjadi tulang oleh sel osteoblast.
Maka, growth plate hilang kerana berubah menjadi tulang. Bila tiada ephyphiseal plate, maka tiada penambahan dalam ketinggian.
Begitu juga yang berlaku pada manusia, apabila telah mencapai umur 19 ke 21, growth plate akan hilang dan manusia akan berhenti memanjang.
Graf ketinggian untuk kanak-kanak lelaki ini menunjukkan bahawa pertambahan ketinggian manusia akan semakin mendatar apabila berumur 19-21 tahun
Kesimpulan: Tiada produk makanan yang boleh tambah ketinggian terutamanya yang sudah berumur 20 tahun lebih.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Punca Lelaki Cepat Baligh

Definisi
Apa itu Akil baligh?
Akil baligh adalah tempoh masa apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang membesar dan mengalami proses kematangan seks. Akil baligh ialah siri-siri peringkat fizikal yang membawa kepada kesuburan dan perkara yang dipanggil ciri-ciri jantina sekunder, iaitu ciri-ciri fizikal lelaki dan perempuan dewasa (seperti pertumbuhan bulu ari-ari). Baligh bukan sahaja melibatkan siri-siri transformasi biologikal dan fizikal , bahkan proses ini turut memberi kesan kepada perkembangan psikososial dan emosi remaja tersebut.
Apakah kebarangkalian Akil baligh?
Permulaan baligh berbeza-beza mengikut individu. Bagi perempuan, ia bermula antara umur 10-14 tahun, bagi lelaki pula secara umumnya berlaku lebih lewat, iaitu antara umur 12-16 tahun. Anak remaja perempuan sekarang mencapai akil baligh pada umur yang lebih awal. Pengaruh nutrisi dan persekitaran mungkin menjadi faktor.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Akil baligh?
Tanda-tanda awal akil baligh pada perempuan;
- Tanda-tanda awal bagi perempuan selalunya ialah buah dada mereka mula membesar. Ianya adalah normal sekiranya buah dada kadang-kadang berasa sakit ataupun hanya sebelah sahaja yang mula membesar dan sebelah lagi akan mula membesar beberapa bulan kemudian.
- Bulu ari-ari akan mula tumbuh dan bagi sebahagian perempuan, mereka akan menyedari bulu mula bertambah pada kaki dan lengan mereka.
Tanda-tanda lewat akil baligh pada perempuan iaitu selepas setahun atau sewaktu akil baligh bermula dan beberapa tahun selepasnya:
- Buah dada akan terus membesar dan menjadi lebih penuh.
- Lebih kurang dua tahun selepas akil baligh bermula, perempuan akan didatangi haid buat kali pertama.
- Bulu ari-ari menjadi lebih lebat dan kerinting
- Bulu ketiak mula tumbuh . Sesetengah perempuan mungkin akan ada bulu pada bahagian tubuh yang lain, seperti bahagian atas bibir. Hal ini sememangnya normal.
- Mereka akan mula berpeluh dengan lebih banyak
- Muka akan mula berjerawat – kondisi kulit yang menunjukkan pelbagai jenis bintik seperti bintik putih, bintik hitam dan bintik bernanah yang dipanggil pustul.
- Mengalami keputihan/lelehan faraj yang berwarna putih
- Perempuan akan mengalami lonjakan pertumbuhan . Bermula dari waktu kedatangan haid kali petama , perempuan akan meninggi 5-7.5 cm setiap tahun sehingga satu atau dua tahun kemudian dan akan mencapai ketinggian dewasa mereka.
- Kebanyakan perempuan akan bertambah berat – Ia adalah perkara normal – kerana bentuk badan mereka mula berubah. Lemak badan akan berkumpul pada bahagian atas lengan, peha, dan bahagian belakang atas; pinggul akan membesar dan pinggang akan menjadi semakin ramping.
Selepas 4 tahun akil baligh bagi perempuan;
- Buah dada membesar sepenuhnya seperti orang dewasa
- Bulu ari-ari tumbuh sehingga ke bahagian dalam peha
- Alat kelamin sudah matang sepenuhnya.
- Perempuan akan berhenti meninggi
Tanda-tanda awal akil baligh bagi lelaki;
- Tanda awal bagi lelaki selalunya ialah testis mereka membesar dan skrotum mula menipis dan kemerah-merahan
- Bulu ari-ari akan mula tumbuh pada pangkal zakar
Tanda-tanda lewat akil baligh bagi lelaki selepas setahun atau sewaktu akil baligh bermula dan beberapa tahun selepasnya:
- Zakar dan testis akan terus membesar , skrotum akan menjadi semakin gelap
- Bulu ari-ari menjadi semakin lebat dan kerinting
- Bulu ketiak akan mula tumbuh
- Semakin kuat berpeluh
- Dada boleh membengkak sedikit untuk sementara waktu, ini adalah normal dan tidak sama dengan ‘man-boobs’
- Mengalami mimpi basah (ejakulasi luar kawalan sewaktu tidur)
- Suara menjadi parau dan semakin garau/dalam buat selamanya. Buat seketika, budak lelaki mungkin terasa suaranya menjadi garau , kemudian berubah menjadi tinggi pula.
- Muka akan mula berjerawat – kondisi kulit yang menunjukkan pelbagai jenis bintik seperti bintik putih, bintik hitam dan bintik bernanah yang dipanggil pustul.
- Mereka akan mengalami lonjakan pertumbuhan dan meninggi pada purata 7-8 cm setiap tahun serta berotot kekar.
GQ Portgual – April 2016
Selepas 4 tahun akil baligh bagi lelaki:
- Alat kelamin kelihatan seperti orang dewasa dan bulu ari-ari akan tumbuh ke bahagian dalam peha.
- Bulu muka akan mula tumbuh dan mereka akan mula bercukur
- Lelaki meninggi pada kadar yang lebih perlahan dan berhenti membesar sepenuhnya sekitar umur 16 tahun (tetapi mungkin berterusan untuk menjadi lebih berotot)
- Kebanyakan lelaki akan mencapai kematangan penuh pada umur 18 tahun.
Perubahan angin dalam akil baligh
Akil baligh boleh menjadi tempoh yang sangat sukar bagi kanak-kanak. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan tubuh badan mereka, jerawat dan badan yang semakin berbau busuk.
Akil baligh juga boleh menjadi satu tempoh yang menyeronokkan, apabila kanak-kanak mengalami emosi dan perasaan yang baru, tetapi perubahan emosi yang mendadak oleh menjejaskan psikologi dan emosi mereka seperti:
- Berubah mod secara mendadak tanpa ada penjelasan
- Rendah keyakinan diri
- Agresif
- Kemurungan
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, silalah berunding dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Kanak-kanak yang mengalami akil baligh terlalu awal (sebelum umur 8 tahun) atau terlalu lewat (selepas 14 tahun) seharusnya berjumpa dengan doktor untuk menyaring keluar apa-apa keadaan perubatan.
Punca
Apakah Punca Akil baligh?
Akil baligh adalah proses kematangan seks semula jadi tubuh badan manusia. Pencetus kepada proses ini terletak pada bahagian kecl oak yang dipanggil hipotalamus, kelenjar yang merembeskan hormon pelepasan gonadotrofin (GnRH). GnRH merangsang kelenjar pituitari (organ bersaiz kekacang yang berhubung dengan bahagian bawah hipotalamus), untuk melepaskan dua hormon; hormon peluteinan (LH) dan hormon perangsang folikel (FSH). Dua hormon ini memberi isyarat kepada organ seks lelaki dan perempuan (testis dan ovari) untuk merembeskan hormon seks yang sepatutnya, iaitu testosteron dan estrogen yang akan melancarkan tanda-tanda baligh pada tubuh badan.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Akil baligh?
Terdapat banyak faktor risiko untuk akil baligh prekosius seperti;
- Perempuan. Mereka lebih cenderung untuk mengalami baligh prekosius
- Berbangsa Afrika Amerika. Akil baligh prekosius lebih banyak berlaku pada kanak-kanak berbangsa Afrika Amerika berbanding kanak-kanak bangsa lain
- Menjadi seorang yang obes. Sekiranya anak perempuan anda mempunyai berat badan berlebihan, dia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami baligh prekosisus
- Terdedah kepada hormon seks. Sekiranya anak anda pernah terkena atau terdedah kepada krim/salap estrogen atau testosteron , ataupun bahan-bahan lain yang mengandungi hormon-hormon ini(seperti ubat-ubatan orang dewasa atau penokok diet), mereka berisiko tinggi untuk mengalami baligh prekosius
- Mempunyai keaadan kesihatan yang lain. Akil baligh prekosius mungkin juga disebabkan komplikasi sindrom McCune-Albright atau hiperplasia adrenal kongenital – kondisi yang melibatkan penghasilan hormon lelaki yang luar biasa (androgen). Jarang-jarang sekali, baligh prekosius boleh terkait dengan hipotiroidisme.
- Pernah menerima terapi radiasi pada sistem saraf tunjang . Terapi radiasi untuk ketumbuhan , leukemia dan kondisi-kondisi lain boleh meningkatkan risiko baligh prekosius.
Faktor risiko bagi lewat akil baligh ialah:
- Masalah pituitari kongenital
- Mutasi genetik
- Kecelaruan kromosom
- Anosmia
- Masalah permakanan
- Penyakit sistemik yang kronik
- Malnutrisi
- Senaman lasak
- Masalah gonad kongenital dan perolehan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ketiak Dan Leher Hitam? Berdaki? Hey Lelaki Jangan Malukan Diri! Jom Cuba Cara Mudah Ini. Pasti Berkesan!

Sebab-sebab berlaku kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha:
2. Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.
3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut.
4. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.
5. Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.
Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Secara Tradisional
1. Kapur sireh dan sebiji limau nipis
Cara-Caranya:
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.
2. Buah betik
Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
3. Sirih dan beras
Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.
sumber: aynorablogs.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI