Sehubungan itu, tubuh anda memerlukan rawatan segera untuk memastikan anda kembali sihat dan rasa sakit itu beransur-ansur hilang.
Jadi, anda boleh pilih untuk gunakan salah satu daripada lima bahan yang dikongsikan ini :
1. Daun jambu batu
Lihat di sekitar rumah anda. Jika ada pokok jambu, dapatkan daunnya untuk menghilangkan rasa sakit perut anda. Caranya, ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu terutama pada bahagian pucuk.
Bersihkannya dan kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula lalu anda boleh minum airnya.
2. Cuka epal
Pergi ke dapur dan ambil sedikit cuka epal. Cuka epal bersifat alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid tinggi dalam perut yang menyebabkan perut anda berasa kurang selesa.
Caranya, masukkan satu sudu besar cuka sider epal ke dalam secawan air. Kemudian, tambah satu sudu besar madu dan minum air campurannya 2 hingga 3 kali sehari untuk kelegaan segera.
3. Jintan hitam
Bahan ini juga biasanya ada di dapur anda. Minyak dari jintan hitam boleh mengurangkan masalah angin dalam perut serta rasa loya.
Ada beberapa cara untuk anda makan jintan hitam sebagai bahan pelega perut anda. Antaranya, anda boleh telan jintan hitam begitu sahaja. Selain itu, anda juga boleh menghancurkannya dan campurkan ke dalam teh.
4. Serbuk penaik
Jika anda seorang yang tidak kisah tentang rasa asalkan perut anda mendapat kelegaan pantas, bahan inilah yang paling sesuai untuk anda. Serbuk penaik atau soda bikarbonat mempunyai sifat yang sama seperti antasid.
Serbuk penaik boleh dilarut dalam air untuk membantu anda menurunkan kadar keasidan dalam perut dan mengelakkan anda mengalami rasa pedih ulu hati. Jika anda rasa larutan soda bikarbonat ini sangat tidak sedap, tambahkan sedikit jus lemon untuk membantu anda menelan larutan tersebut.
5. Halia
Semua orang sedia tahu bahawa halia merupakan ejen pembuangan angin yang berkesan. Sifat halia yang panas menekan angin yang terperangkap di dalam perut untuk keluar, baik dengan bersendawa atau melalui kentut.
Angin yang terperangkap ini wujud akibat sifat makan secara berlebihan atau tidak terkawal. Jadi, jika anda mendapati perut anda terasa berangin dan kembung selepas anda mengunjungi rumah terbuka rakan anda, cepat-cepat buat teh halia supaya angin yang mula bertukar menjadi ribut dalam perut dapat dikeluarkan segera.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI