5 Bahan Ini Berkesan Merawat Tonsil Secara Tradisional

Share

Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Kumpulan tisu tonsil ini dikenali Lingkaran Tonsil Waldeyer (Waldeyerls tonsilar ring). Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Ia bertindak untuk melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak.

Tetapi sesetengah individu tisu tonsil terus kekal besar dan akan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Bagi individu ini mereka akan mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang. Individu ini akan mengalami sakit tonsil yang kerap (sekurang-kurangnya sekali sebulan).

Rawatan Tradisional

Air Garam

Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan. Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria.

Lemon

Sifat anti-viral, anti-bakteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan

Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.

Daun Selasih

Daun selasih merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan

Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Rebus selama 10 minit. Minum tiga kali sehari selama dua atau tiga hari.

Kayu manis

Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.

Daun Pudina

Dipercayai mempunyai kuasa anti-mikrob yang berkesan membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.

Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal. Minum dua hingga tiga kali sehari untuk beberapa hari.

Published by
Ruziana Zainal