Larian kini menjadi satu trend kecergasan yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah du seluruh dunia. Lihat sahajalah di laman media sosial. Semakin banyak grup-grup larian yang cukup aktif menjalankan aktiviti sosial serta pelbagai perkongsian yang menarik.
Namun dalam melakukan larian yang lebih kompetitif anda perlu tahu beberapa asa penting dalam larian.
ENDURANCE
Seorang pelari perlu ada endurance dan ketahanan kardio. Oleh itu badan anda perlu mempunyai ketahanan sangat tinggi.
KEKUATAN
Bila melakukan larian pastinya anda ingin mencatatkan larian yang lebih pantas dan jarak lebih jauh. Untuk mencapainya, anda perlu kuatkan otot badan seperti kaki, core dan juga pelbagai otot.
TEKNIK LARIAN
Melakukan larian dengan selesa perlu dilakukan dengan teknik larian yang terbaik. Larian efisien oleh mengurangkan kecederaan.
PEMAKANAN
Perlu amalkan diet yang seimbang dan mampu memberikan tenaga mencukupi untuk melakukan larian pada jarak jauh dan juga lama. Pemakanan yang baik boleh menjadi sumber tenaga yang terbaik!
PAKAIAN SESUAI
Menggunakan pakaian yang salah bukan sahaja tidak selesa malah boleh menyebabkan kecederaan seperti melecet. Ini terutamanya memilih kasut larian yang sesuai. Untuk pilih kasut larian anda perlu tahu bentuk kaki atau arch yang betul.
Ikuti perkongsian lebih lanjut menerusi video MASKULIN tentang perkara ini di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=xXkIWl859-M
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mata Anda Bermasalah? Ikuti Langkah Ini Untuk Miliki Mata Yang Sihat Dan Cantik!

Mata adalah salah satu deria paling penting pada tubuh kita. Dengan mata kita mampu menikmati kehidupan yang sihat serta keindahan alam yang sangat bernilai ini. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan.
Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kerosakan Mata?
1. Merokok
Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.
2. Sinaran Matahari
Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.
3. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.
4. Kencing manis atau diabetis
Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.
5. Pengambilan alkohol
Mengambilan alcohol yang berlebihan mampu mengganggu penglihatan sekaligus menyebabkan kerosakan mata secara keseluruhan. Antara kesan sampingan pengambilan alkohal ialah penurunan prestasi visual, tindakbalas anak mata yang lambat, sering migraine mata mata kemerahan.
6. Diet yang tidak sihat
Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
7. Penggunaan Komputer
Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.
Tips Penjagaan Mata
Setelah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan mata, perlulah kita tahu langkah penjagaan seterusnya selain dari mengelak perkara-perkara di atas. Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:
1. Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata.
2. Jaga jarak penglihatan anda. Sebaik-baiknya 50cm – 100cm sari skrin komputer atau televisyen.
3. Merehatkan mata. Jangan memaksa mata anda untuk mengadap buku atau skrin komputer dengan terlalu lama. Rehatkan sebentar bagi mengurangkan ketegangan mata.
4. Makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin A.
5. Memakai alat pelindung mata. Kini banyak telah dicipta cermin mata gelap pelindung UV untuk kesihatan mata. Amalkan penggunaan cermin mata gelap untuk aktiviti harian anda seperti memandu, bermain golf, berjogging dan sebagainya.
6. Membuat pemeriksaan mata. Lakukan pemeriksaan mata secara rutin bagi mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini. Sekiranya anda ada merasakan kelainan pada penglihatan anda, segera berjumpa doktor untuk khidmat nasihat.
7. Berhenti merokok. Bagi perokok tegar, mulakan usaha anda untuk berhenti merokok kerana ia mampu merosakkan saraf pada mata sekaligus menjejaskan kesihatan mata.
Apakah Makanan Yang Terbaik Untuk kesihatan Mata?
Menjaga mata dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang mudah termasuklah menjaga pemakanan. Beberapa makanan berikut dapat membantu menjaga kesihatan mata secara umum disamping melindungi mata dari pelbagai masalah kesihatan mata seperti katarak, rabun, glukoma dan sebagainya. Antaranya ialah :
- Ikan Salmon – Kaya dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan keseluruhannya termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A, vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12
- Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.
- Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata.
- Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein, dan zeaxanthin
- Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang tinggi dan sangat penting untuk kesihatan mata.
- Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, vitamin B12, Vitamin D dan juga cysteine.
- Bawang Putih – Mengandungi selenium, vitamin C dan guercetin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.
- Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak sangat kaya dengan vitamin A dan beta carotene yang baik unutk kesihatan mata.
- Biji Bunga Matahari – Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah kataraks dan gangguan lain pada mata.
- Ubi Keledek – Salah satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan anda.
sumber: healthyvitagarden.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
6 Cara Tingkatkan Kadar Metabolisme Badan Agar Mudah Bakar Lemak & Cepat Kurus!

Setiap individu mempunyai kadar metabolisme badan yang berbeza-beza. Orang yang ada banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai lebih banyak lemak.
Apabila kadar metabolisme badan meningkat, lagi mudahlah anda nak menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan mempunyai kaitan rapat dengan sistem metabolisme badan yang berfungsi untuk membakar lemak yang berlebihan.
Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme badan tinggi boleh anda lihat jika dia makan banyak tetapi badannya tetap kurus.
Untuk memastikan misi cepat kurus anda berjaya, ikuti 6 cara mudah ini untuk anda tingkatkan kadar metabolisme badan.
1. Minum banyak air masak
Meminum 8 gelas air atau lebih yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum, selain menigkatkan metabolisme badan.
2. Buat senaman membina otot
Membuat senaman otot bagus untuk membantu anda membakar banyak lemak. Ini akan meningkatkan pembinaan otot badan sekali gus menaikkan kadar metabolisme badan anda.
3. Makanan pedas
Mungkin ramai yang tidak tahu kandungan capsaicin di dalam cili dapat membakar kalori sehingga 30 minit selepaskan kita memakannya dan menaikkan metabolisme badan.
4. Dapatkan sinaran matahari
Cahaya mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.
Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
5. Amalkan minum teh hijau
Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
6. Jangan makan lepas 7 malam
Elakkan makan di tengah malam atau selepas 7 malam kerana sistem metabolisme badan memang rendah pada waktu itu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Suka menyanyi dalam bilik air? Hati-hati kamu mungkin dah dijangkitit penyakit. Ini sebabnya!

Suka bernyanyi di dalam bilik air? Atau main handphone dan merokok sambil buang air besar. Sudah tiba masanya untuk kamu tinggalkan tabiat itu kerana:
1. Kamar Mandi Adalah Sarang Iblis
Menurut agama islam kamar mandi itu adalah sarang dan istananya jin dan iblis, disebutkan dalam sebuah hadis seperti ini.
Sudah terang lagi bersuluh tandas itu adalah rumah iblis, pasti semua yang kita lakukan disitu iblis akan bercampur tangan mengenai kegiatan yang kita lakukan. Ia akan sangat berkuasa dalam menggoda manusia ketika masuk sarangnya.
2. Menyanyi Mengakibatkan Bakteria Masuk
Umum tahu, tandas adalah tempat di mana kita membuang segala kotoran dari badan kita. Apabila kita mengambil masa yang lama di dalam tandas, ia boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh kita, terutamanya apabila tubuh sudah mula sejuk. Radang paru-paru dan jangkitan bisa terjadi apabila berada lama dalam tempoh yang lama dalam tandas.
Virus Gastrointestinal yang dapat menyebabkan sakit perut pada manusia. Virus ini juga termasuk ke dalam Norovirus yang menyebabkan gejala sakit perut.
Staphylococcus aurea merupakan bakteria yang dapat menyebabkan penyakit kulit dan pernafasan. Staphylococcus aureus yaitu sejenis bakteri yang menyebabkan infeksi dan kebal terhadap semua antibiotik.
Pathogen enteric dapat menyebar dengan cara mengontaminasi makanan yang bisa jadi dibawa melalui feses.
Bakteri ini meliputi E.Coli, salmonella, higella, dan campylobacter. Bakteri E.Coli sendiri dapat menyebabkan penyakit diare dengan darah pada feses manusia dan jamur Dermatophitic yang biasanya sering menghinggap pada kaki.
3. Menyebabkan Terjadinya Aktiviti Onani
Jika manusia mengeluarkan cairan pentingnya di dalam kamar mandi, ini mengakibatkan cairan tersebut bercampur dengan air mani iblis dan lahirlah seorang bayi iblis atau tuyul. Secara tidak langsung kita juga orang tuanya si tuyul itu lho guys, hiiii, ngeri kan?
sumber: tandapagar.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI