Larian kini menjadi satu trend kecergasan yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah du seluruh dunia. Lihat sahajalah di laman media sosial. Semakin banyak grup-grup larian yang cukup aktif menjalankan aktiviti sosial serta pelbagai perkongsian yang menarik.
Namun dalam melakukan larian yang lebih kompetitif anda perlu tahu beberapa asa penting dalam larian.
ENDURANCE
Seorang pelari perlu ada endurance dan ketahanan kardio. Oleh itu badan anda perlu mempunyai ketahanan sangat tinggi.
KEKUATAN
Bila melakukan larian pastinya anda ingin mencatatkan larian yang lebih pantas dan jarak lebih jauh. Untuk mencapainya, anda perlu kuatkan otot badan seperti kaki, core dan juga pelbagai otot.
TEKNIK LARIAN
Melakukan larian dengan selesa perlu dilakukan dengan teknik larian yang terbaik. Larian efisien oleh mengurangkan kecederaan.
PEMAKANAN
Perlu amalkan diet yang seimbang dan mampu memberikan tenaga mencukupi untuk melakukan larian pada jarak jauh dan juga lama. Pemakanan yang baik boleh menjadi sumber tenaga yang terbaik!
PAKAIAN SESUAI
Menggunakan pakaian yang salah bukan sahaja tidak selesa malah boleh menyebabkan kecederaan seperti melecet. Ini terutamanya memilih kasut larian yang sesuai. Untuk pilih kasut larian anda perlu tahu bentuk kaki atau arch yang betul.
Ikuti perkongsian lebih lanjut menerusi video MASKULIN tentang perkara ini di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=xXkIWl859-M
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
3 Sebab Orang Yang Rajin Buat Senaman Squat Ada Otot Biceps Besar & Mantap!

Selain membakar banyak kalori, senaman squat juga boleh membuatkan otot biceps besar dan mantap. Lagi banyak otot yang anda bina, lagi tinggi metabolisme anda. Jadi lakukan rutin senaman squat, tiga kali seminggu sebanyak 20 hingga 30 ulangan. Kemudian rehat 1 minit dan lakukan 3-4 circuit/set.
Tentu anda pelik, kenapa orang kata nak otot biceps besar dan mantap, kena rajin buat senaman squat. Apakah kaitan biceps dengan squat? Macam mana pula squat boleh membesarkan biceps?
Sebenarnya ia tidak berkaitan. Namun jika dilihat secara mendalam, ada benarnya juga!
Oleh itu jom kita lihat bagaimana senaman squat ini boleh membantu anda untuk mendapatkan otot biceps yang besar dan mantap. Ini 3 sebabnya!
1. Sebagai booster testosterone semula jadi
Perlu anda tahu, hormon testosteron menjadi keagungan dalam dunia bina badan. Inilah hormon yang akan membuatkan badan anda berketak dan jadi lebih kuat.
Senaman squat yang berat mampu meningkatkan kadar rembesan hormon testosteron. Ia sekali gus membantu anda lebih fokus semasa membuat latihan dan mendapat lebih rangsangan hypertrophy.
2. Core jadi lebih kuat
Apabila core kuat dan kukuh, ini boleh mendorong kepada senaman yang lebih efektif. Anda juga dapat menggunakan bebanan yang lebih tinggi daripada biasa. Namun jika core anda lemah, susah untuk anda mengekalkan form yang baik.
Ini akan memaksa anda untuk mengurangkan bebanan dan mengurangkan rangsangan tumbesaran dalam membina otot. Antara senaman terbaik untuk otot biceps yang memerlukan core yang sangat kuat ialah barbell row yang betul-betul berat.
3. Membina otot kaki yang kuat
Seiring dengan core yang kuat, kaki yang kuat juga akan bantu anda untuk membina otot biceps yang lebih besar melalui senaman deadlift. Senaman squat dan deadlift diumpamakan seperti abang dan kakak, manakala senaman squat dan biceps pula adalah seperti saudara-mara.
Ia tetap berkait. Deadlift memerlukan kekuatan seluruh badan dan otot biceps pula berperanan dalam senaman tersebut. Percaya atau tidak, ramai yang boleh deadlift berat turut mempunyai otot biceps yang besar.
Squat adalah senaman yang baik untuk membina otot dan membakar lemak, malah untuk membina stamina. Oleh itu, rajin-rajinkanlah melakukan senaman squat agar otot biceps anda lebih kuat, besar dan mantap.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Untuk Mengatasi Masalah Rakyat Gemuk, Kerajaan Thailand Laksanakan Cukai Gula

Bagi membendung penyakit kencing manis dan obesiti dalam kalangan rakyat. Kerajaan Thailand mengambil langkah dengan menaikkan sehingga 25 peratus cukai terhadap minuman ringan, teh, kopi segera atau jus buah, bergantung kepada kandungan gulanya.
Selepas Afrika Selatan dan Britain, Thailand muncul negara terbaharu mengenakan cukai bagi minuman bergula dalam usahanya untuk memerangi masalah kegemukan rakyatnya.
Secara purata, dikatakan seorang rakyat Thailand dikatakan lazim memakan gula sebanyak 28 sudu teh pada setiap hari – lebih seganda daripada apa yang disarankan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.
Ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Para pegawai kesihatan Thailand menyatakan 32 peratus penduduk negara itu kini memiliki berat badan berlebihan dan 10 peratus menghidap penyakit diabetes. Jumlah ini kian bertambah. Sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 600,000 kes baharu penyakit kencing manis berjaya dikesan di seluruh Thailand malah kadar tersebut adalah yang ketiga tertinggi di benua Asia.
Justeru, dalam usaha untuk mengawal permasalahan tersebut, pihak berkuasa Thailand mengenakan cukai baharu pada minuman yang manis berdasarkan kepada tahap kandungan gulanya.
Cukai 20 peratus dikenakan bagi minuman yang mengandungi antara 6 hingga 10 gram gula bagi setiap 100 mililiter. Jika kandungan gulanya lebih daripada itu, kadar cukainya adalah 25 peratus. Menurut para pegawai cukai, syarikat-syarikat tidak menentang keras cukai itu. Pihak berkuasa pula memberi syarikat-syarikat berkenaan tempoh kelonggaran dua tahun untuk mengurangkan kadar gula dalam minuman keluaran masing-masing. – CNA
Sumber : Mynewshub
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
15 Penyakit Buat Lelaki Nampak Hodoh

15 ANCAMAN KESIHATAN LELAKI
Intro: Bercakap mengenai kesihatan, lelaki cenderung untuk ambil ringan. Ya, itulah realitinya. Jika lebih ramai membuat temu janji dengan doktor secara tetap, pastinya anda dapat menepis 15 ancaman kesihatan. Utamakan kesihatan bro!.
1- ALKOHOL MUSUH KETAT LELAKI!
Alkohol seolah-olah tidak dapat dipisahkan terutama sekali buat kaum lelaki. Menurut CDC, lelaki memiliki kadar lebih tinggi dirawat di hospital serta kematian berbanding kaum wanita, sekiranya mereka minum alkohol dua kali ganda. Alkohol juga mengganggu pengeluaran hormon dan fungsi buah zakar yang boleh membawa pada kemandulan dan mati pucuk. Secara beransur-ansur boleh merosakkan hati.
2- KEMALANGAN TIDAK DISENGAJAKAN
Kemalangan adalah punca kematian ramai lelaki. Mungkin disebabkan ‘kandungan’ gen berani mati dan sanggup hadapi risiko, malah ia mencatatkan kematian dua kali ganda berbanding kaum wanita. Dengan sikap rakus serta mengabaikan penggunaan topi dan tali pinggang keledar, penggunaan dadah serta alkohol malah sikap panas baran, tiada apa yang doktor mampu untuk lakukan hanya sekadar mengambil langkah berjaga-jaga.
3-TEKANAN PERASAAN
Wanita dua kali ganda mudah menghidapi tekanan perasaan, namun lelaki juga terkesan malah corak penerimaannya berbeza. Sebagai contoh, lelaki cenderung menjadi letih, cepat marah serta menghadapi masalah tidur. Pada masa yang sama enggan berkongsi dan mendapatkan bantuan. Walaupun wanita cenderung untuk melakukan percubaan bunuh diri berbanding lelaki, lelaki pula cenderung untuk mati mengejut.
4- DIABETES
Diabetes ternyata menawarkan set komplikasi teruk terutama sekali untuk lelaki. Ini termasuk risiko lebih tinggi untuk mati pucuk, paras testosteron rendah yang boleh membawa pada kemurungan dan keresahan. Kencing manis yang tidak dirawat juga menyumbang pada saraf dan kerosakan buah pinggang, penyakit jantung, strok serta masalah penglihatan.
5- KANSER KULIT
Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko paling tinggi untuk mendapat kanser kulit – dua kali ganda lebih daripada kaum wanita. Penyebab pada kanser kulit ini ada kaitannya dengan pendedahan cahaya matahari yang terlampau kerap dan kurang mendapatkan rawatan serta pemerhatian daripada doktor.
6- PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Boleh dikatakan seorang daripada tiga orang lelaki mempunyai beberapa bentuk penyakit kardiovaskular. Strok, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, angina pektoris dan kegagalan jantung merupakan beberapa simptom dalam kategori kardiovaskular. Dianggarkan 2.8 juta lelaki mengalami strok setiap tahun dan tekanan darah tinggi adalah perkara biasa di kalangan lelaki muda. Rutin pemeriksaan adalah penting untuk memantau kesihatan jantung. Malah, kematian mengejut sudah menjadi sinonim dengan kaum lelaki.
7- OBESITI
Malaysia syurga makanan, jadi tidak hairan sekiranya obesiti adalah antara ancaman utama kesihatan lelaki. Hampir satu pertiga bersamaan 32.6 peratus daripada lelaki di dunia adalah gemuk. Obesiti membawakan banyak risiko yang diketahui umum bahkan mengancam nyawa termasuk penyakit jantung, kencing manis, kanser prostat dan kanser lain dan thromboembolism vena. Kehilangan berat badan adalah satu cabaran besar tetapi anda boleh menanganinya dengan bantuan sokongan daripada pakar, keluarga dan rakan-rakan.
8- ROKOK DAN PARU-PARU
Kanser paru-paru serta penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD) adalah gabungan bronkitis kronik dan emphysema, kebiasaanya dikaitkan dengan merokok. COPD antara punca kematian banyak negara di dunia. Kadar kes baru kanser paru-paru pada tahun 2014 menunjukkan bahawa lelaki mudah menghidapi penyakit ini dua kali ganda lebih kerap berbanding wanita. Langkah-langkah pencegahan terbaik yang boleh diambil untuk melindungi kesihatan paru-paru adalah berhenti merokok dan mengelakkan asap rokok.
9- DISFUNGSI EREKTIL
Walaupun kondisi ini tidak membahayakan kesihatan dan menyebabkan kematian secara khususnya, tetapi ia tetap ancaman utama buat kaum lelaki. Antara 15 peratus dan 25 peratus lelaki yang berumur 65 tahun dan 5 peratus daripada mereka berumur 40 mengalami disfungsi erektil (ED) secara konsisten.
Statistik ini belum mengambil kira lelaki yang tidak mendapatkan rawatan perubatan. Mati pucuk boleh menjadi tamparan hebat kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi lelaki termasuk dalam perhubungan intim anda. Tetapi ia tidak akan merosakkan kehidupan anda sekiranya lelaki tidak malu untuk mendapatkan rawatan serta mempercayai pakar untuk pilihan rawatan.
10- KANSER PROSTAT
Pada tahun 2015, Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan 220.800 kes baru kanser prostat dan 27540 kematian akibat penyakit ini. Kanser prostat menyerang kira-kira hampir 14 peratus daripada lelaki, dan anda boleh mengenal pasti sama ada anda berada dalam kumpulan tersebut jika anda mendapatkan ujian prostat spesifik antigen (PSA).
Lelaki berumur 40 tahun dan ke atas perlu berbincang dengan doktor tentang saringan untuk kanser prostat, dan lelaki muda perlu melakukan perkara yang sama jika mereka mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini.
11- HIV / AIDS
Peningkatan golongan gay di dunia menyumbang pada penyakit ini. Berdasarkan data terbaru CDC Centers for Disease Control and Prevention, kes-kes jangkitan baru HIV semakin meningkat di kalangan gay, biseksual serta lelaki yang melakukan seks dengan lelaki. Pada tahun 2015, 61% dari semua jangkitan baru HIV adalah disebabkan oleh aktiviti sesama jenis dan 69% adalah berpunca daripada lelaki berusia 13 hingga 29 tahun.
12- ANDROPAUSE
Semakin meningkat usia seorang lelaki, secara seksual semakin lemah dan keadaan ini dipanggil Andropause. Tetapi sebenarnya ia adalah perubahan akibat tahap hormon yang rendah. Hormon testosteron mengurangkan otot saiz, lebih lemak dan kurang otot, tulang menjadi lemah dan cenderung untuk mudah gemuk pada bahagian perut. Satu kajian di Malaysia juga menunjukkan 70 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tidak aktif secara seksual.
13- SAKIT MENTAL
“Kesihatan mental dan kesejahteraan kesihatan merupakan asas kepada keupayaan kolektif dan individu sebagai manusia untuk berfikir, melakukan tugasan harian, berinteraksi dengan satu sama lain, mencari nafkah, dan menikmati kehidupan”. Itu respon dari Jane Maynor, seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Namun, lelaki tidak terkecuali untuk mengalami risiko sakit mental yang dikenal pasti kian ‘membunuh’ lelaki. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tuntutan serta cabaran hidup dalam kota besar menyebabkan lelaki mudah terkena penyakit mental yang berterusan. Mental tidak stabil lalu menyebabkan kemurungan kronik.
14- STROK
Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga lelaki di dunia selepas penyakit jantung dan kanser. Menurut Persatuan Strok Amerika, kadar kes strok 1.25 kali lebih besar di kalangan lelaki berbanding wanita, walaupun sebenarnya tiada perbezaan antara jantina apabila seseorang meningkat umur.
Antara faktor penyumbang adalah hipertensi yang boleh menyebabkan strok menyerang lelaki khususnya. Itulah pentingnya sistem kawalan hipertensi seperti kaunseling serta keterbukaan untuk berkongsi.
15- KURANG JAGA KEBERSIHAN
Antara musuh ketat lelaki ada diri sendiri. Kurang ambil berat akan kesihatan diri termasuk persekitaran menyebabkan lelaki mudah dijangkiti penyakit akibat bakteria, virus serta fungus yang menyebabkan pelbagai penyakit. Antaranya ialah Influenza (flu atau selesema) serta Pneumonia (radang paru-paru).
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI