Gaya Hidup

Duit Gaji Cukup Hingga Hujung Bulan Dan Hati Tenang, Buat 5 Amalan Ini

Share

Gaji setiap bulan tak pernah cukup? Belum sampai hujung bulan, poket kita dah kering dek komitmen bulan membayar itu dan ini.

Manakala yang tinggal adalah untuk perbelanjaan harian lain. Bak kata orang duit yang ada cukup-cukup untuk kegunaan keluarga sebulan. Jika mengalami situasi ini, hati mana yang tidak risau, mau kusut jadinya. Memang tak senang duduk dibuatnya.

Namun sebagai orang Islam, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ingatlah bahawa kita bukan hamba kepada duit.

Nak tahu caranya supaya hati kekal tenang, ikuti perkongsian oleh Md Azhari Daud

5 Amalan Wajib Dibuat

Tip 1
Setiap kali kita terima duit, asingkan kepada 3 bahagian iaitu untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.

Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat ataupun setiap hujung bulan.

Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya lakukan perniagaan dalam talian, duit keuntungan juga dibahagikan kepada 3. Duit modal jangan diusik kerana itu kegunaan untuk membeli barang perniagaan.

Tip 2
Sekiranya setiap hari sudah ada duit untuk simpanan, maka setiap hari perlu ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu.

Zaman sekarang mudah untuk lakukan pemindahan wang secara dalam talian. Semuanya di hujunga jari sahaja!

Lupakan duit simpanan itu. Tidak perlu kira berapa wang yang sudah disimpan. Simpan sahaja dan tutup mata.

Tip 3
Semasa keluarkan duit daripada dompet, tenangkan fikiran, senyum dan kepada yang Islam, iringi dengan bacaan ayat 54 daripada surah sad.

“Inna haza larizquna maalahu minnafad”

Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis”

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya, hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.

Jadi, walaupun duit hanya tinggal 10 sen sahaja dalam dompet, hati dan minda kita tetap tenang.

Tip 4
Bila kita terima sahaja duit, masukkan terus ke dalam dompet diiringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.

Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.

Janji Allah, setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.

Tip 5
Amalkan membaca Asmaul Husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan) 1,000 kali setiap hari atau sebanyak yang mampu.

Apabila kita sentiasa berzikir, hati dan minda kita menjadi tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.

Jadi, apabila dompet kita kosong, kita masih mampu tersenyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Kuncinya apabila kita tenang, apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.
Paling penting, tiang agama sentiasa ditegakkan, itu yang wajib.

Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit).”

Sumber : Md Azhari Daud

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN!

Published by
Nana