Lepas ni kalau jerawat muncul tak perlu la nak gelabah sebabnya guna je acne patch katanya ia berkesan untuk memulihkan serta mengecutkan jerawat baru yang muncul di sekitar bahagian wajah. Jadi secara tidak langsung memelihara jerawat daripada menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit.
Tak perlu cakap banyak, nah 5 jenama acne patch terbaik ada di pasaran.
Ada banyak pilihan di farmasi tapi jenama dari OXY antara kegemaran. Kenapa? OXY Acne Patch hadir dengan formula anti-bakteria yang terbukti berkesan menghalang bakteria jerawat. Ianya dapat menyerap minyak dan nanah di dalam jerawat, yang membantu meningkatkan pemulihan jerawat. Lagi satu reka bentuk sangat tipis dan lutsinar seakan-akan warna kulit, menjadikannya tidak begitu ketara bila ditampal pada muka.
Merupakan pilihan K-Beauty, rata-rata berpendapat acne patch ini mampu mengecut dan meratakan jerawat timbul, serta ia mudah ditanggal dan langsung tidak sakit. Juga datang dalam tiga saiz berbeza bergantung pada jenis perlindungan yang anda mahukan, jika besar maka gunakan yang besar dan sebaliknya.
Jika anda mencari patch yang multi-tasking, boleh bekerja siang dan malam maka jenama Miacare untuk anda!
Ianya didatangkan dengan 2 pilihan – siang dan malam. Saiz acne patch yang malam agak tebal berbanding yang siang untuk membolehkan penyerapan maksimum. Rekaannya sangat tipis membolehkan anda memakainya di bawah mekap.
Bukan acne patch biasa!
Jenama Purederm ini mampu mengawal kemerahan dan bengkak jerawat yang berada di peringkat awal. Disuntk dengan asid salistik – digunakan sebagai bahan utama dalam produk anti-jerawat.
Jenama paling disyorkan!
Tidak seperti produk yang lain di atas, acne patch jenis ini non-medicated, bermakna ia tidak menyebabkan sebarang risiko kerengsaan atau reaksi yang tidak diingini.
Kesemuanya boleh didapati di drugstores. Cuba lihat keberkesannya bila anda guna!
Selamat mencuba!
Sumber :Wanista