47 Tahun Menderita Dengan Bebanan Tumor 15kg, Akhirnya Warga Emas Ni Boleh Menarik Nafas Lega

Share

Bayangkan bagaimana la kehidupan lelaki warga emas ini menangung beban di belakang kepalanya selama 47 tahun. Namun kini dia boleh nearik nafas lega apabila akhirnya tumor seberat 15 kilogram (kg) dibuang menerusi pembedahan yang mengambil masa hampir 10 jam.

Ia hasil kejayaan sekumpulan pakar bedah di China yang melakukan pembedahan pada bahagian tengkok seorang warga emas.

Zhao Xingfu, 64, berkata tumor tersebut yang dikenali sebagai lipoma, mula tumbuh 47 tahun lalu dan pada awalnya ia hanya sebesar sebiji telur ayam.

Kesempitan hidup menghalang Xingfu daripada merawat tumor berkenaan dan ia dibiarkan terus membesar di bahagian belakang lehernya.

Zhao Xingfu setelah menjalani pembedahan.

Walaupun tidak mengalami kesakitan namun saiznya yang besar dan berat menyukarkan pergerakan Xingfu.

Berikutan hal tersebut, anak lelakinya Zhao Jianjiang meminta bantuan ahli keluarga dan membawa ayahnya mendapatkan rawatan di Hospital Tumor Guizhou.

Seminggu selepas pembedahan, keadaan Xingfu dilaporkan semakin baik dan dijangka pulih sepenuhnya.

Published by
Ruziana Zainal