Picit-picit, urut-urut atau belai-belai? Tak kisahlah mana satu yang anda lakukan tetapi kajian memang mengesahkan apabila anda menyentuh isteri anda, mereka akan merembeskan horman yang cukup menyegarkan.
Jika sebelum ini dia seperti tiada mood atau kurang bertenaga, serinya tidak lagi seperti dahulu, apa kata anda amalkan empat teknik seksi ini.
Dengan syarat, usap perlahan-lahan dan bisikan kata-kata romantis. Mereka memang suka akan kejutan dan langkah seterusnya, amalkan langkah-langkah di bawah :
Cara picit:
Gerakan cepat dan ‘tumbukan genggam manja’ akan memberi stimulasi dan mengejutkan otot.
Minyak urut pengubah mood:
Esen lemon dan limau paling sesuai untuk membangkitkan semangatmu.
Gerakan mesti cuba:
Tamatkan hari ini dengan mengurut kepala isteri kerana kulit kepala mempunyai banyak saraf dan dengan cara tersebut, dia akan berasa sedikit selesa. Sama ada dia baring di atas bantal seperti biasa atau kali ini, tarik dia untuk berbaring di atas pangkuan anda.
Sewaktu dia rasa mula dikasihi, lurut hujung jari-jemari dari ubun kepala sehinggalah ke pangkal leher beberapa kali dan seterusnya, buat bentuk membulat kecil di seluruh kepalanya.
Kemudian, minta isteri baring meniarap dan mulakan urutan dari pinggang dan urut ke tepi badan secara berulang. Tekan dengan tapak tangan beserta ibu jari untuk meringankan tekanan.
Cara picit:
Tekanan setempat membantu mengurangkan stress dan rasa serabut yang isteri lalui sepanjang hari.
Minyak urut pengubah mood:
Cuba lavender yang memang terkenal sebagai bahan penenang.
Gerakan mesti cuba:
Selepas berjam-jam ke hulu hilir membuat kerja, mengemas rumah, pergi ke kedai, ambil anak-anak dari rumah pengasuh atau sekolah, otot kaki si dia pasti terasa kejang.
Pegang dan tekan lekuk pada tapak tangan isteri dan gunakan tapak bawah ibu jari anda untuk mengurutnya beberapa saat dan lepaskan.
Seterusnya, picit kawasan yang berisi antara ibu jari dan jari telunjuk kerana pada bahagian itu ada titik tekanan yang boleh membuatkan sang isteri berasa sangat relaks.
Satu urutan akhir sebelum tidur:
Mintanya untuk berbaring, pejam mata dan tarik selimut sehingga ke paras pinggang. Duduk di sisinya di atas katil, dan urut kawasan paling kerap dighairahkan iaitu dadanya.
Letakkan tapak tangan kamu bermula dari pangkal buah dadanya dan halakan jari-jemari mengarah ke bahagian bahu. Tekan perlahan dan urutlah secara membulat.
Selimut tadi akan menghangatkan bahagian bawah tubuh dan urutan tadi akan buat darahnya mengalir lancar ke seluruh badan.
Percayalah, gabungan teknik belaian tersebut akan membuatkan dia berasa di awang-awangan selain mengeratkan rasa kasih terhadap anda.
Cara picit:
Urutan panjang tapi manja-manja ini akan mengejutkan tubuhmu, membuat kamu sedia untuk melayan suamimu.
Minyak urut pengubah mood:
Kajian menunjukkan bau oren mampu menyegarkan tubuh, menambah aliran darah ke bahagian bawah badan.
Gerakan mesti cuba:
Mintanya baring terlentang atas katil. Rapatkan tapak tangan anda dan urut guna sisi telapak dari buku lali ke bahagian dalam pahanya.
Selepas itu, minta dia meniarap dan gunakan cara urutan sama untuk tendon achilles sehingga ke pangkal punggungnya.
Sisi tubuh dikenali sebagai kawasan yang amat sensitif, jadi sentuhan sebegini akan memberi kelegaan dan kenikmatan pada diri isteri.
Cara picit:
Urutan kuat akan melepaskan ketegangan, buat kamu dan suami terasa sangat lega.
Minyak urut pengubah mood:
Seperti berlawanan saja, tetapi bauan berangin memang penenang minda yang baik.
Gerakan mesti cuba:
Apabila isteri tertekan, pada bahagian bawah belakang biasanya akan rasa tegang semacam.
Minta isteri untuk baring meniarap dan gunakan bahagian bawah tapak tangan untuk tekan pada sisi rusuk bagi hilangkan tekanan tersebut.
Kemudian, halakan jari-jemari ke bahagian bahu dan guna ibu jari untuk menekan bahagian belakang dan picit selama dua saat, kemudian lepaskan.
Ulang gerakan tersebut sehingga dia rasa lega dan untuk lebih menyeronokkan, tambah beberapa gerakan membulat dengan jari-jari anda, menekan-nekan otot isteri sehingga tekanan itu menghilang.