Entri kali ini menyentuh topik yang agak panas dan menarik – Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan,Khas Untuk Lelaki.
Jadi, jom kita mulakan!
Elakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan
1. Jangan Pakai Seluar Yang Ketat
Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.
Pakai Boxer Lagi Bagus Dari Spender? Nak lagi bagus, pakailah kain pelikat selalu. Dijamin pengudaraan terbaik punya!
2. Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia dan Radiasi
Sinaran-X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur. Radiasi sentiasa berbahaya
3. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas
Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.
Ads
Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.
Amalkan Pemakanan Yang Sihat
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kesuburan anda terjaga. Berikut adalah 3 tips pemakanan yang boleh anda amalkan:
1. Dapatkan Banyak Antioksida
Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.
Ads
Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protin dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
2. Amalkan Pengambilan Suplemen
Dapatkan suplemen yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.
3. Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma
Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang sah-sah lah anda tak boleh minum minuman beralkohol. Terlalu Kerap Makan Daging Tak Elok
Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat
Ads
Gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah tapi selalu dipandang remeh.
1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok
Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.
Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
2. Kurangkan Stres
Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma. Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.
3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?
4. Jangan Ketagih Dadah
Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Ada juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma’ sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.
Dapatkan Khidmat Pakar
Kadang-kadang anda dah cuba semua cara di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada ‘soal rezeki’ semata-mata, silalah bertanya pada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunya daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu.
sumber: firdausazizi.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda tiada stamina untuk pre-workout? Apa kata cuba smoothie booster tenagayang mampu memberi tenaga luar biasa saat anda bersenam.
Bukan sahaja berkhasiat, smoothie booster tenaga ini juga mampu menjana tenaga dalaman anda sepanjang melakukan sesi latihan.
Malah cara nak membuatnya juga mudah dan cukup sihat untuk diet tubuh kerana menggunakan buah-buahan segar. Jimat tak perlu nak beli suplemen untuk boosterkan tenaga anda.
Bahan-bahannya:
1. Segenggam buah strawberi
2. Beberapa potongan mangga
3. Setengah cawan jus buah oren
4. Dua sudu besar madu
5. Sebiji pisang
6. Segenggam oat kering
7. 30 gram serbuk protein
8. Beberapa ketul ais kiub
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
Jika bahan menjadi pekat sewaktu mengisar, anda boleh tambahkan lagi jus oren.
Minum sebelum anda memulakan workout/latihan di gim.
Bagaimana ia berfungsi?
Khasiat yang terdapat pada madu memberikan anda 17g carb per sudu dan ia merupakan pencetus tenaga badan terbaik sebagai menu pre-workout. Mangga pula memberi anda potasium yang mana membantu hati, saraf dan otot berfungsi dengan baik. Yang lainnya seperti protein, fat dan karbo dari pisang memberikan anda tenaga untuk kekal cergas sepanjang latihan.
Elakkan!
Satu atau setengah jam sebelum anda workout, sila elakkan munuman berkabonat dan mempunyai kafein. Kopi, Nescafe, teh tarik, minuman bergas dan pelbagai lagi mungkin membuatkan anda cepat penat di gim.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah nafas mulut berbau atau bahasa saintifiknya halitosis adalah sejenis komplikasi yang sering berlaku pada setiap manusia.
Tapi kalau korang kategori lelaki mulut berbau, cepat-cepatlah atasi masalah ini. Selain boleh buat korang hilang member, masalah mulut berbau ini juga boleh buat korang hilang keyakinan diri.
PUNCA NAFAS BERBAU
BAKTERIA
Punca utama nafas berbau adalah daripada bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang terselit di celah gigi, lalu merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan sulfur yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.
Kebanyakan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Maka sebab itulah bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan antaranya ialah celah gigi, poket gusi di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang yang melekat di poket gusi serta di celah rekahan pada lidah. Kawasan terlindung ini juga sukar untuk mendapatkan bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selesema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau tonsil seterusnya melekat di situ. Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda mengalami masalah gusi dan tulang gigi yang kronik ia juga boleh menyebabkan nafas berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan sukar dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga sememangnya tempat bagi bakteria anaerob membiak.
KURANG PENGHASILAN AIR LIUR DAN MULUT KERING
Air liur adalah bahan pembilas mulut semula jadi. Ia membilas mulut sepanjang masa. Secara tidak langsung ia membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Ketika tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau nafas yang kurang enak setelah bangun dari tidur.
Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, sukar untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.
Angelina Jolie dikatakan enggan mengucup Johnny Depp kerana masalah nafas berbau
APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?
Membersihkan gigi setiap hari (ambil masa memberus paling kurang dua atau tiga minit). Pastikan anda memberus dan menggunakan benang flos dengan betul kerana ia akan membuang bakteria dan lebihan makanan. Bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan nafas berbau.
Memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan kira-kira 70 peratus sahaja, selebihnya masih kotor.
Membersihkan lidah setiap hari. Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan lidah dan belakang lidah!
Bersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah. Kini banyak berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.
Gunakan berus gigi yang lembut. Berus perlahan-lahan, gerakkan berus dari belakang lidah ke hadapan berulang kali sehingga bersih.
Amalkan minum air kira-kira dua liter sehari. Meneguk air dengan kerap membuatkan mulut anda sentiasa dibasahi air. Jika anda mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang kerap bercakap, cara ini paling bagus untuk diikuti.
Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas sisa makanan pada gigi dan melembapkan mulut.
Elak menggunakan pencuci mulut beralkohol. Menggunakan ubat kumur beralkohol boleh menyebabkan kekeringan mulut. Jadi pastikan ubat kumur anda bebas alkohol.
Mengunyah gula-gula getah tanpa gula. Guna cara ini jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan tengah hari atau selepas makan makanan kudapan. Sisa makanan dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang sekali gus menyegarkan nafas.
Bertemulah doktor gigi untuk rutin pemeriksaan paling kurang setahun sekali bagi mengelakkan masalah gigi dan gusi yang menyebabkan nafas berbau. Doktor dapat mengesan sejak awal jika anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum menjadi teruk.
Amalkan petua tradisi
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang membantu menghilangkan masalah mulut berbau. Caranya, kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Buang hampasnya dan telan airnya. Amalan menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria yang menjadi punca nafas berbau sebanyak 50 peratus berbanding orang yang tidak menghisapnya.
Cara lain, korang boleh minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Semoga bermanfaat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang sering mengabaikan senaman kaki. Bagi mereka senaman kaki kurang popular berbanding dengan senaman di bahagian lain seperti lengan, dada dan perut.
Sesetengah orang menganggap yang senaman kaki agak sukar untuk dilakukan dan lebih memenatkan. Walaupun anda menganggap senaman kaki ini kurang menyerlah, namun hakikatnya ia penting untuk keperluan tubuh badan.
Ini merupakan empat sebab kenapa senaman kaki penting:
Otot di bahagian kaki merupakan antara otot yang paling besar dalam tubuh badan kita kerana terdapatnya tulang yang panjang dan besar.
Otot kaki juga penting kerana ia menyokong bebanan tubuh badan yang berat.
Hanya orang yang kuat mental sahaja akan melakukan senaman kaki kerana senaman kaki bukan saja memerlukan kukuatan fizikal, malah kekuatan mental juga. Kekuatan kaki boleh menolak enam kali ganda berat tubuh badan.
Senaman kaki juga penting untuk keseimbangan otot yang terbentuk antara otot kaki dan tubuh badan.
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja sam ada dumbbell, iron plate, barbell ataupun kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat. Anda juga boleh melakukan static lunge sekiranya anda kekurangan ruang atau melakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu. Kemudian pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha anda selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinomin dengan senaman kaki. Senaman ini antara senaman yang paling berkesan kerana ia melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga sebenarnya melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang. Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
caranya, anda buka kaki selebar bahu. Kemudian berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan. Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha anda sepatutnya selari dengan lantai.
3. Step Up
Step up adalah senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sama ada di tapak rekreasi ataupun di rumah. Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak, manakala paras paha anda juga sepatunya selari dengan paras lantai. Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan. Dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. Jadi cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kebolehan anda.
Semasa anda ingin memulakan langkah, pastikan badan anda tegak, pandang ke hadapan dan hembuskan nafas. Semasa anda melangkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan dengan terlalu laju. Pastikan permukaan bangku stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Deadlift
Senaman ini pula lebih efektif dalam membina otot kaki kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembuskan nafas. Pastikan juga kaki dan badan anda tegak. Yang penting pastikan badan anda tidak melengkung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.