Tak best langsung jadi lelaki dengan perut menggelebeh. Paling boring bila bentuk badan keseluruhan nampak okay, tetapi perut pula yang buncit. Melepas peluang nak bergaya dengan skinny jeans yang tengah IN sekarang ni. Jangan risau, ikuti tip-tip di pemakaian skinny jeans di bawah yang sesuai untuk lelaki yang gemuk atau perut buncit.

4 Tip Mudah Pilih Skinny Jeans Untuk Lelaki Yang Berisi & Buncit

1. Pilih skinny jeans daripada warna-warna gelap seperti ungu untuk menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu tubuh. Elakkan warna cerah seperti merah sebab ini akan buatkan kaki kamu nampak besar. Kalau nak pilihan senang dan selamat, beli yang warna hitam sebab ia sesuai dipadan dengan mana-mana baju T dan bakal menampakkan kaki kamu lebih kecil.

IKLAN

2. Pastikan kamu tahu potongan skinny jeans yang sesuai untuk lelaki berbadan besar atau buncit. Untuk lelaki macam ni, potongan skinny jeans mestilah di bawah paras pinggang dan tidak terlalu ketat. Kalau ketat, habis nanti nampak tersembul perut ketika berjalan atau duduk.

IKLAN

3. Elak beli skinny jeans diperbuat daripada fabrik getah yang ketat. Nanti kamu bakal kelihatan seperti mahu beriadah di padang.

IKLAN

4. Elakkan seluar jeans skinny yang mempunyai banyak poket kerana ini akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar. Begitu juga dengan jaket. Jangan padankan dengan jaket yang besar kerana ia bakal menampakkan badan kamu tidak seimbang. Cukup sekadar baju T biasa atau kemeja dengan corak garis menegak.

Mudah kan tip pemilihan skinny jeans? Kalau mahukan inspirasi, kamu boleh ambil inspirasi daripada pelakon filem dan pelawak Hollywood, Black Jack yang pandai memilih skinny jeans untuk tubuhnya yang agak besar.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI