Dekorasi boleh menjadi satu peranan penting dalam membangkitkan rasa romantis. Situasi, persekitaran terdorong mengubah mood seseorang. Bakal pengantin, pengantin baru atau pengantin lama apa kata cuba ambil masa untuk belajar tukar dekorasi di bilik tidur anda dan pasangan.
Warna cat yang paling selamat untuk mengayakan bilik anda. Namun anda kena hati-hati tidak terlalu memonopoli dengan warna-warna ini kerana ia boleh nampak terlalu sarat. Mainkan warna tambahan untuk neutral kembali bilik dari gabungan perabot dan aksesori bilik.
Watak utama dalam bilik tidur semestinya katil. Hiaskan katil anda dengan gaya cadar yang menggunakan fabrik selesa. Cadar romantik biasanya dikaitkan dengan cadar beropol, bercorak kosong dan selimut tebal. Sediakan juga beberapa untuk menarik rasa katil adalah tempat yang selesa dan sempurna romantis.
Nak wujudkan mood romantis perlu menggunakan pencahayaan tepat. Mungkin ada boleh sediakan lampu meja atau lampu lantai yang beri kesan malap dan samar-samar.
Nyalakan lilin aromaterapi atau bauan nyaman sebagai penambah seri bilik. Malah cahaya malap lilin boleh menggantikan lampu-lampu biasa. Konsep sebegini boleh dilakukan pada hari istimewa anda dan pasangan atau memerlukan waktu rileks bersama.
Sumber : Wanista