4 Teknik Senaman Kaki Yang Mudah Untuk Lelaki Ikut Kalau Nak Dapat Kaki Super Seksi

Share

Ramai yang sering mengabaikan senaman kaki. Bagi mereka senaman kaki kurang popular berbanding dengan senaman di bahagian lain seperti lengan, dada dan perut.

Sesetengah orang menganggap yang senaman kaki agak sukar untuk dilakukan dan lebih memenatkan. Walaupun anda menganggap senaman kaki ini kurang menyerlah, namun hakikatnya ia penting untuk keperluan tubuh badan.

Ini merupakan empat sebab kenapa senaman kaki penting:

  1. Otot di bahagian kaki merupakan antara otot yang paling besar dalam tubuh badan kita kerana terdapatnya tulang yang panjang dan besar.
  2. Otot kaki juga penting kerana ia menyokong bebanan tubuh badan yang berat.
  3. Hanya orang yang kuat mental sahaja akan melakukan senaman kaki kerana senaman kaki bukan saja memerlukan kukuatan fizikal, malah kekuatan mental juga. Kekuatan kaki boleh menolak enam kali ganda berat tubuh badan.
  4. Senaman kaki juga penting untuk keseimbangan otot yang terbentuk antara otot kaki dan tubuh badan.

1. Lunge

Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja sam ada dumbbell, iron plate, barbell ataupun kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat. Anda juga boleh melakukan static lunge sekiranya anda kekurangan ruang atau melakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.

Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu. Kemudian pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha anda selari dengan lantai.

2. Squat

Senaman ini agak popular dan sinomin dengan senaman kaki. Senaman ini antara senaman yang paling berkesan kerana ia melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga sebenarnya melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang. Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.

caranya, anda buka kaki selebar bahu. Kemudian berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan. Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha anda sepatutnya selari dengan lantai.

3. Step Up

Step up adalah senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sama ada di tapak rekreasi ataupun di rumah. Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak, manakala paras paha anda juga sepatunya selari dengan paras lantai. Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan. Dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. Jadi cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kebolehan anda.

Semasa anda ingin memulakan langkah, pastikan badan anda tegak, pandang ke hadapan dan hembuskan nafas. Semasa anda melangkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan dengan terlalu laju. Pastikan permukaan bangku stabil. Cuba tambah beban secara progresif.

4. Sumo Deadlift

Senaman ini pula lebih efektif dalam membina otot kaki kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.

Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembuskan nafas. Pastikan juga kaki dan badan anda tegak. Yang penting pastikan badan anda tidak melengkung.

Published by
Roselinda