
Anda nak bakar lemak tapi malas ke gym? Jangan bimbang, ada senaman mudah untuk anda bakar lemak yang boleh dilakukan di rumah.
Dengan melakukan teknik bakar lemak ini, badan akan tampil lebih fit dan segak. Barulah rasa selesa bila lemak di perut ataupun pinggang dah tak ada.
Jom lakukan mulai hari ini. Jika konsisten pasti badan anda lebih ringan dan segak.
1. Triceps Dip
Manfaatkan kerusi di rumah anda untuk menampung berat tubuh. Posisikan tubuh anda berlawanan dengan kerusi, kemudian lekukkan siku untuk menurunkan tubuh. Setelah itu, posisikan tangan untuk menahan pada kerusi. Lakukan gerakan naik turun tubuh sebanyak 20 kali.
2. Incline Press-up
Jika tidak memiliki papan seperti dalam gambar, anda boleh manfaatkan tangga di rumah sebangai alatan dalam gerakan ini. Aturkan posisi tubuh anda seakan-akan gerakan push-up, manakala hujung jari kaki dijengketkan. Lakukan gerakan naik turun sebanyak 20 kali.
3. Bicycles Crunch
Gerakan ini mungkin biasa anda temui dalam setiap senaman. Caranya, angkat kedua-dua kaki seperti anda sedang mengayuh basikal, kemudian pusingkan tubuh sehingga siku kanan bertemu dengan lutut kiri. Lakukan secara berganti selama 40 saat.
4. Lateral Lunge
Posisikan kedua-dua hujung kaki ke depan. Dorong kaki kanan kembali ke posisi tegak dan ulang. Lakukan rutin gerakan ini setiap sesi selama 10 kali.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dapat Kekalkan Berat Badan, Jom Gantikan Juadah Raya Anda Dengan Beras Perang

10 KHASIAT BERAS PERANG
Perkongsian sihat ini dipetik dari blog Tengku Asmadi. Apa salahnya anda kurangkan pengambilan makanan bersumberkan beras biasa dan gunakan beras perang dalam menu Syawal anda. Lebih sihat, berat badan kekal dan buat anda lebih gembira.
MENGURANGKAN RISIKO KANSER KOLON
Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.
MENCEGAH SAKIT JANTUNG
Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.
PERLINDUNGAN DARIPADA KANSER PAYUDARA
Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.
MENGURANGKAN KOLESTEROL
Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.
MENGEKALKAN BERAT BADAN SEIMBANG
Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis.
MEMBANTU PENGHADAMAN
Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.
MENCEGAH BATU KARANG
Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.
MENGAWAL KADAR GULA DALAM DARAH
Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.
MAKANAN BAYI YANG SEMPURNA
Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.
TULANG YANG SIHAT
Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.
CARA MEMASAK BERAS PERANG
Untuk mendapatkan nasi dari beras perang yang enak tanpa mengurangkan kandungan khasiatnya, ikuti cara memasak beras perang ini.
Memasak beras perang memerlukan waktu yang lama berbanding beras putih dan ia juga memerlukan penggunaan air yang banyak. Nasi dari beras perang boleh menjadi mentah jika dimasak dalam waktu yang singkat.
Sebaiknya, jangan gunakan rice cooker untuk memasak beras perang kerana nasi dari beras perang akan menjadi kurang masak. Gunalah cara tradisional untuk memasak nasi dari beras perang ini.
- Untuk mendapatkan nasi yang lembut, sebaiknya beras perang direndam dahulu selama setengah jam setelah dicuci bersih.
- Ketika menanak nasi dari beras perang ini, gunakan air yang banyak berbanding nasi dari beras putih.
- Setelah nasi yang dimasak sudah kering airnya, itu bermaksud beras perang tadi telah separuh masak.
- Kemudian, kukus semula nasi tadi supaya ianya lebih lembut. Ingat, panaskan dahulu air sebelum mengukus nasi tadi.
- Jangan menutup nasi terlalu lama setelah masak kerana ia boleh membuatkan nasi bertambah lembik.
- Jangan menggunakan api yang terlalu kuat kerana air akan cepat kering sebelum nasi tadi sempat masak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Akibat Pakai Topeng Muka Ketika Berjoging, Lelaki Alami Paru-Paru Bocor

Seorang lelaki rebah akibat paru-paru bocor setelah dia berjoging sejauh dua setengah batu (empat kilometer) sambil memakai topeng muka.
Menurut doktor, perkara ini berlaku disebabkan oleh tekanan yang tinggi ke atas organ lelaki tersebut kerana pernafasannya yang kuat ketika memakai penutup muka.
Pakar bedah mengatakan lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Zhang Ping dari Hankou, China ini mengalami kebocoran pada paru-paru kirinya dan ia telah mengecut sebanyak 90 peratus.
Zhang dikejarkan ke Pusat Hospital Wuhan pada 7 Mei setelah dia mengalami sesak nafas dan sakit dada.
Katanya, dia kembali berjoging setelah kerajaan China menamatkan perintah berkurung akibat wabak koronavirus, bahkan secara berperingkat menambahkan jumlah lariannya menjadi 4 kilometer.
Kebocoran pada paru-paru ini dikenali sebagai pneumothorax yang biasanya terjadi ketika seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas kerana paru-paru tidak dapat mengembang secara normal sehingga menyebabkan kekurangan oksigen di dalam paru-paru.
Doktor mengatakan bahawa Zhang mengalami pneumothorax spontan, yang mana ia biasanya berlaku kepada penderita asma, fibrosis kistik atau pneumonia.
Penyakt ini boleh menyerang mereka yang tidak mempunyai penyakit paru-paru yang jelas terutamanya lelaki yang berbadan kurus dan tinggi dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun serta perokok.
Zhang juga dikatakan memakai topeng muka setiap kali melakukan larian untuk mengelakkan dirinya dijangkiti walaupun rasa tercekik dan tidak selesa.
Ketua perubatan dari Hospital Wuhan, Dr Chen Baojun mengatakan bahawa Zhang mudah terdedah dengan keadaan itu memandangkan dia seorang yang tinggi dan kurus.
Tambah Dr Chen lagi, keadaan ini mungkin berlaku berpunca daripada pemakaian topeng ketika membuat larian sehingga menyebabkan peningkatan tekanan secara tiba-tiba pada paru-paru Zhang.
Zhang berkongsi di laman sosialnya yang dia kini semakin pulih setelah menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan nyawanya.
Dalam masa sama, pihak berkuasa pendidikan di China juga turut melarang pelajar-pelajar sekolah memakai topeng muka semasa menjalani pelajaran pendidikan jasmani (PE) kerana risiko kesihatan.
Sumber: mirror.co.uk
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ruginya Kalau Tak Makan Pisang. Selain Berkhasiat, Boleh Elak Cramp Masa Workout!

Pasti semua orang tahu khasiat makan pisang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain membantu mengurangkan berat badan dan membekalkan vitamin untuk kesihatan mata, khasiat makan pisang juga boleh cegah cramp.
Campuran unik vitamin, mineral dan karbohidrat glisemik rendah telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran di kalangan atlet. Malah para atlet telah lama memilih pisang sebagai makanan untuk mencegah dari cramp.
Ini kerana buah pisang terbukti mengandungi kandungan potassium yang tinggi dan kekejangan otot sering kali berlaku kerana kekurangan potassium.
Terdapat 3 khasiat makan pisang yang membantu atlet kekal dalam kondisi yang baik.
BACA: Nak Cepat Bentuk Otot & Sixpack? Syaratnya, Kena Makan Pisang Setiap Hari!
1. Cegah otot kejang atau cramp
Kalium yang terkandung dalam buah pisang sangat baik untuk otot, malah penting bagi para atlet. Tubuh yang mendapat kandungan kalium yang cukup dapat menghindari dari otot kejang atau cramp. Saat melakukan workout, tubuh akan kehilangan kalium melalui peluh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Linus Pauling Institure, makan pisang akan memberi jumlah kalium sebanyak 10% dari yang diperlukan oleh tubuh.
2. Menjaga stamina
Buah pisang mempunyai kandungan khasiat yang lengkap sehingga dapat memenuhi keperluan untuk tubuh badan. Serat, nutrisi, antioksidan dan glukosa terkandung dalam tiap buah pisang. Kandungan glukosa dalam pisang membuatkan ia lebih cepat dicerna oleh tubuh. Dalam prosesnya, glukosa akan diubah menjadi glikogen yang dapat digunakan sebagai bahan bakar otot ketika anda workout. Jadi jika anda makan pisang sebelum workout, dapat membuatkan tubuh anda kekal bertenaga dan rasa segar.
3. Menjaga fungsi dan kekebalan tubuh
Pisang mengandungi protein yang berguna untuk menjaga fungsi dan kekebalan tubuh, serta menjaga kesihatan sistem saraf. Selain itu, kandungan asam amino yang ada pada buah pisang juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI