4 Tanda Lelaki Urban Masa Kini, Bukan Sekadar Pandai Berfesyen Saja!

Share

Apakah jawapan di sebalik pengertian definisi lelaki hari ini? Bukan hanya dari segi penggayaan fesyen ataupun pemilihan produk kecantikan, malah ia lebih dari itu. Sudah bersedia untuk menukar posisi keseluruhan gaya anda kepada gaya lelaki hari ini?

Potong kuku

Barangkali ramai di antara kita yang kurang memberi penekanan kepada kebersihan kuku. Tahukah kamu, kuku adalah antara bahagian yang paling mudah dijangkiti bakteria? Ini adalah kerana permukaannya yang terbuka. Tambahan pula kuku kaki yang kita sering kali menyarungkan stoking dan menyebabkan ia berbau. Usah tunggu ianya betul-betul panjang, ambil sedikit masa kamu merapikan kekemasan kuku. Jika mahukan kemasan yang sempurna, pergi sahaja ke spa yang menawarkan rawatan kuku.

Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal

Masalah kulit juga berpunca daripada tahap kebersihan rumah kita. Terutamanya pada cadar dan sarung bantal. Kawasan ini memudahkan lagi serangan bakteria kepada kulit sekali gus menyebabkan kulit berjerawat. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.

Bercukur

Bahagian bulu ketiak yang tidak dicukur boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Perapian misai, janggut dan bahagian lain perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Ia juga melambangkan identiti kamu sebagai seorang lelaki. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.

Penjagaan Gigi

Bukan hanya rajin memberus gigi, malah kekerapan melakukan proses floss menjadikan senyuman anda lebih menawan. Ia bukan saja menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi, namun ia juga mampu mengurangkan masalah mulut berbau. Pemakanan yang betul juga pengambilan air kosong yang banyak juga antara langkah untuk mendapat kesempurnaan gigi juga menghindarkan bau mulut. Untuk menjadikan gigi lebih putih, anda juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya serta minuman beralkohol.

Kekemasan Rambut

Hari ini pelbagai gaya rambut yang menarik yang bisa kamu cuba! Bukan itu sahaja, malahan produk rambut juga turut dihasilkan untuk kamu menggayakan rambut kamu. Daripada bahan organik hinggalah kepada campuran kimia, semuanya senang dimiliki. Rambut juga adalah salah satu lambang kepada keperibadian kamu. Untuk mendapatkan kekemasan rambut yang sempurna, gunting rambut kamu setiap tiga hingga enam minggu sekali. Tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit,sebaliknya anda boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya anda mempunyai salun yang sering anda kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut anda sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut anda sebelum keluar rumah.

Published by
Ruziana Zainal