Senaman di bahagian otot kaki juga sama pentingnya seperti bahagian lengan, dada dan otot-otot lain.
Kaki merupakan antara otot yang paling besar dalam tubuh badan kita kerana terdapatnya tulang yang panjang dan besar, selain menyokong tubuh badan yang berat.
Ironinya, tidak ramai yang melakukan senaman di bahagian kaki kerana bahagian ini tidak menonjol dan senamannya lebih memenatkan.
Hanya orang yang kuat mental sahaja akan melakukan senaman kaki kerana senaman ini turut memerlukan kekuatan fizikal juga.
Kekuatan kaki boleh menolak enam kali ganda berat pada tubuh badan. Bahkan senaman kaki juga penting untuk keseimbangan otot yang terbentuk antara otot kaki dan badan anda.
Ini merupakan senaman bahagian kaki yang boleh anda amalkan tanpa menggunakan sebarang peralatan.
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell ataupun kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat. Anda juga boleh melakukan static lunge jika anda kekurangan ruang atau melakukan walking lunge.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus kehadapan, langkah kehadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha selari dengan lantai.
Ads
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinomin dengan senaman di bahagian kaki. Ia adalah antara senaman yang paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen dan tulang belakang. Anda boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki semasa dalam posisi permulaan. Semasa merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha selari dengan lantai.
3. Step Up
Step up merupakan senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana. Paras ketinggian bangku ataupun bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga sepatunya selari dengan paras lantai.
Ads
Jika terlalu rendah, ia akan kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. Jadi cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat-peringkat mengikut kebolehan anda.
Semasa ingin memulakan langkah, pastikan badan tegak, pandanag kehadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah kebelakang, tarik nafas dan jangan melakukannya dalama keadaan terlalu laju. Pastikan permukaan bangku stabil. Cuba tambah beban secara progesif.
4. Sumo Deadlift
Senaman ini lebih effektif untuk membina otot kaki kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru, tolak badan ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembuskan nafas. Pastikan kaki dan badan tegak serta jangan melengkung.
MASKULIN buat senarai kebaikan ulam untuk rujukan anda.
1. Tinggi Pottasium
Pottasium merupakan mineral di mana fungsinya baik untuk mengawal urat saraf dan otot. Ia sangat bagus untuk mengelakkan sakit jantung kerana pottasium bertindak untuk denyutan jantung normal.
2. Tinggi Antioksidan
Bertindak menghalang anda dari mangsa kenser. Antioksidan adalah molekul yang menghalang pengoksidaan molekul lain. Ia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas, yang membawa kepada tindak balas rantai yang boleh merosakkan sel.
Nampak kampung kan makan ulam ni? Namun ulam disifatkan sebagai sayur yang tinggi seratnya. Untuk mereka yang sedang berdiet, ulam boleh membuatkan anda kenyang dengan lebih lama dan bagus untuk penghadaman. Lepas ni lunch, nampak ulam, sila ambil dengan banyak tau.
4. Tinggi nutrien
Nak diet ni tak payah nak western sangat. Asal diet je kena telan makanan western. Anda boleh menganggap ulam sebagai Salad Melayu. Ulam mempunyai nutrien yang sangat banyak kerana ia fresh, dan tidak dimasak. Anda pun tahu kan, zat pada jenis sayur itu akan berkurangkan apabila dimasak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang inginkan ketinggian ideal terutamanya golongan lelaki. Tidak semua mampu jadi tinggi kerana genetik anda yang sememangnya mempunyai ketinggian tidak seberapa. Namun bagi mereka yang ada potensi menambahkan ketinggian, ada beberapa cara boleh anda lakukan.
Amalkan pemakanan seimbang
Dapatkan lebih banyak protein untuk badan. Misalnya anda perlu makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan atau ayam yang membantu menguatkan tulang dan otot. Selain itu, banyakkan pengambilan kalsium dalam susu atau bijirin. Jangan lupa hidangkan susu setiap pagi sebelum ke kolej ataupun sekolah. Pemakanan seimbang boleh membantu anda jadi lebih tinggi dan sihat.
Lakukan senaman sepanjang usia remaja
Pada usia remaja inilah anda perlu aktif lakukan aktiviti sukan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana kadar tumbesaran amat cepat pada peringkat ini. Cuba biasakan diri anda pergi ke gimnasium dan lakukan beberapa senaman secara kerap. Jika ia membebankan atau anda tidak digemari maka anda perlu sekurang kurangnya lakukan senaman ringan setiap hari selama 30 minit kerana aktiviti ini dapat meningkatkan ketinggian anda secara semula jadi.
Dapatkan tidur yang cukup setiap malam
Tidur adalah masa badan anda membesar, oleh itu tidur yang cukup perlu bagi memberikan masa kepada badan untuk membesar. Dapatkan tidur selama 9 jam hingga 11 jam setiap hari jika anda berusia di bawah 20 tahun. Hormon tumbesaran dihasilkan ketika waktu tidur. Oleh itu, tidur yang cukup dapat mempengaruhi kadar penghasilan hormon ini.
Catat tumbesaran
Banyak saja cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ketinggian, namun anda perlu ingat bahawa alkohol dan dadah juga boleh mencacatkan kadar ketinggian anda terutamanya pada waktu remaja. Mengikut kajian saintifik, pengambilan steroid juga boleh mengganggu kadar tumbesaran. Remaja lelaki yang inginkan bentuk badan lebih menarik tidak perlu ambil steroid kerana ia hanya akan memberikan kesan lebih buruk.
Jumpa doktor pakar
Jika anda lahir dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai ketinggian yang ideal dan anda tidak pula tinggi maka anda perlu dapatkan rawatan daripada doktor. Apabila anda sudah mendapat tidur yang cukup dan amalkan pemakanan yang seimbang tapi kadar ketinggian tidak meningkat, anda perlu bertanyakan doktor apakah sebabnya dan cuba ikut apa yang doktor sarankan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan pandang sebelah mata dengan kelebihan diet air putih. Sebenarnya diet air putih ini adalah kaedah selamat yang paling mudah dan murah untuk turunkan berat badan dan cairkan lemak.
Malah minum air putih sebanyak 3 liter sehari juga dapat mengembalikan keremajaan kulit dan nampak muda. Walau diet air putih ini mudah, namun masih ramai yang gagal menurunkan berat kerana tiada tip berkesan untuk minum air putih ini.
Oleh itu, penting untuk anda tahu aturan waktu mengamalkan diet air putih ini agar lebih berkesan untuk anda turunkan berat dan cairkan lemak. Ini merupakan 10 tip yang anda perlu ikut ketika mengamalkan diet air putih.
1. Selepas bangun tidur
Sebaik sahaja bangun tidur setiap hari, minumlah 250ml air putih ketika perut anda masih kosong. Ia baik untuk menyingkirkan toksin dari badan sepanjang anda tidur malam. Malah, minum air putih ketika perut kosong juga dapat meningkatkan metabolisme badan untuk menyerap nutrisi dan membantu sistem pencernaan yang baik.
2. Sejam sebelum sarapan
Ambillah air putih sebanyak 250-500ml sekitar satu jam sebelum anda ingin bersarapan. Ia akan membantu menyediakan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi dari makanan yang anda akan makan.
3. Selepas minum teh atau kopi
Selepas sahaja anda habis minum secawan teh atau kopi, segeralah minum air putih segelas. Kopi dan teh bersifat diuretik di mana ia akan membuatkan anda ingin terus membuang air kecil. Bagi mengelakkan badan anda dehidrasi akibat kencing yang kerap, pengambilan air putih akan menggantikan jumlah cecair dalam badan anda yang telah keluar.
4. 30 minit sebelum makan
Anda juga digalakkan untuk minum air putih paling kurang dua gelas 30 minit sebelum makan sama ada makan tengah hari atau malam. Ini akan membantu anda rasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan anda akan berkurangan. Bukan itu sahaja, minum sebelum makan akan melembapkan lapisan perut, selain membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa anda makan.
5. Ketika rasa lapar
Apabila perut anda rasa lapar dan anda ingin mengunyah sesuatu, ajar diri anda untuk minum segelas air. Air putih akan membuatkan perut anda rasa lebih kenyang sehingga anda tidak terasa untuk makan atau mengunyah.
6. Sebelum bersukan
Sebelum melakukan apa jua sukan, anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh anda terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih lancar.
7. Selepas bersenam
Selepas bersenam, pasti anda rasa dahaga kerana peluh banyak keluar. Jadi minumlah banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Jumlah air yang anda minum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar anda ketika itu. Namun jangan tergesa-gesa minum air kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kekejangan pada perut.
8. 2 jam sebelum tidur malam
Dua jam sebelum tidur, minumlah air putih sebanyak 300-600ml bagi memulihkan tenaga yang telah hilang daripada aktiviti seharian anda. Malah minum air putih juga akan membantu meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.
9. Minum 4 liter sehari
Ketika anda membuat proses diet, minumlah sekitar 4 liter air putih sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh, selain mempercepatkan lagi berat anda turun.
10. Lakukan detoks air
Detoks air merupakan diet air yang berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Campurkan air putih dengan hirisan lemon atau buah-buahan lain membuatkan anda kekal segar dan sihat dengan detoks daripada bahan-bahan semula jadi ini.
11. Gabungkan diet air putih dengan senaman
Jika anda mahu kesan penurunan berat yang lebih cepat, anda kena lakukan senaman dan imbangi dengan minum air yang banyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.