STEP 1: SIT-UP
- Mulakan dengan posisi baring.
- Kemudian bangun dan fokuskan pada bahagian perut sambil tangan melunjur ke hadapan.
- Ulang setiap tiga set dengan 12 kali kiraan setiap set.
STEP 2: BICYCLE CRUNCH
- Mulakan dengan posisi mengangkat kaki ke atas
- Kemudian lakukan gerakan seolah-olah mengayuh basikal
- Ulang setiap tiga set dengan 12 kali kiraan bagi setiap set
STEP 3: FLUTTER KICKS
- Mulakan dengan posisi yang sama mengangkat kaki ke atas.
- Kemudian lakukan gerakan mengangkat kaki kiri dan kanan secara berselang-seli.
- Ulang setiap tiga set dengan 12 kali kiraan bagi setiap set.
STEP 4: LEG RAISE
- Mulakan dengan posisi baring.
- Kemudian angkat kedua-dua belah kaki secara serentak dan rapat.
- Ulang setiap tiga set dengan 12 kali kiraan bagi setiap set.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kuasa aksesori pocket square yang mampu buat gaya kamu dari biasa kepada luar biasa!
Apabila berbicara mengenai aksesori lelaki, pocket square pasti ramai diantara kita kurang memberi perhatian terhadap kepentingan aksesori ini. Nah! Ia bukan sekadar pocket square! Jika kamu tahu cara lipatan yang betul, penampilan kamu boleh bertukar dari 0 ke 100 !
Rata-rata orang kita hanya melipatnya dengan cara lipatan yang biasa. Terlalu boring! Jika kamu tahu definisi sebenar gentleman, maka kamu harus tahu mengenai semua cara lipatan ini. Barulah kamu layak digelar the real gentleman!
Selamat mencuba!
Sumber gambar: Real Men Real Syle
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sejukkan Badan Dalam Cuaca Panas Dengan Beberapa Cara, Salah Satunya Air Kelapa
Seperti mana yang kita sedia maklum, cuaca di Malaysia sekarang cukup panas dengan beberapa negeri mencatatkan suhu agak tinggi. Cuaca panas terik yang melanda memang cukup memeritkan terutamanya kepada anda yang bekerja di kawasan terbuka dan di luar.
Malah panas yang membahang turut dirasakan ketika berada di rumah lantas menyebabkan badan rasa panas saja. Selain itu badan juga akan sentiasa berpeluh dan terasa haba terperangkap dalam badan.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa tip untuk menyejukkan badan agar menjadi lebih segar dan selesa sepanjang hari.
PAKAIAN FABRIK COTTON
Pemilihan material pakaian sangat sesuai untuk mengelakkan badan terasa panas. Fabrik terbaik untuk keselesaan dan lebih ‘sejuk’ adalah dari jenis cotton. Selain boleh membuat kulit bernafas lebih baik ia juga sangat selesa untuk dipakai. Selain pakaian, sarung bantal, cadar serta langsir juga boleh anda pilih dari metarial ini.
SEJUKKAN SELIMUT
Buat anda yang mempunyai peti ais bersaiz besar, inilah masanya untuk gunakan teknik ini. Letakkan seimut anda di dalam ruang sejuk beku selama beberapa minit. Bunyinya memang macam pelik tapi percayalah ia boleh menyejukkan badan anda dengan pantas.
CUCI BILAH KIPAS
Tidak mempunyai penghawa dingin pada musim panasbegini semenangnya satu dugaan. Apatah lagi jika anda tinggal di kawasan yang agar terbuka dan tidak terlindung dengan mana-mana bangunan atau pokok besar. Jika menggunakan kipas siling, pastika ia sentiasa bersih dari debu pada bilah. Ini bagi memastikan ia menghasilkan angin yang lebih laju dan padu.
AIR KELAPA MUDA
Minuman air kelapa muda sememangnya terkenal sejak dari dulu lagi mampu melegakan kepanasan badan. Apatah lagi jika ia dicampur dengan ais, pasti memberikan kessegaran segera kepada anda. Untuk khasiat yang lebih baik, letakkan sedikit madu ke dalam air kelapa yang anda ingin minum.
MINIMAKAN PERKAKASAN ELEKTIK
Mungkin anda tidak sedar semakin banyak anda menggunakan perlatan elektrik dan peranti elektronik lebih tinggi ia menyumbang kepada suhu panas di dalam rumah. Oleh sebab itu, anda perlu tutup mana-mana peralatan yang tidak berapa digunakan atau kurang penting. Pada waktu malam juga tutuplah semua lampu ketika mahu tidur.
KEHEBATAN AIS
Jika tidak tahan dengan rasa panas yang terperangkap dalam badan, anda boleh menggunakan ketulan air untuk disaukan ke anggota badan. Sebagai contoh menggunakan kiub ais dan menggosokkannya di bahagian leher, tangan, siku, belakang dan juga kaki. Anda juga boleh merendamkan kaki di dalam bekas berisi air dan ais untuk menyejukkan badan dengan cepat.
MINUM BANYAK AIR
Dalam cuaca yang panas badan kita akan lebih cepat kehilangan air. Oleh itu amalkan meminum air kosong dengan lebih kerap. Pengambila air kosong yang kerap merupakan salah satu cara paling efektif untuk menyejukkan badan.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu memberikan manfaat kepada anada. Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Cara Lelaki Perlu Lakukan Untuk Elak Pergaduhan Selepas Berkahwin!
1-Berbelanja kurang dari pendapatan
Anda dan pasangan perlu mengetahui kedudukan kewangan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Biasanya dalam berbelanja, wanita lebih cenderung untuk berbelanja lebih kerana wanita yang mengetahui selok belok barangan yang diperlukan di rumah. Tetapi ini tidak bermakna anda boleh membelanjakan wang sesuka hati. Kami sarankan anda membeli satu atau dua perabot dahulu pada bulan pertama mengikut keutamaan.
2-Rujuk orang berpengalaman
Kaedah pengurusan kewangan yang teratur juga boleh diperoleh dengan merujuk maklumat dan panduan yang diambil dari buku-buku, majalah atau pengalaman melalui rakan-rakan yang telah lama berumahtangga. Jangan sesekali mendapatkan pengalaman dari seseorang yang memang terkenal dengan sikap boros dan suka mementingkan gaya hidup tinggi. Kalau boleh, pastikan anda tahu memilih sumber rujukan mengikut kemampuan anda.
3-Ubah tabiat zaman bujang
Siapa kata sikap zaman bujang tidak langsung mempengaruhi alam perkahwinan? Kalau dahulu anda biasa membelanjakan duit sesuka hati, tetapi setelah berkahwin sistem kewangan anda perlu diatur dengan bijak dan seimbang. Mungkin selepas kahwin, anda perlu fikirkan hal keluarga ataupun simpanan di masa hadapan. Ia juga melatih diri dan ahli keluarga lain lebih bijak mengendalikan urusan kewangan untuk mengurangkan perbelanjaan seisi rumah.
4-Tentukan matlamat
Biasanya selepas berkahwin, setiap pasangan pasti merancang untuk membeli beberapa aset penting seperti pembelian rumah, kereta dan juga aset lain. Rasanya tidak salah anda mempunyai perancangan seperti itu. Bagi pihak lelaki, tentunya tanggungjawab menjadi lebih besar kerana sebelum berkahwin, anda harus menyediakan segala-galanya. Tetapi tidak salah jika anda melakukan perbincangan bersama pasangan sebelum merancang untuk berkahwin.
5-Agihkan pendapatan
Setelah mengetahui jumlah pendapatan seisi rumah sebulan, anda boleh mengagihkan perbelanjaan mengikut keutamaan. Perbelanjaan untuk keperluan asas yang terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Perbelanjaan untuk kehendak seperti membeli perabot, peralatan elektrik, perhiasan dan kenderaan. Manakala agihan untuk simpanan penting untuk waktu kecemasan dan kesihatan. Pelaburan jangka panjang juga perlu dirancang.
6-Rekod perbelanjaan sebenar
Ramai pasangan berjaya membuat agihan perbelanjaan namun tidak merekodkan perbelanjaan sebenar. Harus diingat! Melalui rekod perbelanjaan ini kita dapat mengetahui nilai sebenar perbelanjaan yang dikeluarkan berbanding ketika membuat perancangan perbelanjaan. Jadi mulai saat ini, pastikan anda simpan setiap bil-bil dan resit yang dibelanjakan.
7-Nikmati hidangan di rumah
Tabiat makan biasanya bermula sejak zaman bujang lagi. Mungkin anda selalu makan di restoran yang lebih mempunyai keburukan dari kebaikan. Perlu diingat, selepas berkahwin, belanja anda akan bertambah. Lebih baik makan di rumah. Bukan sahaja dapat menjaga kesihatan tetapi juga mengeratkan hubungan dengan pasangan.
8-Buat belanjawan bersama
Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, mereka harus membuat belanjawan bersama-sama dengan menggabungkan pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Antara faedah yang diperolehi ialah dapat mengelakkan wanita menanggung beban si suami atau si suami yang terpaksa berhadapan dengan si isteri yang menempah barang-barang atau berbelanja di luar kawalan.
9-Ukur baju di badan sendiri
Bagi anda yang baru berumah tangga mungkin terikut-ikut dengan keperluan seperti mana yang dimiliki oleh orang lain yang telah berkahwin. Mungkin pada waktu inilah masing-masing sedaya-upaya memenuhi impian setiap pasangan. Anda tidak perlu mengikut cara orang lain, sebaliknya perlulah mengikut kemampuan sendiri. Sebagai lelaki mungkin anda memainkan lebih peranan mengawal perbelanjaan.
10-Kumpul duit lebihan barang dapur
Siapa kata dengan saki baki duit syiling hasil lebihan membeli barang dapur tidak boleh mencecah hingga ratusan ringgit? Kadang-kala kita tidak sedar bahawa duit yang sedikit itu ‘lama-lama menjadi bukit’. Mulakan dengan membuat tabungan setiap kali pulang dari membeli belah. Kadang-kala juga duit tersebut boleh digunakan untuk tujuan kecemasan seperti membaiki kereta rosak dan juga kemalangan yang tidak diduga.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI