SEMUA ORANG BERPELUH, TETAPI CARA MENGURUSKAN BADAN BERBAU SUPAYA TIDAK MENJEJASKAN PENAMPILAN DIRI AMAT PENTING.
SESETENGAH ORANG MENGELUARKAN PELUH LEBIH BANYAK BERBANDING ORANG LAIN, NAMUN PELUH YANG BERBAU BOLEH MEMBUATKAN SESEORANG KELIHATAN SEPERTI PENGOTOR.
Orang mungkin enggan berada dekat dengan anda atau menjadi bahan umpatan kerana badan yang berbau busuk. Bagi yang mudah berpeluh, apatah lagi rakyat Malaysia yang biasa berdepan dengan cuaca panas sepanjang tahun di negara ini, berikut tip untuk menangani bau badan tidak menyenangkan.
Kebanyakan orang berpeluh secara kerap setiap hari dan apabila perpeluhan tersebut menjangkaui paras biasa, ia masih dianggap normal. Ramai individu tidak menyedari bahawa perpeluhan secara berlebihan adalah satu situasi perubatan dan bukan lagi fisiologi.
Keadaan ini dipanggil HIPERHIDROSIS yang boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh seperti muka, tapak tangan, ketiak, tapak kaki dan / atau badan.
Hiperhidrosis terjadi apabila terdapat tindakbalas berlebihan di dalam saraf yang membekalkan kelenjar peluh ekrin. Pesakit yang mengalami peluh berlebihan akan berpeluh walaupun berada di dalam suhu yang sejuk atau dalam keadaan tenang tanpa tekanan; kebiasaannya ianya hilang ketika tidur.
JENIS DAN PUNCA
Hiperhidrosis terbahagi kepada 2 jenis utama:
Hiperhidrosis ‘Primary Focal’
Hiperhidrosis ‘Secondary’
Hiperhidrosis ‘Focal’ cenderung terjadi pada muka, tapak tangan dan kaki, dan/atau badan dan tiada penyebab yang dapat dikenalpasti sebagai pencetusnya sementara Hiperhidrosis ‘secondary’ boleh terjadi dalam pelbagai keadaan, antaranya obesiti, penyakit endokrin seperti ‘Diabetes’, ‘Hyperthyroidism’, ‘Hyperpituitarism’, ‘Acromegaly’ dan beberapa jenis barah seperti ‘limfoma’, tumor ‘carcinoid’, ‘pheochromocytomas’, kehamilan, putus haid, keresahan dan banyak lagi.
INI CARA MUDAH HILANGKAN BAU BADAN DENGAN MUDAH SELAIN MENGGUNAKAN SPRAY BADAN
Ads
– Paling penting, pastikan anda mandi setiap hari terutama sebelum melangkah keluar rumah. Ini kerana biarpun anda sudah mandi pada sebelah malam, badan juga boleh mengeluarkan peluh ketika tidur.
Sekiranya badan tidak dicuci, ia akan mengeluarkan bau tidak menyenangkan terutama apabila anda mula berpeluh ketika sudah melangkah keluar rumah.
– Gunakan sabun mandi yang mempunyai bau harum yang mampu tahan lama dan sabun keseluruhan tubuh anda terutama di bahagian berlipat seperti belakang lutut dan ketiak.
– Gosok seluruh tubuh menggunakan span lembut dan bahan sental berbau harum untuk menyingkirkan kulit mati.
– Basuh dan syampu rambut setiap hari terutama bagi yang bertudung atau memiliki rambut berminyak untuk mengelak ‘bau berkumpul’ hingga menjejaskan penampilan.
– Sapukan deodoran mencukupi pada bahagian ketiak sebaik selesai mengeringkan tubuh selepas mandi. Sapukan dua lapisan deodoran bagi mendapatkan lebih perlindungan daripada bau tengik.
Ads
– Semburkan penyembur badan yang harum dan segar, tetapi berbau lembut ke seluruh tubuh sebelum menyarung pakaian.
– Pakai pakaian bersih yang sudah dicuci dan dikeringkan sempurna. Jangan menyarung baju yang belum dibasuh. Biarpun ia kelihatan masih bersih, ia menyembunyikan bauan tidak menyenangkan yang akan bergabung dengan peluh baru.
– Pakai pakaian dalam yang sudah dicuci setiap hari, bukan pakaian dalam yang dipakai pada malam sebelumnya.
– Semburkan haruman pada pakaian untuk membuatkannya lebih harum. Sentiasa bawa deodoran dan minyak wangi dalam beg tangan supaya ia boleh disapu sekali lagi sekiranya badan mula berpeluh.
– Elak mengambil makanan yang terlalu kuat baunya dalam jumlah banyak seperti bawang putih, petai dan durian.
4 CADANGAN PRODUK SPRAY BADAN TERBAIK YANG HARUS ANDA CUBA UNTUK LELAKI AKTIF
Ads
1.UBER MAN SPORT
2.REXONA MEN
3.NIVEA MAN INVISIBLE
4. ADIDAS BODY SPRAY
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu cara untuk menghilangkan bulu-bulu halus yang tumbuh dekat badan, muka atau nak merapikan misai, janggut dan jambang misalnya boleh dilakukan dengan menggunakan cara waxing.
Selain lebih cepat dan murah berbanding rawatan laser, menggunakan benang (threading) atau pelunturan, waxing mampu mencabut bulu-bulu halus tersebut terus dari akarnya.
Walaupun begitu, demi memastikan kita mampu tampil sebagai golongan maskulin yang boleh dikategorikan sebagai lelaki sofistikated, anda perlu mengetahui baik dan buruknya untuk melakukan waxing ini :
Kebaikan
1. Kesan waxing lebih tahan lama berbanding bercukur dan kebiasaannya, ia boleh bertahan sehingga 2 minggu lamanya.
2. Proses waxing adalah mencabut bulu dari akarnya. Jadi jika tumbuh bulu baharu, ia akan lebih halus dan lembut berbanding kesan daripada bulu yang dicukur.
3. Teknik waxing mampu menanggalkan kesemua bulu-bulu yang ada dan dijamin tidak satu helai bulu pun yang akan tertinggal.
4. Kesan kerosakan folikel rambut akibat waxing bukanlah sesuatu yang merbahaya, sebenarnya ia memberi kebaikan dalam jangka masa panjang kerana folikel yang rosak akan mengurangkan pertumbuhan rambut atau bulu yang baharu.
5. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bulu halus yang banyak kerana ia meninggalkan kesan yang lebih halus dan licin berbanding teknik pelunturan.
6. Apa yang paling penting adalah proses waxing sememang murah dan sangat menjimatkan dan boleh melakukan waxing sendiri di rumah dengan pelbagai produk waxing dijual di pasaran.
Keburukan
1. Rasa sakit sedikit. Tapi tak adalah sakit mana pun. Sakit geli-geli jer.. Bukan apa, kulit muka kan lebih sensitif dan nipis. Nak kacak kenalah tahan sikit. Baru jantan!
2. Anda mungkin mengalami kesan kulit seperti terbakar, kegatalan atau alergi. Jadi, pilihlah barber shop, butik atau spa kecantikan yang profesional untuk melakukan waxing.
3. Jangan pernah serik untuk mendapatkan kesan yang konsisten. Anda cuma terpaksa hadapi rasa sakit geli-geli setiap bulan untuk menerima hasil yang terbaik.
4. Hati-hati apabila anda terlalu kerap waxing, pori-pori yang ‘kosong’ tanpa bulu boleh menyebabkan bintik putih timbul atau lebih teruk lagi bisul. Jadi tunggu masa sesuai.
5. Anda terpaksa menghentikan aktiviti luar selama 24 jam bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap kulit yang baharu sahaja di waxing.
6. Bergantung juga kepada individu, waxing ada kalanya boleh menyebabkan timbul tompokan darah sementara akibat kesan tarikan waxing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lihat sahaja senarai lelaki paling kacak di seluruh dunia saban tahun. Majoritinya lelaki kacak yang tampil berjambang. Dan sedar atau tidak, lelaki brjambang sebenarnya tampil dengan imej maskulin yang cukup mantap.
Tidak hairanlah mengapa lelaki yang menyimpan jambang mampu menggetarkan hatui wanita!
Selain berfungsi sebagai penyeri atau penyerabut wajah, menyimpan jambang juga mempunyai manfaat yang lebih hebat daripada itu. Jadi rugilah bagi anda yang tidak berjambang kerana lelaki berjambang mempunyai 10 kelebihan-kelebihan ini.
Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak menegeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Menyimpan jambang yang tebal akan membantu melindungi kulit wajah daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Elak masalah jerawat
Menyimpan jambang juga sebenarnya boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat. Vulgaris juga mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
Perlindungan daripada sinaran UV
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahawa bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan. Ini sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
Kurangkan alahan & bakteria
Jika anda mengalami alahan debunga, debu dan gejala asma, jambang sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar jambang yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjambang mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjambang adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hospital yang berjambang!
Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami. Kemudian usap lembut jambang suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
Galakkan kesuburan wanita
Kajian yang dilakukan oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati jambang lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid, selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada jambang suami.
Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal yang bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki jambang adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
Dianggap pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang dan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih. Mereka juga menyifatkan lelaki berjambang paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
Nampak awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr Nick Lowe mengatakan bahawa jambang membantu melindungi kulit agar tetap sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki berjambang elihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai jambang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bayangkan betapa banyak kotoran yang terkumpul di wajah anda selepas mengharungi hari yang panjang melakukan pelbagai aktviti.
Apatah lagi kita tinggal di negara bercuaca tropika yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi.Dan juga dengan musim panas yang sedang melanda negara yang seakan tiada penghujungnya.
Jadi apa alasan anda untuk tidak menjaga kulit wajah dengan mencucinya sebelum atau selepas tidur?
Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh.
Lebih teruk jika pulang sahaja ke rumah, anda tak mandi. Malah wajah langsung tak dibersihkan. Awas, jangan amalkan tabiat ini. Anda seharusnya bersihkan wajah sebelum tidur. Berikut lima sebab mengapa anda perlu cuci wajah sebelum atau selepas bangun.
ELAK BAKTERIA
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
KURANGKAN JERAWAT
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
PROSES REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KULIT SENTIASA LEMBAP
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.